Perkembangan kanak-kanak adalah perkara penting sepanjang tempoh tumbesaran mereka. Sesetengah kanak-kanak berkembang terlalu cepat dan tidak kurang juga ada yang agak lambat. Penting untuk ibu bapa tahu bagaimana proses perkembangan anak yang normal dan mengenal pasti masalah yang timbul.
Antara usia anak 3 hingga 6 tahun, otak mereka pesat berkembang dan banyak perkara baru dipelajarinya. Ibu boleh lakukan beberapa aktiviti ini untuk lihat sejauh mana keupayaan dan tahap fokus anak.
Berikut perkongsian dari Puan Ainizal Abdul Latif mengenai kepentingan aktiviti ini untuk anak-anak.
Okay mommies..seperti dijanjikan saya akan explain kaitan antara hasil kerja anak-anak dengan keupayaan mereka memberi fokus ketika belajar. Langkahnya, ambil sehelai kertas A4, lukiskan satu bulatan sederhana besar di tengah then bagi arahan untuk anak warnakan bulatan tersebut..just arahan “warnakan bulatan itu” ??
Untuk anak 3 hingga 6 tahun ye..
Take note ye parents, fokus adalah kemahiran..bila sebut kemahiran ni, anak boleh belajar melalui aktiviti-aktiviti semudah menuang air dari bekas ke bekas, bermain penyepit baju dll..yang penting kita dapat tahu keupayaan & tahap fokus anak..jangan compare antara satu sama lain.. ?
1) MENCONTENG DAN TIDAK MENGIKUT ARAHAN
– jika anak tidak mewarnakan bulatan tersebut, sebaliknya hanya menconteng keseluruhan kertas, bermakna dia belum mampu mencipta fokus ketika proses pembelajaran dijalankan ke atasnya.
2) MEWARNA SATU BAHAGIAN SAHAJA DARIPADA KESELURUHAN BULATAN
– bermakna anak hanya mampu fokus pada satu-satu perkara yang disukainya sahaja. Dalam erti kata lain, anak hanya memberi fokus jika kita ajar perkara yang diminatinya. Anak takkan fokus kepada sesuatu yang tidak diminatinya.
3) MEWARNA SELURUH BAHAGIAN, TETAPI BANYAK YANG MELEPASI GARISAN BULATAN (TERKELUAR)
– bermakna anak sudah memberi fokus semasa belajar tetapi tidak konsisten. Kadangkala sangat fokus, namun ada masanya tidak menunjukkan minat langsung ketika belajar.
4) MEWARNAKAN BULATAN TERSEBUT SEPENUHNYA DAN TIDAK MELEPASI GARISAN
– tidak perlu ambil kira faktor kekemasan @ kecantikan warna, apabila anak berjaya mewarnakan keseluruhan bulatan tanpa melepasi garisan, bermakna anak mampu mencipta fokus dengan baik ketika proses pembelajaran dilakukuan ke atasnya.
Jadikan ini sebagai penanda aras untuk kenalpasti kemampuan fokus anak-anak. Mereka perlu difahami, barulah mudah untuk beri kefahaman kepada mereka..fokus adalah kemahiran yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Perlu lebih kreatif untuk anak lebih fokus ..pelbagaikan aktiviti untuk tingkatkan fokus mereka! ??
Sumber: Ainizal Abdul Latif
? Genius Dari Syurga