‘Sekarang Lain, Budak-Budak Dah Advance.’ Semua Main Gajet. Persepsi Ini Rosakkan Anak

Share

Di mana-mana saja, cuba perhatikan dalam kalangan anak kita mesti ada yang akan pegang atau main gajet. Situasi ini seolah-olah satu kemestian untuk diamkan mereka.

Jika tak bagi kita nampak anak macam tak boleh duduk diam, mudah gelisah dan akan buat perangai. Tapi sampai bila nak teruskan keadaan ni. Perkongsian dari Pakar Kanak-Kanak, Dr Salehuddin Sulaiman boleh dijadikan garis panduan buat semua ibu bapa.

Saya rasa, satu benda yang begitu alarming sepanjang raya lepas, bukan jumlah duit raya, atau jenis biskut, atau teruknya jem di jalanraya.
Tetapi ketagihan kanak-kanak terhadap gajet.

Ya. Very alarming.
Pergi mana-mana rumah, kalau ada 5 kanak-kanak, setiap seorang pegang gajet. Dari umur 1 tahun, sehingga remaja belasan tahun.

Ada yang main pubg
Ada yang tekan-tekan youtube (bukan tonton, tapi slide cerita demi cerita dalam youtube)
Ada yang update insta
Ada yang main fifa
Ada yang menonton cerita korea

Pendek kata, semua tunduk khusyuk dengan gajet masing-masing.

Bukan rumah di bandar, tapi di ceruk-ceruk kampung! Semua leka bergajet. Sampaikan ada kes mencuri telefon/ gajet melibatkan kanak-kanak sekitar 4-6 tahun (yes, ini kisah benar, berlaku di kampung saya).

Bila tanya ibubapa, jawapan cliche: nak alihkan perhatian anak-anak.

Yes. Itulah punca asalnya. Nak distract anak-anak kecil, sebab busy nak buat kuih/ biskut raya. Atau nak mengemas rumah, atau buat kerja dapur.
Akhirnya, anak jadi ketagih dengan gajet.

Tapi, highlight problem sahaja tanpa bagi solusi, buat apa, kan?
Cuba ingat balik. Masa kita kecil-kecil dulu, tak ada gajet pun. Boleh je tonton tv, main dengan adik beradik, atau jiran.

Main apa? Main everything yang fizikal lah, askar kecil ke, bola ke, masak-masak ke, main guli ke. Asalkan main.
Hatta patung askar 3 ekor, kereta kebal sebiji, kapal terbang sebiji boleh diterjemahkan kepada satu episod perang dunia dalam fikiran kita.

‘Sekarang lain. Budak-budak dah advance.’

Siapa kata?
Mereka ada daya imaginasi mereka, sama seperti kita dulu. Cuma kita yang menghadkannya dengan menyogok gajet. Jadi daya imaginasi mereka hanya terhad dengan jalan cerita yang dah di’set’kan dalam game di dalam gajet.

Orang (pesakit saya lah) selalu sebut, banyak betul mainan dalam klinik saya.
Tapi, apa yang mereka lupa nak perhatikan ialah, anak-anak mereka seakan ‘terlupa’ dengan gajet kerana leka bermain dengan mainan yang disediakan. Jika mereka berada di klinik saya selama sejam, maka sejam itulah mereka lupa dengan gajet.

‘Ala, doktor bolehlah letak banyak-banyak mainan untuk budak-budak main. Saya mana mampu nak sediakan banyak mainan untuk anak saya’.

Eh, nak tanya sikit. Berapa harga gajet (telefon/tablet) yang anda belikan khas untuk anak anda? (Ya, saya tau, gajet tu gajet khas untuk anak anda). Rm10? Rm20?
Alah, saya tahu, paling murah pun sekitar rm200.

Kalau dengan rm200 tu, anda mampu beli 100 mainan berbeza. Beli kat kedai rm2 lah..
Anda boleh juga survey mainan terpakai, seperti di car boot sale, atau mainan bundle, atau preloved toys yang dijual dalam FB. Alah, search je lah kata kunci ‘used toys’, berlambak seller yang menjual toys yang murah.

Sedikit tips mudah:

1. Mainan banyak-banyak tu, bahagikan kepada 5-6 set.
Letak satu set sahaja untuk anak anda main.
Lepas seminggu (atau 3-4 hari, kalau anak cepat boring), keluarkan set kedua, dan simpan balik set pertama. Dan ulang sampai habis semua set, kemudian keluarkan balik set yang pertama. You will be surprised, sebab dia akan anggap mainan set pertama tu, macam mainan yang baru dia dapat.

2. Sediakan satu ruang khas untuk dia bermain. Bawah tangga ke, penjuru bilik ke (tak semestinya satu bilik khas). Untuk mudah, letak evamat atau tikar khas untuk ‘designated play area’.

3. Pesan awal-awal, mainan hanya di kawasan itu. Every time anak keluarkan mainan daripada area tu, ambil balik dan letak di situ(nak membebel sikit-sikit, bolehlah). Lama kelamaan, dia akan faham konsep ‘kawasan khas untuk bermain’.

4. Letak bakul supaya dia mudah simpan mainan tersebut. Kanak-kanak, jika diajar sejak kecil, mereka memang boleh kekalkan habit mengemas mainan mereka.

Kalau ada tips lain, boleh share di ruangan komen ya.

Hopefully, kita dapat mengurangkan kebergantungan anak-anak kita dengan gajet, dan memberi ruang untuk perkembangan anak-anak dengan lebih sihat dan positif.

Sumber: Dr Salehuddin Sulaiman

 

Published by
Wan Amy