Baru-baru ini viralnya kisah sedih seorang suami yang sayu melihat isterinya koma setelah bertarung nyawa melahirkan anak lelaki bongsu mereka. Anak lelaki yang sudah lama dinantikan dalam dalam keluarga.
Namun Allah lebih menyayangi isterinya, selepas hampir empat bulan koma, arwah telah menghembuskan nafas terakhir semalam. Ketika melahirkan anaknya, jantung isteri beliau terhenti selama 20 minit. Disebabkan itu anaknya yang lahir mengalami kerosakan otak dan ditahan di hospital.
Reda Dengan Pemergiannya
Saya reda dengan pemergiannya, mungkin itu yang terbaik walaupun jauh di sudut hati saya merasakan masih belum buat sebaik mungkin untuknya
Isteri Sapawi, Norayuza Abdul Rajab, 38, menghembuskan nafas terakhirnya jam 4.40 pagi, hari ini, selepas hampir empat bulan koma sejurus melahirkan anak bongsu mereka pada 27 Disember lalu.
Menyedari Pemergian Isteri Selepas Terjaga Dari Tidur
Katanya, dia menyedari pemergian isterinya itu selepas terjaga dari tidur dan melihat dada isterinya tidak ‘berombak’ seperti biasa.
Hati Saya Bagaikan Tersentak
Hati saya bagaikan tersentak apabila dimaklumkan Norayuza sudah tiada, bagaikan tidak percaya insan yang saya sayangi selama ini sudah pergi buat selamanya.
Norayuza koma selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan anak bongsunya, Muhammad Syamir Nasri sehingga menyebabkannya koma.
Malah, doktor juga memaklumkan jantungnya berhenti selama 20 minit dan menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak.
Sempat Melahirkan Anak Lelaki Secara Pembedahan
Norayuza bagaimanapun selamat melahirkan anak lelakinya itu secara pembedahan selepas dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Sapawi yang bekerja sebagai operator kilang berkata, sebelum tidur semalam, dia sempat menjenguk isterinya dan ketika itu Norayuza masih lagi bernafas.
Isteri Menunjukkan Sedikit Perubahan
Katanya, dia menyedari isterinya menunjukkan sedikit perubahan apabila jarang membuka matanya sejak beberapa hari lalu dan kelihatan agak lemah.
“Sebelum ini walaupun berada dalam keadaan tidak sedar dia sering membuka dan mengerdipkan matanya namun sejak beberapa hari lalu saya perasan akan kelainannya.
“Saya tidak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.
Membawa Anak Bongsunya Mencium Jenazah Buat Kali Terakhir
Suasana menjadi hiba apabila Sapawi dilihat membawa anak bongsunya untuk mencium jenazah Norayuza buat kali terakhir.
Katanya, dia terpaksa meminta kebenaran pihak Hospital Pekan untuk membawa keluar anaknya sebentar memandangkan Muhammad Samir Nasri masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Sejak bersalin isteri tidak pernah melihat mahupun memeluk anak bongsu kami… ini (ciuman) adalah kali pertama dan terakhir buatnya
Jenazah Norayuza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Marhum, di Pekan, kira-kira 10 pagi hari ini.
Sumber: Harian Metro