Setelah mendirikan rumah tangga pastinya kita inginkan kerjasama dari pasangan untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Sekurang-kurangnya apa yang dibina adalah dari hasil kepenatan bersama sebab tanggungjawab untuk menjaga rumah tangg adalah tanggungjawab bersama.
Itulah yang diterapkan oleh Ozlynn setelah mendirikan rumah tangga bersama pelawak terkenal, Johan dan ini semua dilakukan adalah untuk menjadi contoh terbaik buat anak-anak.
Penting Ibu Ayah Tahu! Ada Tak Protein Susu A2^ Dalam Susu Formula Anak Anda?
Papa💪🏻
Bila dia yang kejutkan subuh, dia yang mandikan anak, dia yang siapkan susu-susu anak, dia yang basuh pinggan mangkuk, dia yang berus baju pakai tangan (semua baju putih oh yang cerah) yang mesin basuh memang aku yang basuh.. tak nak banyak tangan kang jahanam mesin.. xde la memasing tuduh ..
Dia yang kemas katil, dia yang cuci tandas, dia yang vacum bilik sendiri dan ruang tamu, dia yang mop umah, dia yang tidurkan kitorg semua, dia jugak yang selalu main game, dia jugak yang kadang buat aku naik hantu🤣, dia jugak yang ajar anak-anak macam mane nak buat keje umah..
Semuanya aku turunkan ilmu ni pada dia , sejak awal kahwin.. kenapa? Haaaa ni sebabnya.. ada masa kita boleh tarik handbreak sat.. rehat bdn otak.. mcm ni la ayah aku layan mak aku.. baju keje ayah aku tak penah mak aku basuh or gosok.. sebab bapak aku anggota polis..
So sangat cerewet tentang kebersihan.. gosok baju nak ada line, baju skolah dan kasut anak-anak semua dia sental.. kadang punya kuat sampai belobang kasut aku ko!! 🤣🤣🤣.. jadi takde la istilah laki balik keje pegang fon main wassap or pegang fon main game..
Balik umah layan anak isteri dan tolong isteri.. ada masa dia balik kerja dan terlelap, aku tolong la buat tugasan dia.. jadi terus xde berkira dalam bab buat keje umah.. paham dak? Sebab slalu buat sesama.. baru lega.. nak training kena dari awal.. ah senang cite dapat suami yang memahami pun satu rezeki jugak🤗
Kredit: Jozlyn
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.