Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah.
Bagaimana caranya? Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini.
Anak mengadu penglihatan kabur?
Sekiranya si kecil mengadu mereka tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur sewaktu membaca buku, anda sebenarnya boleh melakukan beberapa ujian mata asas di rumah.
Eh, biar betul boleh dibuat di rumah?
Ya, tiada masalah untuk melakukan ujian penglihatan di rumah.
Cuma perlu diingatkan bahawa ujian mata tersebut bukanlah pengganti pemeriksaan perubatan mata lengkap oleh pakar oftalmologi.
Ini kerana menguji kadar penglihatan di rumah tidak akan setepat ujian yang dilakukan oleh pakar mata.
Pun begitu, ujian di rumah dapat membantu mengetahui masalah mata yang memerlukan perhatian pakar.
Banyak masalah berkaitan mata boleh dirawat dan dipulihkan jika dikesan dan diubati pada peringkat awal. Sebab itu, pemeriksaan mata secara perubatan adalah penting untuk dilakukan, okay?
Persiapan untuk ujian mata anak di rumah
Ini bermakna, kalau anda mahu, pemeriksaan mata boleh dilakukan di rumah. Tetapi sudah tentu terdapat persediaan yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.
Barang yang diperlukan untuk ujian penglihatan:
Menyediakan tempat ujian penglihatan
Semasa memuat turun carta untuk dicetak, pastikan carta yang dipilih adalah untuk kanak-kanak
Untuk mencetak, pastikan huruf terbesar pada bahagian atas carta dengan saiz ketinggian lebih kurang 1 inci (23 milimeter)
Ukur jarak 10 kaki daripada dinding tanpa tingkap dan letakkan kerusi pada jarak ini
Lekatkan atau pinkan carta pada dinding kosong, separas dengan mata anak semasa mereka duduk di atas kerusi
Melakukan ujian mata anak
Umumnya, ujian penglihatan yang dilakukan ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun dan ke atas kerana mereka sudah boleh memahami arahan yang diberikan.
Pada permulaannya, jelaskan kepada anak bahawa kalian akan bermain ‘permainan menunjuk’ (pointing game). Dengan menggunakan kad latihan huruf E, ajar anak untuk fokus pada huruf E yang ditunjukkan.
Gerakan kad tersebut kepada 4 arah berbeza, iaitu atas, bawah, kanan dan kiri.
Jarak kad latihan yang dipegang boleh berada sedekat yang dimahukan anak sehingga mereka dapat menunjukkan keempat arah tanpa bantuan.
Kemudian persiapkan anak untuk menjalani ujian mata dengan cara di bawah:
Ujian kepada anak yang lebih besar
Memahami hasil keputusan
Menurut American Academy of Ophthalmology, makna kepada hasil keputusan ujian akan berbeza-beza mengikut usia anak anda.
Anda boleh mengetahui baris mana yang dapat dibaca oleh anak anda menggunakan label di sisi carta ujian.
Sekiranya anda mendapati bahawa keputusan anak anda tidak normal untuk usianya, buat janji temu dengan doktor mata pediatrik, atau pakar oftalmologi.
Menguji mata anak anda di rumah adalah cara yang baik untuk mengukur penglihatannya, tetapi ia tidak boleh menggantikan pemeriksaan oleh pakar oftalmologi.
Pakar oftalmologi pediatrik bukan sahaja akan menguji penglihatan anak anda, tetapi juga kesihatan mata si kecil.
Ini terutamanya jika mereka mengadu penglihatan kabur ketika belajar atau menonton televisyen.
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!