Jika seorang suami melihat peritnya isteri nak melahirkan anak, mesti air mata jantan akan menitik. Sekuat, segagah seorang lelaki pun belum tentu boleh berada dalam situasi ini.
Walaupun orang kata wanita ni ada kelemahannya, tetapi kekuatan yang sukar ditandingi lelaki adalah saat mengeluarkan seorang zuriat. Pengorbanan ini perlu suami hargai agar sentiasa menghargai isteri sepanjang masa dan sama-sama rasa bertanggungjawab untuk membesar dan mendidik anak menjadi khalifah berjaya di dunia dan akhirat.
Perkongsian Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin mengenai pengalamannya sendiri berdepan detik yang sukar dilupakan cukup membuatkan dirinya cukup kagum dengan wanita bergelar isteri dan ibu.
Pengalaman Tak Akan Dilupakan Seumur Hidup
Tak lupa saya bila kali pertama melihat isteri saya melahirkan anak ketiga saya. Pengalaman itu pasti saya tidak akan lupakan seumur hidup saya. Anak ketiga ini tarikh waktu bersalin telah di tetapkan doktor. Sebelum ini saya tak berpeluang masuk dalam bilik bersalin. Di sebabkan sudah 2x operate doktor sarankan yang ke 3 ini pun operate juga. Waktu dan masa telah di tetapkan.
Pada jam 8.00 am kami sudah sampai di hospital untuk temujanji dengan doktor untuk masuk wad.. Dalam pukul 9.00 am isteri saya di siapkan untuk tukar baju, buat persiapan untuk bersalin.
Tepat jam 10.15 am nurse panggil saya masuk ke dalam..Masa tu saya di arahkan tukar baju dan seluar untuk masuk ke dalam bilik bedah..Sampai je ke dalam saya dah lihat isteri saya sudah terbaring….Segala kelengkapan semua telah sedia..Ketika itu isteri saya sudah di suntik bius separuh badan…
Tak Sanggup Tengok Perut Isteri Di Hiris
Bila lihat sendiri depan mata proses operate di jalankan. Mula-mula doktor menghiris perut isteri saya, banyak kali juga doktor hiris, ketika itu perasaan melihat isteri di hiris hati saya berkata “Ya Allah teruknya…Sakitnya….😥”
Ketika itu menitis air mata saya melihat tetapi saya gagahi juga, cuba sapu air mata saya, tetap mengukir senyuman pada isteri saya..Ketika proses itu isteri dalam keadaan sedar. Beliau di bius separuh badan. Hanya di naikkan kain di depannya agar beliau tak nampak proses pembedahan tersebut.
Isteri bertanya berkali-kali baby dah keluar belum abang? Saya cakap belum sambil menggengam erat tangan beliau.. Selepas perut di hiris doktor skop perut tersebut tarik bagi besar, skop tersebut di ikat tali, tali tu di tarik panjang di ikat tepi kepala isteri saya.. Isteri tanya tali apa ini abang?” Saya hanya mampu senyum je..
Pada ketika itu kaki ini dah menggigil tengok perut dah besar terbuka..Selepas tu doktor keluarkan air ketuban..Ketika itu banyak air keluar dengan darah yang banyak.. Ya Allah makin ketakutan saya masa tu. Bila air itu sudah kering, barulah nampak kepala baby…Doktor keluarkan baby dengan berlumuran darah yang banyak. Masa tu perasaan bercampur baur gembira dan ketakutan. Gembira melihat baby yang keluar, tetapi dalam masa yang sama ketakutan melihat perut yang berlumuran darah…Doktor cuci dalam perut, gunting, jahit sehingga saya sendiri tak sanggup melihatnya…
Ketika itu saya terfikir, macam ini la ibu melahirkan aku dulu..Begitu susah nak mengandungkan aku..Bergadai nyawa untuk melahirkan aku…😥Itu lah insan bernama Wanita..Insan yang bernama Ibu…Insan yang amat istimewa di ciptakan Allah…Pengorbanan mereka pada seorang lelaki amat besar tiada mampu di balas buat selamanya…Di sebabkan itulah Syurga di telapak kaki ibu..
Hati Suami Yang Keras Boleh Jadi Lembut
Bila melihat proses bersalin tersebut, hati yang keras menjadi lembut, menjadi sedih, terharu melihat pengorbanan isteri, rasa terasa amat insaf diri ini melihatnya..Kita insan biasa tak lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang ada juga buat isteri terluka dengan sikap kita, kadang-kadang ada juga buat ibu kita terluka pada sikap kita…Tetapi bila melihat sendiri depan mata proses bersalin tersebut rasa tak nak melukakan hati mereka lagi.
Tak nak mereka rasa sedih lagi, tak nak mereka rasa kecewa tak nak mereka rasa susah lagi..Kerana mereka insan yang bernama wanita amat istimewa…Mereka bergadai nyawa melahirkan anak kita..Ibu kita juga bergadai nyawa melahirkan kita…Hargailah mereka selagi mereka masih ada bersama kita….
Terima kasih Mak melahirkan ku….
Membesarkan ku dari kecil hingga dewasa..Sabar melayan kerenah anak mu ini…
Banyak Nyusahkan Mak Abah dulu
jasa Mak Abah tak mampu ku balas buat selamanya…💓💓💓
Manakala Isteri ku…
Terima kasih sayangg….
Melahirkan anak-anak kita yang amat comel..Menjadi pelengkap cinta kita…
Susah senang sentiasa bersama ku..
Selagi hayat ku ini ada akan ku sentiasa bersama mu…
Akan ku cuba bahagiakanmu buat selamanya…
Moga jodoh kita berkekalan selamanya Aamiin..
Saya doakan agar semua pesakit2 ku yang masih belum di kurniakan Cahaya Mata agar di permudahkan Allah mendapat Cahaya Mata pertama..Di kurniakan Cahaya Mata Yang sihat tubuh badan,yang soleh dan solehah Aamiin Ya Allah…
#HargailahMerekaSelagiMerekaMasihAda..
#TakSanggupMelihatMerekaTerluka..
#AmatBesarPengorbananMereka
#InsanYangBernamaWanita