Pelakon Yatt Hamzah akui seronok melalui proses berpantang meskipun sudah kali keempat bersalin.
Menurut Yatt, meskipun tidak semua amalan berpantang tradisional dituruti, namun dia akui sejak melahirkan anak pertama dia tetap amalkan 10 perkara untuk kekal sihat dan cepat kembali langsing.
10 perkara tersebut adalah:
1. Jangan minum dan mandi air sejuk untuk elakkan urat bengkak.
2. Jangan makan ubi-ubian, pulut dan makanan yang berangin untuk elakkan urat sakit dan baby kembung perut.
3. Jangan banyak bergerak, buat kerja berat dan angkat benda berat agar tak jatuh peranakan
4. Jangan mencangkung untuk elak tumpah darah dan rahim jatuh.
5. Jangan biar kaki masuk angin tak pakai stokin
6. Jangan sampai ibu jari terhantuk untuk elakkan bentan yang boleh akibatkan demam dan pitam
7. Jangan tidur rata dalam keadaan terlentang untuk elakkan pening kepala.. Tidur dengan bantal tinggi agar kepala tak selari dengan badan.
8. Jangan tidur dan keluar waktu senja untuk elakkan gangguan syaitan pada ibu dan bayi
9. Jangan jalan laju-laju dan langkah besar-besar. Jalan kepit-kepit untuk jaga peranakan dan agar luka lekas sembuh
10. Jangan jerit-jerit dan stress untuk jaga peranakan dan elakkan meroyan.
Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Yatt turut memuat naik foto terkininya yang semakin hampir menamatkan tempoh berpantang 44 hari.
Sebelum ini, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya Suci Hawa Zulaikha pada 30 Disember tahun lalu.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfa Medina, 2, dan terbaharu Suci Hawa Zulaikha.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Sumber: ig Yatt Hamzah & Gempak