‘Sejak Jadi Mak, Saya Teruja Bincang Pasal Anak.’ Jihan Kongsi Petua Hilangkan Batuk, Kahak, Selesema Anak

Share

Sejak bergelar ibu, pelakon, pelawak dan pengacara terkenal Jihan Muse mengakui sangat teruja bincang perkara melibatkan hal anak.

Lumrah macam ibu-ibu lain, kalau anak tak sihat memang kita akan risau. Jihan juga tak terkecuali ketika bayinya Ungku Arsalan Haq, tiga bulan mengalami masalah selesema dan batuk kahak.

Ilmu Baru Dari Kawan-Kawan

Menghargai ilmu baru yang dikongsi oleh kawan-kawannya mengenai petua merawat selesema dan batuk secara tradisional, Jihan teruja untuk berkongsi pula dengan para peminat di Instagram peribadinya.

Parents Posting. Untuk bayi sahaja. Sebab saya dah jadi mak jadi hidup saya lebih teruja bincang pasal anak. So harini dpt ilmu baru dari kawan2. 

TAJUK: Petua hilang batuk, selsema, kahak. .
Kaedahnya : 
Bakar 2 ulas bawang putih. Campur 2 sudu olive oil. Ganyang bawang putih sehingga sebati rasa ini rasaku. Lepas tu sapu kat dada, blkg badan & tapak kaki baby. Boleh simpan 2-3hari ni.

Share apa petua & cara korang pula. Mungkin boleh cuba dan lebih mujarab. Lain org lain caranya. Kita bawak berbincang, kongsi pengalaman & ilmu memasing. 

Jgn gaduh or kondem cara org lain ye. Sapa mulakan provokasi saya kasi out!

#makbawakbincang
#sembangmakmak
#tqkawan2sharepetua .
P/s: Jgn simpan lama sgt nnt bawang ni hidup balik.

Jihan Ajak Peminat Share Petua Masing-Masing

Ramai netizen turut berkongsi petua dan cara masing-masing biasa amalkan sebagai salah satu rawatan tradisional bila anak selesema, batuk dan kahak.

Nampaknya pengacara Gegar Vaganza ini bukan sahaja menggunakan bawang putih sebagai salah satu petua tradisional untuk merawat masalah selesema dan batuk berkahak bayinya tetapi dia juga berkongsi faedah mengamalkan makan bawang putih goreng untuk ibu menyusu sepertinya.

Jihan Sambut Kedatangan Ramadan Dengan Berkenduri

Sempena Ramadan yang tinggal sehari sahaja lagi, Jihan telah mengadakan satu majlis istimewa sempena menyambut kedatangan bulan penuh keberkatan ini.

Dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan kenalan terdekat berlangsung meriah di kediaman ibu pelawak diva ini di Shah Alam.

Sumber: Instagram Jihan Muse

Published by
Hasnita Sawal