Sekali-Sekala Bagilah Anak Main Kotor. Tak Rugi Tapi Ada Kebaikannya!

Share

Sekali-sekala bagilah anak main kotor. Ini penting untuk anak belajar demi kebaikannya. Tapi hari ini boleh dikatakan semua ibu bapa sekarang terlalu berkira jika anak-anak nak main diluar. Sebabnya tak nak anak main kotor, mudah jatuh sakit dan macam-macam lagi.

Mengikut kajian, membenarkan anak-anak kesayangan anda untuk explore dirty atau messy play ini sangat bagus untuk perkembangannya.

Tak rugi pun, malah itulah yang sistem deria sentuhan anak kita perlukan untuk berfungsi dengan lebih baik semasa sesi persekolahan mereka kelak.

“Malas nak cuci dan bersihkan segala benda yang kotor”, kata si ibu.

Makanya..anak-anak nanti pun membesar menjadi seorang yang terlalu pembersih.

Sistem deria sentuhan tidak dapat berfungsi dengan baik, maka anak-anak menjadi sangat pembersih sehingga dikhuatiri boleh mendapat penyakit “too hygienic” seperti “Obsessive Compulsive Disorder”.

Saya pernah jumpa satu kes murid darjah 1 yang macam ni.. sejak hari pertama masuk darjah 1, smpailah sekarang nak masuk darjah 3, tidak pernah sekali pun dia guna tandas di sekolah.. bila di tanya kenapa?? “Saya jijik nak masuk tandas sekolah saya”.

Sanggup di tahannya kencing, kadang-kadang dia bawa siap-siap botol plastik dalam beg, untuk dia elak dari guna toilet di sekolah. Normal ke macam kes ni?

Itulah, kalau tanya saya. Lagi sekali saya akan cakap ini disebabkan ibu bapa yang gagal memberi pendedahan secara menyeluruh masa umurnya sedang untuk belajar dan meneroka sesuatu. Betul kebersihan itu separuh dari IMAN.

Tapi betul ke disebabkan anak-anak terlalu pembersih sehingga jijik nak bersih najis mak ayahnya sendiri yang sakit tua atau terlantar nanti??

UNTUNG kan kita membesar zaman-zaman sebelum ni. Ada peluang main teng-teng, berkaki ayam, lukis kotak teng-teng pakai jari atas tanah, main bola tak pakai kasut, main hujan, tak pakai selipar, pijak-pijak lumpur, tolong mak bakar sampah belakang rumah tanpa pakai sarung tangan, tolong mak tabur baja najis ayam atau kambing dalam pasu bunga, dan lain-lain. Bagusnya mak ayah kita dulu-dulu.️

Sumber: Liyana Raya
#sensoryplay
#tactilestimulation
#touchsensory
#obsessivecompulsivedisorder

Published by
Wan Amy