Masih ingat lagi kisah adik Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail yang hanya disebabkan terhantuk di kerusi dan kepalanya bengkak menjadi asbab sehingga dapat tahu yang dia disahkan menghidap kanser saraf tahap 4.
Kisah anak kecil ini yang kuat semangat bermula dari awal dia sakit hinggalah keadaannya hari ini membuktikan keluarga adik Iman tak putus asa untuk berusaha merawat sakitnya selagi ada peluang.
Perkongsian dari mama adik Iman, Puan Nursasabila Kamarulzaman ini benar-benar meruntun hati.
ARTIKEL BERKAITAN [Tolonglah Doakan! Hanya Terhantuk Di Kerusi, Sekelip Mata Hidup Iman Berubah]
Tubuh Iman dah tak dapat terima ubat
Assalammualaikum semua..salam sayang dari Iman untuk semua yang tak putus-putus mendoakan Iman. Dalam terketar-ketar mama Iman gagahkan juga untuk berkongsi setiap baris kata-kata yang nak disampaikan.
Bukan senang bukan mudah tapi harus diterima dan redha dengan ketentuan Yang Maha Esa. Iman dapat pulang ke rumah selepas seminggu di wad. Iman bukan dibenarkan pulang atas alasan dia sudah sihat dan demam sudah baik tapi Iman dibenarkan pulang bila doktor memutuskan tiada lagi rawatan untuk Iman.
Tubuh badan Iman sudah tidak dapat menerima ubat-ubat yang doktor bagi. Tindak balas positif dari ubat-ubat yang diberi juga sudah tidak ada. Demam masih tidak kebah dan kuman di dalam darah juga tidak menunjukkan semakin menurun malah makin bertambah.
ARTIKEL BERKAITAN [Rambut Iman Dah Gugur Kesan Kimoterapi. Terus Doakan Iman Kuat Ya Semua!]
Iman balik dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan ubat antibiotik yang perlu dihabiskn di rumah. Sekarang Iman juga selalu mengadu sakit-sakit di bahagian kaki dan tangannya.
Mungkin sel-sel yang merebak perlahan-lahan menyerang di setiap saraf-saraf utamanya. Dikesempatan di bulan Syawal ini mama dan semua keluarga Iman memohon maaf zahir dan batin,dan berterima kasih kepada semua yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan Iman
Tak lupa kepada semua yang selalu mendoakan Iman tak kira ahli keluarga, sahabat-sahabat mama dan semua yang pernah mendoakan Iman. Terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas segala kebaikan kalian pada Iman dengan 1001 kali kebaikan lagi pada kalian dan keluarga. Amin.
Keadaan Iman semakin lemah
Kepada sesiapa yang bertanya bagaimana keadaan Iman sekarang, keadaan Iman agak lemah, tapi Iman sangat-sangat kuat. Dia masih mampu nak bermain di rumah. Semoga hari-hari Iman sentiasa indah dan gembira. Segala ketentuan di tangan Allah. Kami ahli keluarga akan cuba mencari jalan lain untuk merawat Iman selagi ada masa dan waktu kami akan ikhtiarkan untuk Iman..Inshaa allah…
Mari sama-sama doakan iman.. Bismillahhirahmanirahimm…
Ya Allah, hilangkan penyakitnya, Muhammad Iman Al Khausar bin Ismail.. Berikanlah kesembuhan padanya kerana Engkaulah penyembuh segala penyakit. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhanMu iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Hanya padaMu kami memohon dan berserah diri. Ameen Allahumma Ameen.
Sebelum ini kisah adik Iman pernah disiarkan di Pa&Ma dan menurut ibunya, Iman seorang kanak-kanak yang sangat riang dan petah berkata-kata. Namun ketentuan Allah sudah tertulis, Allah uji kami dengan ujian yang langsung tak pernah pun terlintas di fikiran.
“Hanya dengan terhantuk biasa sahaja di kerusi dan bukanlah jatuh di tempat yang tinggi atau terhantuk yang menyebabkan dia luka, segalanya berubah dalam masa dua minggu,” katanya.
Buat X-Ray Tapi Tiada Kecederaan Serius
Nursasabila berkata, selepas Iman jatuh terus bawa ke hospital dan buat X-ray tapi tiada kesan retak atau kecederaan serius.
“Selepas Iman jatuh demam on off dan bawanya ke klinik swasta untuk rawatan dan diberikan antibiotik. Seminggu makan antibiotik, keadaan Iman masih lagi tak baik. Demamnya masih lagi on off,” kongsinya.
CT Scan nampak ada ketumbuhan
Doktor telah buat CT scan dan hasilnya nampak ketumbuhan di depan kepala dan belakang bola mata Iman.
Selepas dapat tahu keputusan inilah, kehidupan Iman dari sehari ke sehari berubah sejak tahun lepas sehinggalah kini.
Namun apa yang pasti, semangat Iman begitu kuat dan seolah-olah faham keadaan dirinya yang sakit.
Walaupun ujian ini sangat besar, selagi Allah bagi Iman ada depan mata, kami akan usahakan sehabis baik untuk dia terus gembira. Sebolehnya kami tak nak dia tahu kesedihan yang semua ahli keluarga rasai dengan kesakitannya itu.
Jika Allah beri pilihan nak sangat lihat Iman kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini.
Terima kasih sudi doakan #muhammadimanalkhausar. Moga Allah perkenankan doa kita.
Sumber: Pura Latif via Nursasabila Kamarulzaman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI