Kehamilan adakalanya membuatkan mama mengalami perubahan dari segi mood. Aktres Mawar Rashid mengakui perubahan yang dihadapinya ialah hilang mood untuk memuatnaik gambar.
Mawar yang kini sedang hamil anak sulung mengakui perkara itu di Instagram. Dia bagaimana pun menyedari perubahan itu dan akan memuatnaik gambar-gambar untuk tatapan peminatya.
mawarashid Gambar throwback Mummy Rose at #16weekspregnant ? Sejujurnya banyak gambar2 Mawar ambil tapi tak post2 lagi. Sejak preggy ni rasa macam tak de mood nak post2 gambar. Ada tak geng sama mood macam mummy Rose ni?
?Tapi terfikir jugak, mesti followers Mawar Rindu nak tengok baby bump Mawar kan ? I will post more for you guys okay! Stay update kay my beautiful followers
Jangan lupa tonton rancangan TV Pa&Ma yang mengutarakan tajuk Derita Jantung Si Kecil pada 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suntikan kancing gigi atau anti tetanus (ATT) merupakan vaksin bagi mengurangkan kemungkinan ibu hamil mendapat tetanus iaitu kancing gigi.
Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun yang dibawa oleh kuman Clostridium Tetani.
Kuman ini akan memasuki tubuh melalui bahagian tubuh luka yang terbuka. Ia boleh merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit. Perkara inilah yang boleh dicegah jika anda mendapatkan suntikan vaksin ini.
Menurut Dr Zubaidi, puasa zaman dahulu, tidak banyak hospital yang dibuka di Malaysia. Kebanyakan hospital yang ada hanya terletak di bandar-bandar besar. Jadi, penduduk yang tinggal di pedalaman perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke bandar.
Oleh kerana itu, ramai bayi dilahirkan di rumah sendiri dan disambut oleh bidan kampung. Kebanyakan bidan menggunakan gunting dan pisau. Ia dikhuatiri tidak bersih dan mengandungi kuman. Jadi, memang banyak kes jangkitan tetanus berlaku di kalangan bayi dan ibu pada masa dahulu.
Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah merangka satu polisi yang mewajibkan suntikan vaksin tetanus kepada ibu hamil. Hasilnya, polisi ini berjaya mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi yang baru dilahirkan.
Tidak relevan pada zaman kini
Sebenarnya, suntikan vaksin tetanus semakin tidak relevan pada masa kini. Hal ini kerana banyak hospital telah dibina. Boleh dikatakan setiap daerah mempunyai hospital masing-masing. Peralatan yang digunakan di hospital juga bersih dan basmi kuman. Jadi, risiko untuk mendapat tetanus hampir tiada langsung.
Kini, kebanyakan hospital swasta telah meninggalkan amalan suntikan ini. Namun, di klinik dan hospital, kerajaan amalan ini masih dilakukan. Berkemungkinan besar ia dilakukan dengan tujuan membendung risiko kepada golongan ibu hamil yang tinggal di pedalaman.
Oleh yang demikian, para ibu hamil mempunyai pilihan sama ada mahu mengambil atau menolak suntikan ini. Namun, pada mendapat Dr Zubaidi anda tidak tahu kemungkinan yang boleh berlaku semasa kelahiran bayi. Jadi, lebih baik sekiranya anda mengambil suntikan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trimester pertama ialah permulaan kepada kehamilan anda. Ada 9 amalan yang anda lakukan dalam tempoh ini yang boleh melicinkan proses kehamilan dan kelahiran.
Bila disahkan hamil, ada ‘seseorang’ dalam rahim anda iaitu janin. Anda seolah-olah tidak percaya dan dalam masa sama teruja dan gembira. Bermula dari saat itu juga, anda harus menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.
Cari maklumat
Dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada trimester pertama hingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu lakukannya bagi mendapatkan maklumat penting agar dapat menjalani kehamilan yang sihat. Dapatkannya melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, Internet dan lain-lain.
Elak dehidrasi
Di trimester pertama, anda sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.
Makan secara sihat
Anda tidak perlu makan untuk dua orang! Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda seimbang.
Elak penyebab muntah
Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. Dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindarkan rasa mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Ikuti pemeriksaan antenatal
Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.
Makan ikan
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap pra eklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak
Mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
Bersenam selalu
Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda elak kemurungan semasa hamil. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.
Senaman lantai pelvis
Sejak daripada awal kehamilan, anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.
Kurangkan kafein
Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. Dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi atau
empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-sebaiknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan segar.
Alternatif lain ialah minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda mengalami waktu bersalin yang berpanjangan, perkembangan bersalin anda adalah terlalu perlahan. Ini juga dipanggil sebagai “kegagalan untuk berkembang.” Waktu bersalin panjang boleh didiagnosis melalui penipisan dan pengembangan serviks. Waktu bersalin yang berpanjangan disifatkan sebagai sebarang proses bersalin yang berlangsung lebih daripada 20 jam.
Dalam kes kelahiran kembar, waktu bersalin panjang berlangsung lebih daripada 16 jam. Jika serviks anda mengembang kurang daripada beberapa sentimeter setiap jam, anda mungkin akan mengalami waktu bersalin yang berpanjangan.
Siapa yang lebih cenderung mengalami bersalin panjang?
Bersalin yang berpanjangan adalah lebih biasa terjadi dalam kalangan wanita yang mempunyai:
−Bayi lebih besar daripada salur lahir
−Bayi dalam posisi tidak normal
−Kontraksi lemah
Apakah risiko bersalin yang berpanjangan?
Selalunya, wanita yang mengambil masa panjang untuk bersalin perlu melalui pembedahan C-section. Bersalin yang berpanjangan boleh menyebabkan:
−Bekalan oksigen rendah untuk bayi
−Degupan jantung bayi tidak teratur
−Bahan luar biasa dalam cecair amnion
−Jangkitan pada rahim
Menangani bersalin berpanjangan
Jika anda mengalami bersalin berpanjangan, kontraksi anda akan dipantau dengan rapi. Anda mungkin perlu menjalani ujian yang dipanggil Kateter Tekanan Dalam Rahim (Intrauterine Pressure Catheter). Semasa ujian ini, kateter kecil diletakkan ke dalam rahim, di sebelah bayi untuk mendapatkan ukuran tepat kontraksi anda. Pemantauan janin elektronik (EFM) yang berterusan adalah perlu untuk memantau kadar jantung bayi.
Selain campur tangan perubatan, terdapat langkah tertentu yang boleh anda lakukan bagi mengendalikan hal bersalin anda. Adalah lebih baik jika anda relaks dan menunggu serviks melakukan kerjanya dahulu. Sementara itu, anda boleh cuba untuk tidur atau berjalan sekeliling dan juga mandi air suam. Perubahan posisi juga mungkin boleh membantu anda.
Jika bayi anda telah sampai di salur kelahiran, doktor mungkin akan membantu untuk mendapatkan bayi keluar, dengan menggunakan forsep atau peranti vakum. Jika doktor fikir anda perlukan lebih atau lebih kuat kontraksi, anda akan diberikan Pitocin (oksitosin) untuk membantu kontraksi uterus. Jika kontraksi anda normal, tetapi bayi masih tidak mahu keluar lagi, anda mungkin perlukan pembedahan C-section. Ini adalah dikira sebagai pembedahan besar dengan risiko dan komplikasi. Walau bagaimanapun, dengan penjagaan perubatan yang betul, ia secara amnya adalah selamat. Ramai ibu yang percaya bahawa C-section tidak perlu dilakukan jika bayi bukan dalam kecemasan. Jika petanda penting ibu dan bayi dalam keadaan yang sihat, jadi tiada sebab untuk mempercepatkan C-section.