Memandangkan kes Covid masih lagi tinggi, langkah kerajaan dengan menutup dulu sekolah di beberapa negeri berisiko adalah jalan terbaik untuk mengekang penularan wabak ini.
Bagaimanapun, ibu bapa risau apabila anak duduk saja di rumah masa mereka banyak terbuang dengan menonton televisyen atau bermain dengan gajet. Mungkin bagi yang ada kelas online masa boleh ditumpukan pada pembelajaran tapi selepas itu tiada aktiviti bermanfaat boleh dilakukan.
Bagi ibu bapa yang risaukan pembelajaran anak tertinggal, boleh ambil idea ibu ini yang mencipta suasana pembelajaran di rumah dalam keadaan yang cukup selesa dan lengkap dengan jadual waktu belajar. Bukan itu saja, terdapat juga tugas mengemas rumah dan asas memasak untuk anak-anaknya.
Ini antara perkongsian Puan Siti Nor Azura dalam facebooknya baru-baru ini.
Penubuhan sekolah mama
Bila Menteri Pendidikan mengumumkan penutupan sekolah dan ditukar dengan pembelajaran online di rumah sebelum ini, perasaan sedih dan bimbang melandaku sebab tak percaya pada keberkesanan pembelajaran online buat anak-anak ku dirumah berbanding pembelajaran bersemuka.
Terbayang keadaan anak-anak sewaktu PKP 3 bulan sebelum ni, masa anak-anak penuh dengan bermain telefon dan menonton televisyen.
Sejak itu, aku berazam…tak nak biar masa anak-anakku dengan fon dan tv..Aku kena buka sekolahku sendiri..Maka tertubuhlah sekolah mama. Keesokkan harinya aku bawa anak-anak pergi beli buku, alat tulis dan papan putih untuk persiapan sekolah mama.
Nak bina sekolah dengan 3 orang pelajar jek pun. Aku nak cipta sistem pembelajaran sama seperti disekolah..kena ada takwim sekolah, DSKP, jadual waktu guru, jadual waktu pelajar dan sebagainya.
Aku kena cipta aktiviti untuk anak-anak supaya masa anak-anak dapat diisi sepenuhnya macam mereka belajar disekolah. Jadual yang dibuat juga berubah-ubah ikut jadual pdp online sekolahku dan anak-anak. (kena utamakan jadual online sekolahku dahulu sebab aku cikgu..Jadi utamakan anak muridku dulu berbanding anak-anak sendiri sebab kita makan gajikan. Barulah ada keberkatan gaji disitu. Anak sendiri kita boleh ajar waktu lain)
Marilah kita bersama-sama membina aktiviti bersama anak-anak. Jangan biarkan anak-anak kita membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan bergantung dengan telefon.
**Bagi yang nak tahu lanjut perkongsian Puan Siti Nor Azura ni, boleh klik sini
Kredit: Siti Nor Azura
ARTIKEL MENARIK [Umur Anak 1-2 Tahun Dia Akan Mula Cari Persamaan Untuk Tiru Ibu Ayah! ‘Connection’ Ini Penting]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Anak Lelaki Kita, Dah Besar Tetap Nak Manja, Layanlah. Itu Buat Dia Makin Rapat]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)