Bosan duduk rumah waktu PKP ni, seronok juga kalau satu keluarga duduk di rumah sambil menggentel plastik aiskrim Malaysia. Bukan sebarang aiskrim, tapi jenis berkrim penuh rasa lemak.
Aida Radzuan berkongsi cara mudah untuk buat aiskrim Malaysia bersusu ini dan cara mengikat plastik dengan lebih kemas dan mudah disusun dalam peti ais. Menariknya resipi ini bukan sahaja rasanya enak, tetapi teksturnya juga lebih lembut dan tidak berais.
Artikel Menarik: [Step By Step Buat Karipap Pusing Rangup & Sedap, Ikut Cara Ni je, Gerenti Jadi!]
Dah tido ke tu 👀
Haritu Aida ada post pasal #AiskrimMalaysia ,,ada yg msg nak tanya resepi dan cara2 ikat aiskrim tu..Jadiiiii harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim malaysia..Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline…Alhamdulillah rezeki anak2 Aida..Tiap2 minggu order masuk..Budak2 area rumah pon ramai dtg beli kat rumah 😍
1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 1/2 tin Air Masak
2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (utk lembutkan aiskrim)
Garam sikit (utk rase lemak2 )
1sudu kecik esen vanila
Campurkan susu pekat & susu cair..Aida guna #SusuSuJohan je..Campur sekali #air masak 4 1/2 tin..Lepastu bancuhkan 2 1/2 sudu besar #tepungjagung 🌽dalam bekas sebelum masukkan dalam periuk untuk dimasak..Masukkan perisa ape yg kita nak buat..Campurkan #garam dan #EssenceVanilla..👉masak sampai semua betul2 masak(mendidih)..Dah mendidih tutup api dan biarkan sejuk,,dah sejuk bolehlah masuk dalam plastik aiskrim cap kingkong 🐵
Kat sini Aida ada share skali video cara2 ikat plastik aiskrim tu..Kalau tak berapa clear boleh search kat youtube 🤗
Artikel Menarik: [Macam-Macam Bentuk Ada, Comelnya Bahulu Labu Ni. Manis, Lembut & Gebu!]
*Semua jenis aiskrim yg bersusu dan tak bersusu mesti masak air tu sampai mendidih walaupon pakai air coway atau cucco 🤗.