Sekali Makan Mesti Teringat, Resipi Tart Portugis Super Sedap & Ringkas!

Share

Bagi yang pernah merasai keenakkan Tart Portugis ini pasti tidak cukup makan hanya satu. Pasti teringat-ingat kelembutan inti dalamnya dan kerangupan kulit tart yang cukup sedap.

Apa kata hujung minggu ini kita sediakan sendiri untuk anak-anak. Jom cuba resipi ringkas Cik Sue Zakaria ni.


Tart portugis ni dah masuk list wajib cari kalau suka kan tart. Sekali makan duk teringat sebab tak cukup.

Bahan-bahan:
Puff pastry

150ml air
120gm gula
250ml susu
4 biji telur
1 sb tepung kastard
1 sk esen vanilla

Ambil puff pastry tu letak je dalam acuan. Potong lah lebihan yang keluar tu. Pakai pisau dan kemaskan.

Adun segala mak nenek tadi tapi bukan sekali puff pastry ye.

Tapis dan masukkan ke dalam acuan.

Bakar pada suhu 180c selama 40 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Siap!

Resipi wajib cuba: Perap Adunan Lama, Baru Tart Telur Makin Rapuh, Sedap Lagi Berlemak

Hokkaido Cheese Tart Leleh, Resipi Simple, Senang Sangat Nak Buat

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM