Ibu-ibu yang ada anak kecil dan ada anak rapat, sekarang mungkin ada rasa penat, rasa stres, rasa murung, macam tak ada me time dan semua benda kita seorang yang buat.
Jangan risau. Ini hanyalah satu fasa yang bakal pergi. Tiba masa kalian akan mula rasa sunyi apabila anak-anak mula buat hal sendiri, pandai main sendiri, pandai pergi rumah kawan, pandai diam bila kita tengah solat dan pandai pergi tempat lain bila kita sibuk di dapur.
Masa itu kita mungkin tercari-cari, mana suara yang menangis dulu. Mana budak yang merajuk dulu, ,mana jeritan yang membingitkan dulu serta mana kerja-kerja yang susahkan kita dulu.
Masa itu baru kita nak rasa syukur yang kita ada anak ada suami. Masa itu baru kita nak hargai rupanya Allah sibukkan kita dengan hal yang berguna bukan sia-sia.
Bila kita mula rasa sunyi Allah akan datangkan ujian yang lain. Belum tentu ujian yang baru lebih mudah dari dulu. Entah-entah ujian ada anak kecil yang selalu merengek dan selalu minta dukung hanyalah ujian kecil sahaja. Tapi masa itu kita ingat kitalah manusia paling susah di dunia
Bersyukurlah
Bersyukurlah
Bersyukurlah
Satu yang ingin saya ingatkan, libatkan suami kita dalam semua hal. Jangan simpan sendiri, jangan cuba jadi hero sendiri dan jangan terlalu berdikari.
Suami kita pasangan kita teman hidup kita dan yang penting jangan abaikannya.
Walau kita sibuk dengan anak dan kerja sekalipun.
Ada sebab kenapa Allah letak syurga kita pada suami kita. Pandang wajah dan matanya ketika dia bercerita tentang kerjanya. Ambil peduli makan minumnya. Cuba duduk sama. Ketika dia tidak sihat, dialah pesakit paling manja seperti bayi. Layaninya seperti doktor melayani pesakitnya.
Ketika dia marah, kita berlembut. Ketika dia merajuk, kita bersabar dan lakukan rutin seperti biasa. InshaAllah Allah ada ketika berbalah cari solusi terbaik.
Ibu-ibu…Rebut peluang
Dalam solat mu
Dalam sujud mu
Dalam hujan
Dalam sedihmu
Dalam gembiramu
Dalam sibukmu
Doa.. Doa… Doa..
Istighfar… Istighfar…. Istighfar
Kuatkan rohani kita dalaman kita
Kerana ketika kita menangis, kita rajuk, lemah, tertekan dan tak terluah semuanya, kita tak tergamak cerita itu dan ini.
Carilah orang yang paling anda percaya untuk anda luah segala. Tapi bukan pada kawan bergosip kerana ia berbahaya.
Sebaiknya yang tidak mengenali kita seperti kaunselor, ustazah…. kerana nasihat mereka professional dan adil dan tidak emosi.
Para isteri
Jangan berlama dengan kesedihan
Jangan berlama dengan emosi
Jangan berlama dengan curiga
Jangan berlama dengan drama
Kerana ia memakan diri
Kesedihan, emosi, curiga dan drama akan kalah dengan jiwa yang kuat dan tetap senyum walau payah.
Pandang wajah anak-anak, pandang masa depan. Jalan kita masih panjang. Selagi suami kita masih tidak alpa akan tanggungjawabnya, masih tidak naik tangan pada kita, asih sayang anak-anak, masih jaga solat, selagi itu kita wajib mentaatinya.
Allah sentiasa ada dan mendengar. Nikmati hidup. Allah sayang kita.
Sumber: Ashikin Hashim