Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah.

Bagaimana caranya? Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini.

Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini

Anak mengadu penglihatan kabur?

Sekiranya si kecil mengadu mereka tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur sewaktu membaca buku, anda sebenarnya boleh melakukan beberapa ujian mata asas di rumah.

Eh, biar betul boleh dibuat di rumah?

Ya, tiada masalah untuk melakukan ujian penglihatan di rumah.

Cuma perlu diingatkan bahawa ujian mata tersebut bukanlah pengganti pemeriksaan perubatan mata lengkap oleh pakar oftalmologi.

Ini kerana menguji kadar penglihatan di rumah tidak akan setepat ujian yang dilakukan oleh pakar mata.

Pun begitu, ujian di rumah dapat membantu mengetahui masalah mata yang memerlukan perhatian pakar.

Banyak masalah berkaitan mata boleh dirawat dan dipulihkan jika dikesan dan diubati pada peringkat awal. Sebab itu, pemeriksaan mata secara perubatan adalah penting untuk dilakukan, okay?

Ads

 

Persiapan untuk ujian mata anak di rumah

Ini bermakna, kalau anda mahu, pemeriksaan mata boleh dilakukan di rumah. Tetapi sudah tentu terdapat persediaan yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.

Barang yang diperlukan untuk ujian penglihatan:

  • Sesuatu untuk menutup mata, seperti cawan kertas atau tisu muka
  • Pita pelekat atau pin untuk menggantungkan carta ujian di dinding
  • Pen atau pensil untuk mencatatkan hasil ujian
  • Pita ukuran atau pembaris
  • Lampu suluh
  • Bilik berlampu dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 10 kaki
  • Carta ujian yang betul (anda boleh memuat turun carta daripada laman web tertentu)

Menyediakan tempat ujian penglihatan

Semasa memuat turun carta untuk dicetak, pastikan carta yang dipilih adalah untuk kanak-kanak

Untuk mencetak, pastikan huruf terbesar pada bahagian atas carta dengan saiz ketinggian lebih kurang 1 inci (23 milimeter)

Ukur jarak 10 kaki daripada dinding tanpa tingkap dan letakkan kerusi pada jarak ini
Lekatkan atau pinkan carta pada dinding kosong, separas dengan mata anak semasa mereka duduk di atas kerusi

Ads

Melakukan ujian mata anak

Umumnya, ujian penglihatan yang dilakukan ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun dan ke atas kerana mereka sudah boleh memahami arahan yang diberikan.

Pada permulaannya, jelaskan kepada anak bahawa kalian akan bermain ‘permainan menunjuk’ (pointing game). Dengan menggunakan kad latihan huruf E, ajar anak untuk fokus pada huruf E yang ditunjukkan.

Gerakan kad tersebut kepada 4 arah berbeza, iaitu atas, bawah, kanan dan kiri.

Jarak kad latihan yang dipegang boleh berada sedekat yang dimahukan anak sehingga mereka dapat menunjukkan keempat arah tanpa bantuan.

Kemudian persiapkan anak untuk menjalani ujian mata dengan cara di bawah:

  • Dudukkan anak di atas kerusi yang diletakkan pada jarak 10 kaki daripada dinding yang ditampal dengan carta
  • Tutupkan sebelah mata anak dengan penutup tanpa memberikan tekanan. Anda mungkin memerlukan bantuan individu lain untuk membantu memegang penutup mata pada anak
  • Sekiranya anak memakai cermin mata, biarkan mereka memakainya semasa ujian
  • Jika carta kelihatan terlalu gelap untuk dilihat dengan jelas, gunakan lampu suluh untuk menerangi huruf ketika penglihatan berlangsung
  • Halakan lampu suluh pada setiap huruf bermula dengan huruf terbesar. Minta anak sebutkan huruf yang ditunjukkan itu
  • Catatkan bilangan garis terkecil huruf yang dapat dibaca dan dilihat oleh anak dengan betul
  • Ulang ujian mata ini pada mata sebelah lagi untuk mengenal pasti masalah penglihatan kabur anak
  • Seandainya anak letih, mungkin ujian ini boleh dilakukan pada masa yang lain

 

Ads

Ujian kepada anak yang lebih besar

  • Minta anak yang akan diuji untuk duduk di atas kerusi yang jaraknya 10 kaki dari carta.
  • Pastikan carta selaras dengan matanya
  • Pastikan anak menutup sebelah mata tanpa memberikan tekanan. Sekiranya mereka menggunakan cermin mata untuk penglihatan jarak jauh, ia harus dipakai semasa ujian mata
  • Halakan lampu suluh pada setiap baris carta, sementara anak yang diuji membaca huruf dengan kuat. Terus ke baris bawah atau sehingga hurufnya terlalu sukar untuk dilihat oleh anak
  • Tuliskan bilangan garis terkecil yang dilihat dan dibaca dengan betul
  • Sekarang ulangi ujian dengan mata sebelah yang ditutup dan catat hasilnya

Memahami hasil keputusan

Menurut American Academy of Ophthalmology, makna kepada hasil keputusan ujian akan berbeza-beza mengikut usia anak anda.

  • Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun harus dapat melihat garis carta 20/40
  • Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun harus melihat garis 20/30
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas seharusnya dapat membaca baris 20/20 carta

Anda boleh mengetahui baris mana yang dapat dibaca oleh anak anda menggunakan label di sisi carta ujian.

Sekiranya anda mendapati bahawa keputusan anak anda tidak normal untuk usianya, buat janji temu dengan doktor mata pediatrik, atau pakar oftalmologi.

Menguji mata anak anda di rumah adalah cara yang baik untuk mengukur penglihatannya, tetapi ia tidak boleh menggantikan pemeriksaan oleh pakar oftalmologi.

Pakar oftalmologi pediatrik bukan sahaja akan menguji penglihatan anak anda, tetapi juga kesihatan mata si kecil.

Ini terutamanya jika mereka mengadu penglihatan kabur ketika belajar atau menonton televisyen.

Sekali Sekala Cuba Buat Ujian Mata Untuk Anak Di Rumah Dengan Cara Ini

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI