Sekarang Anak-Anak Boleh Diculik Melalui Media Sosial. Hati-Hati Waktu Upload Gambar Mereka!

Share

Dek kerana keterujaan melihat perkembangan anak-anak, kita selalu memuatnaik status dan foto mereka di media sosial. Tanpa kita sedari, ia sebenarnya mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan anak-anak.

Di internet, terlalu ramai pemangsa yang mencari dan mengumpul foto kanak-kanak untuk dijadikan simpanan peribadi mereka. Selain pedofilia, terdapat satu lagi golongan lain yang dikenali sebagai Digital Kidnappers.

 

Dr Taufiq Razif ada menjelaskan tentang hal ini.

Seram sungguh saya bila dapat tahu rupanya sekarang ni anak kita bukan cuma berdepan dengan pemangsa kanak kanak sahaja tetapi sekarang ni ada juga Digital Kidnappers.

Saya sendiri pun baru tahu ni. Aduh!

Dulu kita biasa dengan istilah penculik kanak kanak je kan. Itu berlaku secara fizikal tetapi sekarang ni ianya boleh berlaku juga tetapi secara digital je. Ini yang kita namakan sebagai Digital Kidnapping.

Mereka akan ambil gambar anak kita yang kita selalu post di media sosial. Mereka akan ‘culik’ gambar dan identiti anak kita dan jadikan seolah olah ianya adalah identiti anak mereka.

Artikel Menarik: [Mengamuk Tak Dapat Apa Dia Nak, Explain Supaya Anak Faham]

Digital Kidnappers ni akan re-upload balik gambar anak anak kita tu nanti ke media sosial mereka dan mereka jadikan anak kita tu sebagai anak-anak mereka!

Yang lebih seram lagi kalau mereka dah berkenan pada sorang budak, maka budak itu akan ‘diintip’ dan dijadikan anak mereka daripada kecil sampailah dewasa.

Saya tak kata tak boleh upload langsung gambar anak tetapi tolong berhati hati sangat, tapis friendlist dan limitkan akses gambar anak anda terutamanya kalau kita rasa ada sesuatu yang tak kena.

Tolong jangan buat benda ni:

*Dedahkan lokasi sekolah anak
*Dedahkan lokasi rumah anak
*Dedahkan lokasi perjalanan anak anak
*Dedahkan gambar aib anak
*Dedahkan gambar bogel anak
*Dedahkan nombor kad pengenalan anak
*Dan lain lain maklumat yang boleh mendedahkan anak kita kepada Physical mahupun Digital Kidnappers

Artikel Menarik: [Mesti Buat Latihan Sensori Ini Jika Jarang Bawa Anak Keluar Rumah. Baru Tak Terlambat!]

Tolong sebarkan info ni kepada mak ayah yang lain ya sebab saya rasa tak ramai lagi mak ayah alert tentang Digital Kidnapping ni.

Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Taufiq ini memberi kesedaran kepada para ibu yang teruja berkongsi foto atau maklumat tentang anak-anak di media sosial. Dalam keterujaan kita berkongsi untuk suka-suka, ada yang emmerhati untuk menjadikan anak kecil kita sebagai mangsa. Maka, berhati-hatilah.

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham