Sejak kepulangan anak bongsu ke rumah, pelawak dan usahawan, Shuib sentiasa berkongsi perkembangan Ayash Affan buat peminatnya dan arwah isteri, Siti Sarah. Ini kerana selepas dilahirkan secara pembedahan bulan lalu sebelum ibunya dijemput ilahi, ramai yang mendoakan Ayash dapat membesar dengan sihat.
Walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu, Ayash beruntung kerana ramai yang menitipkan doa dari jauh dan mungkin ini juga membuatkan Ayash kuat walaupun dilahirkan tak cukup bulan.
ARTIKEL BERKENAAN [“Kakak Nak Jaga Adik, Sanggup Berjaga Malam” Kepulangan Baby Ayash Pengganti Arwah Siti Sarah Di Rumah]
Kongsi Shuib, anak keempatnya itu makin sihat dan tidak banyak ragam. Sangat mudah dijaga seolah faham keadaannya.
Beberapa hari dah daddy dengan AYASH, alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai. Nangis pun kadang-kadang je.
Tapi bila nangis tu saja je biarkan nangis lama sikit sebab suara nangis AYASH tu terlalu sedap didengar. Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadi anak yang SOLEH. Doakan kami ya.
ARTIKEL BERKAITAN [“Hari Ni Bawa Anak-Anak Dekat ‘Rumah Baru’ U..” Rasa Sebak, Sayang Tetap Sama!]
Sementara itu, di instagram arwah Siti Sarah pula, ada berkongsi mengenai gelagat abang dan kakak yang cukup teruja nak jaga adik. Masing-masing sanggup menunggu di tepi katil walaupun adik tengah tidur.
Punyalah sayang kat adik Ayash, Kakak Dekta tidur jam 1 pagi malam tadi bergilir jaga dengan daddy. Dekta siap cakap nak belajar buatkan susu untuk Ayash nanti. Uwais dan Matin pun tolong Dekta jaga baby Ayash.
Alahaii.. mesti ibu happy tengok anak-anak dia dah pandai nak uruskan adik. Ini pun dia orang terperap je kat bilik teman adik Ayash.
Moga keempat-empat anak arwah Siti Sarah sentiasa menjadi anak soleh solehah dan membesar dengan kasih sayang yang tak putus dari daddy dan seluruh ahli keluarga yang lain. InsyaAllah!
Kredit: IG Shuib Sepahtu & Siti Sarah
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)