“Saya namakan dia Adib, yang bermaksud lembut dan patuh. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dengan memberikan anak seperti yang didoakan.”

Demikian perkongsian Hafizah Iszahanid, ibu kepada Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, yang juga Penolong Pengarang Berita BH.

Memetik laporan Berita Harian, menurut Hafizah, anaknya adalah penerima bantuan pendidikan Yayasan Selangor bagi menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Kampus Dungun.

Namun begitu, Ku Adib tidak menggunakan wang bantuan tersebut, sebaliknya memilih untuk bekerja setiap kali cuti semester untuk menampung keperluannya sendiri.

Sejak Dalam Kandungan, Anak Paling Mudah Dijaga, Luahan Hati Ibu Ku Adib Undang Pilu

“Dari saat mengandungkan dia sampai hari ini, dia adalah anak yang sangat menyenangkan.”

Ads

“Saya dapat anak yang baik… sejak kahwin memang berdoa supaya dapat anak yang lembut, bijaksana, dengar kata. Saya dapatlah,” katanya kepada BH ketika menceritakan perihal anak sulungnya.

Sementara itu, Penolong Pengarang Berita akhbar Berita Harian (BH), Hafizah Iszahanid memuat naik coretan itu di laman Instagramnya hari ini.

“Mama sayang Adib hingga akhir hayat mama. Terima kasih datang dalam hidup mama walaupun untuk 20 tahun.”

Menurutnya, dia reda dengan pemergian anaknya yang terbabit dalam kemalangan. “Mama reda untuk semuanya. Selamat jalan sayang mama. Mama akan selalu rindu. “Adib (Ku Adib Aizad) ajar mama untuk jadi seorang ibu dan menjadi seorang yang kuat,” katanya.

Ads

Jenazah Allahyarham Ku Adib tiba di rumah keluarganya dari Dungun, jam 4.30 petang selepas disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam Islam Raudhatul Aliyah di sini.

Sejak Dalam Kandungan, Anak Paling Mudah Dijaga, Luahan Hati Ibu Ku Adib Undang Pilu

Hampir 1000 orang bersama-sama solat jenazah ke atas arwah Ku Adib Ku Azmi, 20 di Masjid Masjid AnNur selepas solat Asar tadi.

Ads

Jenazah kemudian di bawa ke rumahnya di Sri Pristana sebelum bapanya, Ku Azmi Saad sekali lagi mengetuai solat jenazah anaknya dan melihat arwah buat kali terakhir.

Ibu bapanya baru saja tiba dari Jeddah mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024 Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga.

Pesawat rombongan umrah itu berlepas dari KLIA jam 5.35 petang semalam dan sampai Jeddah jam 9.15 malam tadi (waktu tempatan) di mana ketika itu, arwah Adib telah dilanggar pemandu kurang siuman ini.

Terdahulu, jenazah Ku Adib yang maut dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar UiTM Terengganu Kampus Dungun, selamat dikebumikan, di sini, 6.19 petang tadi.

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI