“Sekarang Dah Tak Ada Nyamuk, Tidur Lena Ye Adik Comel”. Mulianya Hati Ustaz Ebit

Share

Di saat kita semua dapat berada di rumah bersama anak-anak dan ahli keluarga lain, masih ada lagi insan yang tak bernasib baik dan hanya mampu berteduh di tempat laluan awam hanya beralaskan kotak untuk tidur.

Pengalaman yang dilalui satu keluarga ini telah mendapat perhatian dari Ustaz Ebit Lew apabila salah satu posting yang dimuat naik oleh Amin Mean di laman sosialnya telah mendapat simpati ramai sehingga orang ramai meminta Ustaz Ebit membantu keluarga ini.

Kredit Gambar: Amin Mean

Tidak menunggu lama untuk membantu, Ustaz Ebit Lew yang mendapat maklumat tersebut telah pergi ke lokasi berkenaan dan ternyata cukup sedih melihat anak kecil tidur hanya beralaskan kotak dan ditemani ubat nyamuk dekat jambatan Patron Selayang.

Sebaknya Ya Allah

“Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di Facebook Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang tiada rumah dah 4 hari.

“Saya terus gerak ke sana dah 11.30 malam dan lalu ‘roadblock’ dekat situ. Ketua polis daerah tanya ustaz ke mana ni. Saya minta bantuan mereka, baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa.

“Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah Ya Allah, alas kotak jer.

“Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya, meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan polis dia telah pun bawa mereka pulang ke rumah.

“Ya Allah, apalah ujian mu anak kecil. Siapa ada rumah untuk di sewa sekitar Kuala Lumpur atau area gombak ni yang tak mahal boleh mesej saya yer.

“Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah tak ada nyamuk, tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang,” katanya.

Menangis bila tengok anak kecil ini seronok main 

Bagaimanapun dalam posting terbaru Ustaz Ebit Lew, beliau telah berjaya mendapat sebuah rumah untuk keluarga ini berteduh.

Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan RM500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.

Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi AJK tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.

Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.

Syukur kawan-kawan bantu. Terima kasih abang Azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kasih tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar, toto, bantal, tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.

Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.

Sumber & Kredit Gambar: FB Ebit Lew & FB Amin Mean

Published by
Wan Amy