“Sekarang Tak Perlu Dukung Bilal Langsung Untuk Tidur” Konsultan Kongsi Kegigihan Neelofa Tuntut Ilmu ‘Parenting’

Share

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi pengalaman pelatihan tidur (Sleep Training) buat anak lelakinya, Muhammad Bilal yang kini berusia 5 bulan.

Bercerita tentang journey membesarkan Bilal, Lofa mengakui sepanjang 5 bulan bersama Bilal banyak perkara baru yang dipelajarinya dan dia sanggup mengambil kelas untuk memperbaiki diri sendiri agar menjadi ibu yang lebih baik.

“Sepanjang 5 bulan ni Allah kurniakan Bilal Afiah & kesihatan yang baik, syukur. Banyak sangat yang saya belajar dalam tempoh ni, dan banyak yang saya nak improve untuk anak seterusnya dengan izin Allah. Saya memang suka sangat dengan ilmu baru, lagi-lagi bila benda kita minat, dari feb-jun tu saya ambil beberapa class untuk upgrade cara menjaga & membesarkan anak. Mudah-mudahan dengan ilmu yang Allah bagi saya faham, anak dapat membesar dengan lebih baik phisically & emotionally”

“Saya banyak belajar bab breastfeeding dengan @nadmasrom, sampai hari ni masih menyusu badan walaupun dah mix formula. Saya pun sempat belajar dengan @babylanguage puan uswatun untuk sleep train bilal. Alhamdulillah sekarang saya tak perlu dukung bilal langsung untuk tidur. Letak atas katil tepuk-tepuk sikit. Bagi peluk bantal busuk, terus tutup mata masyaAllah”

Tambah usahawan cantik ini lagi, dia tidak sabar untuk menghadiri kelas terbaru iaitu kelas pemakanan anak memandangkan tidak lama lagi Bilal sudah boleh makan makanan pepejal. Tujuanya agar Bilal mendapat pemakanan yang sihat  dan membesar dengan baik.

“Next week saya akan mula private class dengan dr amalina pulak insyaAllah. Nak belajar the best method untuk pemakanan anak, supaya anak dapat cukup keperluan nutrient vit zat segala benda, dan anak senang makan bukan jadi picky eater, tak memilih boleh makan sendiri dan adventurous bila bab makan.”

Kegigihan wanita bernama Neelofa dalam menuntut ilmu untuk menjadi seorang ibu yang berilmu mendapat perhatian daripada konsultan tangisan bayi, Puan Uswatun dan beliau sempat berkongsi ketekunan dan sisi hebat Neelofa dalam menuntut ilmu.

“Jujur, saya bukan peminat beliau. Dapat tahu Lofa dah melahirkan pun bila kenalan inform. Lagi ‘wow’, Lofa follow saya di ig tapi saya pula entah kenapa tak ter tekan pula button follow back tu sehingga kini.”

“Cemas tak nak jumpa dan deal dengan Lofa? Yes tentu! BUT, saya juga cemas SETIAP kali menguruskan kes ibubapa ’biasa’ yang lain. TAK PERNAH tak cemas sebab I care a lot about my work. Kalau ada client yang struggle dengan kes masing-masing, saya pun sama serabut fikir sampai sakit-sakit kepala ni kerana saya selalu rasa tak puas hati dengan diri sendiri jika kes di tangan saya tak selesai.”

“Whatsapp dan inbox yang berpuluh-puluh malah amat biasa cecah ratus setiap hari saya TETAP USAHA jawab. Malah, saya follow up staf saya andai saya nampak ada lagi inbox yang tak di layan. Macam tu lah perangai saya bila berkerja. Mungkin dah background pun bidang sales and marketing dulu , jadi saya expect engagement dengan individu yang ‘datang sendiri’ kepada kita ini, di jaga.”

“Juga, kerana saya juga faham perasaan bila kita benar-benar nak tanya atau minta pendapat tentang sesuatu yang ganggu fikiran kita kepada seseorang yang kita rasa ada jawapannya tetapi tak terlayankan. So, busy macam mana pun saya akan jawab, walau kadang-kala ambil masa 2-3 hari malah seminggu.”

“Dan ya, SELALU SANGAT parents membalas: “MasyaAllah, saya tak sangka puan nak
balas” or “Terima kasih banyak puan sebab sudi reply mesej saya” or “ Its Ok puan lambat balas. Puan akhirnya balas ni pun buat saya lega dah.”

“Berbalik kepada kisah Lofa, apa isu tidur Bilal yang cuba beliau selesaikan? Bilal mahu berdukung dan berdodoi setiap kali untuk tidur dan tuntutan ini semakin sukar untuk dipenuhi jika mahu di teruskan tambahan pula Bilal semakin hari semakin gebu gebas comel Ya amat!.”

“TAPI, kerana Lofa telah meminta custom made service di mana beliau membayar harga yang lebih mahal dari standard price dan beliau pula telah allocate masa untuk sesi yang extra dari standard servis, maka Ya, cemas dan pressure kendalikan kes beliau ini lebih lagi.”

“Saya cuma nak sahkan bahawa beliau MEMANG PELAJAR YANG BERDEDIKASI. Tak pernah lagi beliau dalam keadaan tak sedia ketika saya tiba untuk mula mengajar. Saya ingat lagi pada satu sesi di mana beliau nampak jelas letih namun tak sekali pun semasa sesi tersebut beliau cakap apa-apa atau minta tamatkan sesi lebih awal. Saya yang akhirnya buka mulut bertanya tentang keadaannya dan barulah beliau beritahu beliau pulang agak lewat malam semalam atas urusan kerja dan kemudian bangun malam menyusukan dan menukar lampin Bilal seperti mana ibu-ibu lain.”

“Lofa bukan saja fokus beri perhatian semasa sesi konsultasi, tetapi beliau ambil masa baca nota ( hands out dan nota rumusan setiap sesi yang saya hantar di Whatsapp beliau), aktif bertanya dan sentiasa bersemangat.”

“NEVER ONCE keluar ayat-ayat: “ Saya tak sempat”, “ Saya tak ada masa“ dan “ Saya busy”. Pernah beliau whatsapp saya pada lewat malam demi bertanyakan sesuatu yang beliau kurang faham.”

“Beliau juga rendah hati minta izin masuk ke FB Close Group Basic Sleep Training Konsultan Tangisan Bayi kendalian saya untuk dapat study lebih lanjut.
Dalam salah satu sesi konsultasi kami, Bilal mula menangis keletihan nak tidur, Lofa terus sebut “Jom kita cuba sleep training kat Bilal sekarang” dan ajak saya masuk ke bilik Bilal. Laju beliau tukar lampin dan baju Bilal walau pembantunya ada disitu. Kemudian kami bertiga: saya, Lofa dan pembantunya ‘berkurung’ di dalam bilik tidur Bilal lebih kurang setengah jam.”

“Kami menyorok dari di lihat Bilal demi tak nak ganggu proses Bilal cuba masuk sendiri namun dalam masa yang sama Lofa cuba nak fahamkan jenis-jenis tangisan Bilal dan waktu sesuai untuk beliau mula masuk campur. Dah macam pencuri dah kami bertiga ni menyorok dan berbisik-bisik sesama sendiri. Tahan gelak bila tengok aksi masing-masing dalam keadaan begitu. Ini pastinya jadi momen yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila.”

“Beliau juga sangat sempoi dan langsung tak menyusahkan. Beliau isi borang tempahan servis dan tunggu quotation sama seperti orang lain.Beberapa kali beliau perlu menunggu saya untuk dapat balas mesej beliau dan setiap kali beliau OK saja menunggu reply saya.”

“Jangan tak tahu ye di luar sana ada ibubapa yang bersikap kurang sivik bila lewat di layan. Mesej bertubi-tubi, habis diserang segala nombor, komen dan inbox yang ada dengan soalan dan permintaan yang tak sempat dilayan, ganggu staf saya termasuk pada waktu malam dan pada hujung minggu marah-marah pula. Haihhh,kalau orang-orang begini ada 8 million followers macam Lofa ni tak tau lah jadi apa pula gayanya.
Untuk tarikh sesi kedua tempoh hari dimana tarikh asal yang beliau mahukan tak sesuai dengan jadual saya, beliau OK saja tunggu kelapangan saya.”

“Itulah serba sedikit catatan saya dalam pengalaman jadi cikgu sleep training kepada Neelofa dan Bilal. Terima kasih atas kepercayaan dan layanan baik yang diberikan. Semoga urusan Neelofa membesarkan Bilal selalu dipermudahkanNya asbab usahanya mencari ilmu yang tak pernah jemu.”

Kredit:neelofa, Baby Language

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa