Sudah menjadi kebiasaan anak-anak kita, asal sahaja pegang pensil dan menulis mulalah beri pelbagai alasan. Baru 10 minit, anak dah mula pusing sana sini, mengantuk dan sebagainya.
Apa kata kita ikuti tip yang dikongsikan oleh OT Pn Aisyah Rozalli untuk pastikan anak lebih lama menulis. Paling penting dia lebih selesa dan seronok untuk menulis.
ANDA NAK ANAK MENULIS LEBIH LAMA? IKUTI 3 LANGKAH INI.
Ibu ayah mampu geleng kepala je kadang bila minta anak buat latihan menulis. Yelah, mana taknya… Anak-anak tak kisah lah umur 6 tahun ke, 7 tahun ke, hatta yang umur 13 tahun pun, kalau disuruh menulis tu. Baru sekejap, dah penat kan?
Tapi, sebenarnya kalau nak bagi anak menulis lebih lama, ada langkah-langkahnya. Banyak dah anak-anak yang dibantu oleh OT Pn Siti Aisyah Razalli dan ini tip yang dikongsikannya.
Ibu ayah, boleh ikut 3 langkah ni kalau nak anak menulis lebih lama:
1️⃣ POSISI DUDUK SELESA.
Tengok gambar yang beliau lukiskan. (Peserta GC-ViTs mesti familiar dengan gambar ni)
Bila anda nak minta anak menulis, terutamanya anak kecil, kena pastikan badan anak bersedia.
Posisi duduk anak akan mempengaruhi berapa lama anak anda akan duduk. Kalau kaki tergantung, penat tau.
Nanti anak kejap senget ke kiri, kejap senget ke kanan, kejap badan ke sana, ke sini. Kalau anak asyik sibuk nak selesakan badan dia, bila anak nak fokus menulis?
Bila duduk tak selesa, cepat penatlah anak tu kan? So, rujuk kedudukan dalam gambar tu.
Bagi anak duduk selesa-selesa tau.
2️⃣ MULAKAN DENGAN AKTIVITI WARM-UP
Sebelum bagi anak buat aktiviti menulis, bagi anak buat aktiviti warm-up dulu. Macam anda, sebelum nak jalan 10000 langkah tu, kan buat warm-up dulu.
Ingat nak gerakkan otot-otot jari tu tak penat ke?
Macam mana nak bagi anak warm-up sebelum menulis?
✅ Wall-push ups (anak buat push up kat dinding)
✅ Wheelbarrow walking (anak jalan pakai tangan, anda angkat kaki anak – macam kereta sorong)
✅ Main bentuk-bentukkan playdough
Simple kan?
Buat dalam 10 minit aktiviti-aktiviti warm-up ni sebelum anak mula menulis, anak akan lebih bersedia untuk menulis lebih lama.
3️⃣ BAGI ANAK GUNA TANGAN DOMINAN & PENSEL PENDEK
Tangan dominan ni, maksudnya tangan yang anak anda selesa guna. Kalau anak anda tu left-handed, paksa anak guna tangan kanan tidak akan membantu anak untuk suka aktiviti menulis. Dia akan rasa aktiviti tu lebih susah.
Penggunaan pensel pendek pula, akan bagi anak anda guna jenis grip yang lebih natural : tripod grip atau quadrupod grip.
Pegangan atau grip pensel yang efisyen akan mempengaruhi daya ketahanan anak nak buat aktiviti menulis tu. Haaa…begitulah.
Aktiviti langkah-langkah ni, bukan untuk kanak-kanak je tau. Orang tua pun kalau buat, akan rasa macam “eh… eh… ha’ah la… lagi best menulis”.
Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasi
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)