Selalunya bila jumpa ibu yang ada anak kecil mengadu lenguh badan, tak cukup tidur, penat kemas rumah pagi sampai malam, tolonglah jangan cakap lembik atau apa perkataan yang boleh mengguris hati.
Sebenarnya ibu-ibu ni mereka sangat kuat. Sebab kita tak tahu betapa struggle dia nak jaga dan urus anak-anak dan jika yang bekerja lagi berganda tanggungjawabnya. Sebab itu bila kita pergi ke rumah orang yang ada anak kecil, jaga mulut dan jangan cepat fikir yang bukan-bukan.
Situasi kita dan orang berbeza. Jadi tak boleh samakan walaupun mungkin anak-anak kita sebaya dengan umur anak mereka.
Seperti perkongsian ini, kita boleh nilai betapa hebatnya seorang isteri bergelar ibu untuk pastikan keadaan dalam rumah sentiasa terkawal lagi-lagi ada anak yang aktif dan nak teroka semua perkara.
Janganlah cepat menilai
Sejujurnya rumah saya bukanlah rumah yang boleh dikunjungi secara mengejut dan tiba-tiba. Maksudnya, tanpa beritahu apa-apa tiba-tiba sampai depan rumah. Anak-anak saya sedang membesar dan mereka dalam fasa suka ‘mengemas’ rumah.
Saya bukanlah malas nak kemas rumah, tapi kadang-kadang tu rasa fed up. Kemas sekejap, 5 minit kemudian bersepah semula. Baru sapu dan mop, 10 minit kemudian dah ada semula bread crumb, biscuit crumb dan segala jenis crumb lagi.
Kemas kat depan, kat belakang pula berterabur. Jadi, saya kemas rumah ala kadar je la hari-hari. Menyapu pun setakat mana yang larat sahaja. Alhamdulillah suami saya bukan sejenis yang suka merungut dan mengarah-arah.
Jadi, semalam bila mak saudara suami bagitahu nak datang ke rumah hari ni. Sepantas kilat saya bangun kemas rumah. Yela, kalau tak kemas takut pulak depa sakit jantung tengok. Dari belakang sampai ke depan bersepah. Kat mana-mana pun ada mainan anak.
Saya ambil gambar untuk tatapan mata saya, dan mengingatkan diri bahawa rumah saya pernah kemas pada satu ketika. Walaupun hanya untuk satu hari. Sedikit peringatan untuk kita semua, termasuk diri saya sendiri.
Beritahu awal
Kalau nak bertandang ke rumah sesiapa pun, pastikan beritahu tuan rumah terlebih dahulu. Kasihan mereka kalau datang secara mengejut. Untuk menjaga aib tuan rumah pun ya juga. Yelah, kita sebagai manusia biasa mesti terdetik di hati walaupun sedikit kalau rumah mereka bersepah.
Bila bertandang ke rumah orang, butakan mata, diamkan suara. Kalau bersepah sekalipun, buat-buat aje tak nampak. Dah balik, jangan pula nak mencanang ke sana sini. Bila dah kemas rumah macam ni, rasa nak hantar suami dan anak-anak balik kampung. Kahkahkah.
Sekian.
Kredit: Sabiha Hana
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI