Isteri dan suami adalah pasangan yang saling memerlukan. Masing-masing perlu tahu caranya untuk memberikan perhatian agar pasangan menjadi insan yang terbahagia. Perhatian kepada pasangan sejam sekali sekala sudah mencukupi untuk menggembirakan hati.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan idea buat pasangan lain. Peruntukan masa sejam adalah segala-galanya buat isteri yang selama ini kepenatan menguruskan rumah tangga. Sama juga bagi isteri, luangkan masa sejam untuk komunikasi berkesan dengan suami agar masing-masing boleh meluahkan perasaan.
Sejam. Itu masa yang saya habiskan selepas pulang dari kerja tadi memeluk isteri saya, membelai rambutnya, keningnya, pipinya, bibirnya, jari-jemarinya sambil berbual mengenai keadaan dia, anak-anak dan rumah.
FOKUS 100% KEPADA ISTERI SELAMA SEJAM
Ini masa saya fokus 100% pada isteri. Dalam seminggu ni memang saya kurang ada masa kerana kerja lebih masa.
Kami berbual kosong, berjenaka, gelak ketawa dan melayan anak-anak yang datang dan pergi bergilir-gilir mendambakan perhatian, atau pun cemburu melihat kami berdua.
1 JAM MASA BERKUALITI
Masa itu emas? Ya, masa itu amat bernilai. 1 jam yang fokus sebegini memberi impak yang jauh lebih baik dari berada di rumah berhari-hari tanpa fokus.
Masa itu saya gunakan untuk memujuk, memberi perhatian, mendengar keluhan, rintihan, cerita, menaikkan semangat dan menggembirakan si dia.
BATERI HATI
Hanya perlu bayangkan isteri ini seperti ada satu bateri hati. Semakin lama berjauhan atau kurang masa bersama, kuasa bateri itu akan menurun.
Semangatnya, kegembiraannya dan kadang-kala semua perkara positif di mindanya akan menurun mengikut bateri itu.
SUAMI PERLU CAS KEMBALI BATERI DENGAN LAYANAN FOKUS
Jadi, saya perlu cas semula bateri tersebut dengan layanan fokus ini. Hasilnya, dia nampak bersemangat, ceria dan lebih memahami keadaan tuntutan kerja yang saya ada sekarang.
KOSONGKAN MASALAH LAIN
Cubalah, 1 jam fokus bersama pasangan. Tidak kira untuk suami atau isteri. Salah seorang perlu mulakan.
Letakkan segala alat komunikasi ke tepi. Kosongkan segala masalah lain, berikan sepenuh perhatian pada pasangan.
Semoga keluarga kita semua lebih bahagia. Kongsikan cetusan idea ini kepada semua. Saya pasti ramai yang memerlukannya.
Sumber: Akhtar Syamir
Artikel berkaitan:[“Sweet Yang Sebenar Bukan Setakat Bawa Pasangan Jalan-Jalan” Ini Pesan UAI Untuk Pasangan Suami Isteri]
[Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang & Kurang Stres]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI