“Sejak Jadi Ayah, Suara Achey Dah Slow. Kalau Tak Kuat Macam Speaker.” Gelagat Bahagia Achey Layan Anak

Share

Pelawak terkenal Achey dan isterinya Anne menyambut hari raya tahun ini dengan gembira dan bahagia di samping anak angkat mereka.

Kehadiran anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah menjadikan sambutan Aidil Fitri tahun ini disambut paling bermakna sekali.

Setelah bergelar ayah, terserlah kebahagiaan dan keriangan di wajah Achey.

Seronok melihat gelagat Achey melayan anaknya. Terbaru, Achey ada berkongsi rakaman video di Instagramnya.

Aksinya sedang menyanyikan lagu raya sambil mendukung anaknya yang sedang lena tidur.

Achey menyanyi dalam nada suara yang perlahan dan bukannya kuat dan lantang seperti biasa.

Nampaknya bila sudah bergelar ayah, memang automatik boleh berubah menjadi insan yang lebih baik.

Tiara Zinnirah yang comel

Semuanya demi ingin memastikan anak tersayang mendapat yang terbaik.

Ramai netizen rasa terhibur dengan gelagat Achey yang lucu menyanyi dalam nada suara perlahan sampaikan ada yang menyamakan suara Achey dah tak kuat macam speaker!

Netizen Cadangkan Susukan Baby

Sebagai tanda sokongan dan gembira melihat Achey dan isteri sudah mempunyai anak angkat, ramai netizen memberikan cadangan agar Tiara diberikan susu ibu oleh isteri Achey untuk menjaga hubungan mereka menjadi halal.

Pasangan ini telah mengambil anak angkat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan rezeki mempunyai anak sendiri.

Ternyata kehadiran bayi yang bernama Tiara ini benar-benar membuatkan Achey dan isteri bertambah bahagia.

Sumber: Instagram acheykintangkintung

 

Published by
Hasnita Sawal