Sebelum ada anak, selepas ada anak perbezaan ketara bagi seorang wanita adalah suaranya yang lantang. Tanyalah mana-mana wanita pun ini antara salah satu perubahan besar. Bukan saja-saja tapi ia berlaku tanpa sedar.
Ramai yang rasa kelantangan suara ini secara automatik berlaku walaupun ia dah cuba dikawal sebaik mungkin. Keadaan ni berlaku apabila melihat rumah bersepah, mengawal anak-anak yang mungkin sedikit mencabar kesabaran dan beberapa faktor lain.
Ibaratnya orang cakap suara ibu lagi kuat berbanding ayah bila berdepan situasi yang tak dijangka dalam rumah.
Bagaimanapun bila anak tidur, perasaan menyesal, kesian pada anak mulalah datang dalam diri. Bak kata orang ibu pula ‘berperang’ dengan jiwa sendiri kerana keterlanjuran memarahi anak-anak sebelum itu.
Namun berdasarkan pendapat dari Dr Taufiq Razif, tak salah jika sekali sekala ibu menjadi tarzan. Asalkan beberapa aspek ini kena diambil kira supaya hubungan kita dengan anak tak terjejas dan tak melampui batas sehingga memberi kesan pada emosi anak.
+ Seimbang dengan pelukan kasih sayang
+ Fahamkan anak tentang kepenatan kita
Ads
+ Minta maaf jika tersalah melampaui batas
+ Pandai ubati kembali kecederaan emosi anak
Dan lebih bertuah lagi kalau mempunyai :
+ Anak yang faham emosi & situasi kita
Ads
+ Keluarga yang pandai memujuk
+ Pasangan hidup yang sudi mendengar luahan dan bebelan kita
+ Pasangan hidup yang sudi meringankan bebanan pekerjaan rumahtangga kita
Ads
Tapi yang terbaik adalah :
+ Kita belajar cara kawal emosi kita
+ Kita faham personaliti diri kita
Kita tanamkan azam supaya TARZAN STATE ini perlahan lahan berubah menjadi CINDERELLA STATE demi kehidupan yang lebih tenang dan tak menyakitkan psikologi dan jiwa!
Paling penting suami janganlah tengok saja tapi cuba sama-sama bantu apa yang patut agar mood isteri berada dalam keadaan baik dan semuanya berjalan lancar.
Anak-anak bukan sahaja anugerah dan amanah daripada Allah SWT kepada pasangan suami isteri, tetapi juga menjadi saham akhirat yang berterusan kepada ibu bapa sekiranya dididik dengan ajaran al-Quran dan Sunah.
Oleh kerana anak-anak adalah anugerah yang amat bernilai daripada Allah SWT, maka mereka perlu dibelai, disayangi dan dihargai dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa yang sentiasa berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah SWT dan berbakti kepada ibu bapa dijanjikan jaminan rezeki daripada Allah SWT.
Namun ada juga ibu bapa yang diuji dengan perangai anak-anak. Itu tak bermakna anda gagal mendidiknya sebaliknya ujian kecil Allah nak bagi. Jika dalam keadaan ini, usahalah amalkan doa ini sebagai ikhtiar seperti dikongsikan oleh saudara Azizul Zairi.
Pernah saya tanyakan ustaz doa lembutkan hati anak tapi ustaz tersebut pesan sebelum amalkan doa macam-macam sebaiknya semak dulu perkara ini untuk mengenal pasti punca masalah tingkah laku anak.
✅ Pertama sekali semak maksud nama anak. Adakah ia sama dengan karakter mereka. Sesuai ataupun tidak. Sebab tu orang tua dulu-dulu suka panggil nama anak selain dari nama atas surat beranak, biar serasi katanya. Wallahualam.
✅ Kedua, cermin dan semak cara kita melayan anak-anak. Adakah terlampau dikongkong, terlalu dimanjakan atau terlebih garang? Soal ini, kaji dan berpada-padalah.
✅ Seterusnya kaji semula adakah kita sebagai ketua keluarga mencari rezeki itu datangnya daripada sumber yang halal atau sebaliknya? Atau syubhah? Atau suka main nombor ekor?
✅ Kemudian barulah berbalik pada didikan agama. Jangan serah bulat-bulat pada cikgu sekolah. Ibu dan ayah main peranan.
JOM KITA IKHTIAR AMALKAN DOA LEMBUTKAN HATI ANAK INI
❤️ Mulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 3 kali.
❤️ Seterusnya kita lengkapkan dengan Ayatul Kursi sebanyak 3 kali.
❤️ Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
❤️ Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
❤️ Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun anak, waktu mereka tidur.
In shaa Allah dengan izin Allah dan kita hanya ikhtiar sebaik mungkin. Sampai-sampaikanlah pesanan yang baik-baik.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gajet ni bahayanya adalah dia boleh mengakibatkan ketagihan. Ketagih yang macam dadah tau. Sebab dia release dopamine. Anak rasa happy bila gajet ada, rasa kosong dan resah bila gajet tiada.
Sebab tu kita kena control penggunaannya pada anak-anak. Saya sendiri personally ada “gadget time” untuk anak-anak. Sebab saya pilih untuk dedah dalam keadaan terkawal.
Semasa gadget time anak-anak:
🚫 tak boleh install apa-apa apps
🚫 tak boleh duduk dalam bilik. Mesti di hadapan kami sahaja.
🚫 Social Media memang saya tak dedahkan langsung, termasuk penggunaan whatsapp. Anak saya hanya tahu call sahaja guna phone, in case of emergency.
🚫 Anak saya TIADA PHONE SENDIRI.
Ada ramai rakan-rakan saya pilih untuk tidak dedah langsung. Bagaimana kita nak kawal, terpulang pada kita.
Tapi, kalau kita pilih untuk dedahkan, atau sudah terlanjur dedahkan. Kita perlu jelas dengan guideline penggunaan gadget pada anak-anak. Terutamanya kalau anak kita tu kecillllll sangat lagi.
Dan… kita perlu SANGAT ALERT tentang tanda-tanda anak kita KETAGIHAN. Ketagihan gadget adalah SANGAT BAHAYA kepada perkembangan otak anak-anak ya.
9 Tanda Anak Ketagihan Gajet:
1️⃣KEGAGALAN KAWALAN
Anak tak boleh ikut bila kita letak kawalan penggunaan. Tak boleh stop main gajet. Dan tak boleh bila dengar kita kata tak boleh gajet.
2️⃣ANAK HANYA MAHU GADGET SEBAGAI REWARD
“Gadget Time” sahaja yang anak mahukan. Bila kita minta anak pilih apa hadiah yang dia mahu, anak hanya mahu “PHONE”.
Bila kita buat reward chart, anak hanya minta waktu penggunaan “PHONE” dipanjangkan.
Ini juga tanda ketagihan ya…
3️⃣CERITA TENTANG APA YANG DIMAINKANNYA DALAM GADGET SAHAJA
Kat meja makan, cerita tentang “minecraft”. Kat depan cerita tentang Red Ball. Asal cerita je, cerita tentang game favourite dia dalam gajet.
This is not healthy.
Anak-anak perlu eksplore dan rasa minat dengan KEPELBAGAIAN PERKARA di muka bumi. Bukan hanya gajet.
4️⃣MENGGANGGU KEHIDUPAN SOSIAL
Sentiasa berkepit dengan gadget. Tak boleh berenggang. Makan bawa gajet, nak tidur bawa gajet (eh.. bunyi macam kita pula kan?)
Tapi, sentiasa mahu gadget sehingga anak sukar bersosial, mata tu ke gadget sahaja adalah tanda ketagihan.
5️⃣PERNAH BERGADUH ANAK-BERANAK TENTANG GADGET
“Awak ni asyik phone je!!!”
Kita pernah marah anak tentang penggunaan gadget dia, anak pernah mengamuk dengan kita tentang gadget dia, bergaduh adik-beradik berebut harta gadget tu.
Ni tanda-tanda anak ketagihan gadget.
6️⃣ANAK TUNJUK TANDA ADDICTION WITHDRAWAL
Bila kita off TV, off gadget, dia punya mengamuk semacam.
Bila kita ambil gadget dia, jerit tak boleh bawa bincang.
Orang ketagih, tak dapat barang, memang dia akan mengamuk tak boleh bawa bincang tau. So, tu tanda anak kita ketagihan ya.
7️⃣MASA DENGAN GADGET SEMAKIN LAMA SEMAKIN MENINGKAT
Sepanjang masa anak nak tengok skrin. Kita kata “stimulation tolerance” dia meningkat.
Dia boleh duduk, dalam posisi yang sama berjam-jam masa tengah main gadget tu. Bunyi guruh di langit ke, bunyi air di tempayan dicurahkan ke, semua dia tak dengar dah.
Ni bahaya tau. Teruk dah addiction anak kalau macam tu.
8️⃣ANAK CURI-CURI GUNA
Anak akan cari cara apa pun untuk curi-curi bawah gadget ke dalam bilik, bawa tidur, masukkan dalam beg sekolah.
Ni memang tanda addiction gadget dah tahap agak teruk. Rules yang kita bagi, semua dah tak mahu ikut. Dan mula sorok-sorok, curi-curi langgar rules.
Ni RED ALERT ADDICTION ye, mama ayah.
9️⃣HANYA DENGAN GAJET ANAK BAHAGIA
Bila tiasa gadget, anak macam ayam berak kapur. Tiada pancaran kebahagian, asyik marah-marah, monyok tak tentu hala.
Dapat je gajet, matanya bercahaya, sinar kebahagiaan terpancar dari wajah anak yang polos dan mulus.
Haaa… Ni TANDA BESAR GADGET ADDICTION. So, mama ayah kena kawal betul-betul.
Re-schedule semula penggunaan gajet.
Kalau rasa tak mampu control, tak payah bagi langsung. Nanti saya share CARA NAK CONTROL gajet pula. Nak tak?
Semoga bermanfaat perkongsian ini.
SAY NO TO GADGET ADDICTION!!!
Tidak dinafikan proses hamil & melahirkan cukup menyakitkan. Hadirnya anak dalam keluarga sebuah rahmat, punca mengalirnya keberkatan & rezeki dalam keluarga.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menyentuh sanubari ibu & ayah yang kadangkala terlupa detik sukar mengandung & melahirkan dan tidak menghargai anak-anak. Dalam kesibukan urusan dunia, jangan abaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang & perhatian kepada mereka.
Main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Tak sabar nak jumpa umi & anak-anak.
Pandanglah anak-anak & isteri dengan kasih sayang. Sakit sangat untuk dapat seorang anak, bersyukurlah. Ada yang diuji tanpa anak. Hargailah pasangan kerana Allah.
Ingat suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan rumah & pasti kita akan terpisah.
Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Jangan pandang rendah, cari emas dalam diri mereka, hargai, puji & doakan mereka.
Jika kita tak hargai anak, siapa lagi nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
Pegang & dukung anak rahmat Allah, Allah sayang kita. Bila mati anak yang akan doakan kita. Doa mereka membawa kita kepada reda Allah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.