Ketika berita pemergian Chef Selebriti Adam Mahamed Ismail dilaporkan pada pagi Ahad lalu, rata-rata pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan trio popular The Family UK tidak dapat membayangkan perasaan anak-anak buah kesayangannya itu.
Ramai tahu hubungan antara Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali dengan Adam yang lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam itu terlalu erat.
Berkongsi cerita tentang akrabnya hubungan mereka, kakak sulung Adam, Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata sejak mendapat tahu bapa saudaranya sakit, Fatimah telah menggantung sehelai tudung di kerusi sepanjang masa untuk menunaikan solat bagi mendoakan bapa saudara kesayangannya itu.
“Di rumah tu, Fatimah ada satu tudung kepala yang dia gantung sepanjang masa di kerusi, dia akan pakai untuk sembahyang dan mendoakan Mamajee dia.
Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik-beradik yang popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.
Tambah Dr Nor Ashmiza, walaupun masih belum matang, penerimaan mereka terhadap kehilangan Adam tidak seperti kanak-kanak lain yang tidak berapa faham tentang hal melibatkan ajal dan kematian.
Ahad memang benar-benar hari Adam dan kelmarin adalah Ahad yang terakhir bersama Adam.
“Mereka sedar sepanjang masa bahawa Mamajee memang sakit. Cuma, Fatimah sangat terkesan kerana dia amat menyayangi Adam.
“Dia memang berharap Mamajee kembali ke UK. Berita ini amat-amat mengejutkan mereka,” katanya sambil menambah kali terakhir adik beradik tersebut bertemu Adam adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Beliau yang juga menetap di UK itu turut menganggap Adam lebih daripada seorang adik, malahan beliau ibarat ibu kedua buat chef tersebut.
Menyedari keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan, Adam sempat menitipkan kata-kata akhir kepada mereka yang mengenalinya.
Pesanan terakhir Adam untuk semua
“Banyak perkara ‘confidential’ yang dia cakap dengan keluarga. Tapi, kepada orang luar, dia selalu cakap dia minta maaf banyak-banyak kalau terasa hati dengan tutur katanya, kalau ada apa-apa minta tolong halalkan.
Ads
“Alhamdulillah ada rezeki, semua sempat melihat Adam pergi. Keluarga di UK pun sempat ‘facetime’ dengan dia dan Adam tidak terkilan apa-apa,” katanya yang bersyukur adiknya meninggal dunia dengan cara baik dan pada bulan yang suci.
Sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air.
Dalam pada itu, Dr Nor Ashmiza turut meluahkan rasa terkilan terhadap laporan yang mendakwa adik bongsunya mengalami lumpuh dan hanya boleh menggerakkan jari.
“Saya terkejut sebab adik saya bukan macam tu. Adam seorang yang aktif dan suka bekerja kuat hingga ke saat-saat akhirnya.
“Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air,” jelasnya sambil menambah kesihatan Adam bertambah teruk sejak tiga hari sebelum dijemput Ilahi.
Ajal maut di tangan Allah. Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya. Setiap yang hidup, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Mungkin bagi orang yang terpilih mereka seolah-olah tahu mereka akan pergi meninggalkan insan yang disayanginya.
Begitu juga dengan arwah ini yang merekod video bersama anaknya buat kali terakhir sebelum arwah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Ya Allah sebaknya, arwah mcm tahu je dia nak tinggalkan anak dia . Al-fatihah??? pic.twitter.com/IDW7FgD9T8
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter kelmarin, video yang direkod oleh arwah bersama anaknya betul-betul terkesan dan membuatkan semua yang menontonnya sebak.
Menurut beberapa individu yang mengenalinya, arwah adalah pemilik sebuah butik dan mempunyai karakter yang sangat baik dan suka bersedekah. Paling sebak bila lihat reaksi anaknya memandang muka bapanya seolah-olah dapat merasainya bakal kehilangan ayah.
Netizen yang menonton video ini semuanya berkongsi perasaan sedih dan menceritakan serba sedikit mengenai arwah semasa hidup.
Video yang berdurasi 1.14 saat ini telah mendapat tontonan 193,000. Al-Fatihah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana.
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menimang cahaya mata keempat bila isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram semalam.
Aliff Syukri juga berkongsi gambar dan video perjalanan isterinya melalui fasa kelahiran anak mereka.
Terkenal sebagai suami yang romantik dan penyayang, Aliff menemani dan memberikan kata-kata semangat kepada Shahida yang sedang mengalami sakit kontraksi hendak bersalin.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga menginsafi betapa besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu ketika mengharungi kesakitan bersabung nyawa demi melahirkan zuriat tersayang.
Keseronokan seorang bapa yang memang mengimpikan punya ramai anak dan penantian selama enam tahun kehadiran cahaya mata baru selepas mempunyai tiga orang anak akhirnya berakhir dalam kegembiraan.
Jutawan terkenal ini bersyukur kerana dapat menyaksikan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Yusoff Al Qardawi seperti nama ulamak terkenal dan berdoa agar satu hari nanti anaknya akan bergelar alim ulamak.
Teruja sgt sy sampai xpakai kasut berkejar sambut cucu..senang sangat menantu saya bersalin selepas buka 4cm.. xsampai satu jam dia melahirkan bayi yang sangat comel..berat 3.15 tanpa jahitan.. . Alhamdulilah cucu lelaki yg comel sgt2
Rozita menyatakan perasaan terujanya berkejar menyambut kelahiran cucu sampaikan tak sempat hendak pakai kasut.
Beliau juga berkongsi betapa mudahnya menantunya melahirkan anak keempat iaitu tak sampai satu jam dan selepas pintu rahim terbuka 4cm Shahida sudah melahirkan si comel.
Aliff dan Shahida telah dikurniakan tiga orang anak iait Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra,8, dan Ibraheem Adham, 6.
Pasangan ini juga ada mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang kini berusia tujuh bulan sebelum Shahida disahkan hamil anak keempat
Seorang kanak-kanak perempuan patah tangan manakala 15 lagi rakan berusia 7 hingga 12 tahun cedera ringan apabila van sekolah yang dinaiki terbalik dekat Padang Temusu, Tikam Batu, Sungai Petani, pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pemandu van berusia 50-an (lelaki) cedera ringan di bahagian kepala.
Menurutnya, maklumat awal mendapati kemalangan jam 7.40 pagi itu melibatkan sebuah van sekolah yang dalam perjalanan menghantar murid ke sekolah telah terbabas dengan sendiri ke dalam parit di bahu jalan.
“Apabila sampai di lokasi, terdapat sebuah van sekolah terbalik dan 17 mangsa yang terdiri daripada 10 kanak-kanak lelaki dan enam perempuan serta seorang pemandu van.
“Tiada yang tersepit dalam van berkenaan dan semua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.