Memang besar pengorbanan seorang ibu, bukan sahaja perlu melalui tempoh kehamilan selama 9 bulan, proses bersalin yang cukup memeritkan malah penjagaan diri semasa dan selepas proses berpantang juga satu cabaran yang perlu dilalui oleh wanita yang bergelar ibu.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Nina Iskandar menerusi Instagram story di akaunnya. Jelasnya penjagaan kulit wajah tidak lagi menjadi keutamaan bagi dirinya semenjak bergelar ibu kepada Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang lahir pada 23 Disember tahun lalu.
Menurut Nina, perubahan itu ternyata berbeza kerana sebelum ini dia seorang yang menitikberatkan soal kecantikan.
“Yang benar adalah saya tidak menjaga kulit saya. Saya tidak mempunyai masa lagi. Sebelum saya menjadi ibu, ya. Memang saya jaga kulit. Pakai mekap, kemudian kena sepenuhnya bersihkan solekan terutama sebelum tidur.
“Basuh muka seperti biasa dua kali sehari, pakai topeng muka sekali atau dua kali seminggu, buat ‘facial’ setiap bulan.
“Toner, serum, pelembap, semua tu wajib ada. Dan ke mana sahaja saya pergi. Sekarang, nak pakai makeup pun susah sangat. Kadang-kadang, sampai terlupa nak pakai pelembap. Apatah lagi toner, serum.
“Memang dah habis dan tak beli sampai sekarang. Kali terakhir saya bercerita mengenai kulit dan rutin penjagaan kulit adalah semasa trimester terakhir saya dan itu sahaja. Sekarang kalau ada jerawat pun, saya tidak peduli lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir 2 itu menyatakan dia juga turut mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas melahirkan anak.
Namun, bagi pemilik nama Nur Akmalina Iskandar ini, dia tidak berasa malu untuk berkongsi kepada umum kerana ia normal untuk golongan ibu.
“Dan mengenai rambut saya? Tipulah saya katakan rambut saya tak gugur. Saya mengalami keguguran selepas bersalin dan sangat teruk.
“Dulu saya pernah kongsikan kisah saya, betapa teruknya. Memang segenggam tu rambut saya walaupun hanya sentuh rambut atau mahu membetulkan sanggul saya.
“Bayangkan semua rambut itu, setiap kali saya melepaskan rambut, menyikat, mencuci rambut saya. Setiap hari. Sejak bulan ketiga selepas bersalin.
“Tak lama lagi saya masuk set penggambaran memang nak kena pakai rambut palsu sebab dah botak mungkin.
“Saya tidak malu untuk berkongsi ini dengan anda semua. Kerana semua wanita mengalami keguguran selepas bersalin. Antara teruk atau tidak, sekejap atau lama sahaja. Ini adalah proses semula jadi. Jadi tolong bertahan di sana,” tulisnya lagi.
Nina dan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan atau lebih dikenali Lan Lebah berkenalan ketika terbabit dalam penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi arahan Heykal Hanifah.
Selepas empat bulan bernikah, pasangan itu mengadakan majlis persandingan mereka pada 4 Ogos 2019.
Bagus Nina tak malu untuk kongsikan semua ini dengan peminat di laman instagram miliknya. Memang ia satu proses yang dilalui oleh kebanyakkan ibu, itulah pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.
Sumber: Gempak & IG Nina Iskandar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI