Berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia, semua negara mula mengambil langkah pencegahan awal sebagai salah satu usaha mengekang wabak ini dari terus berleluasa dan  mengelakannya daripada memberi kesan negatif kepada rakyat.

Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih OkTerbaru kerajaan juga telah mengumumkan akan membawa pulang rakyat Malaysia di Itali dan Iran kerana kedua-dua negara berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal.

Sesi persekolahan ditutup sehingga diberitahu

Bagaimanapun bagi rakyat Malaysia yang berada di Sejong, Korea, Mohd Razif Sawal keadaan di kawasannya masih lagi terkawal walaupun Korea antara lokasi yang mencatatkan angka yang agak tinggi.

Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih Ok

“Di sini keadaannya lebih kurang Malaysia. Walaupun angka akibat jangkitan COVID-19  sentiasa bertambah tetapi belum ada lagi arahan rakyat kena kuarantin di rumah. Aktiviti harian berjalan seperti biasa.

“Cuma sekolah sahaja ditutup sejak 2 Mac lalu dan belum tahu lagi bila akan dibuka untuk sesi pembelajaran.  Macam isteri saya pun yang kini sedang menyambung pengajian di universiti, kelas pun dibatalkan dan digantikan dengan kelas live streaming di rumah,” kongsi bapa kepada dua anak berusia 11 tahun dan 3 tahun.

Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih Ok

IKLAN

Boleh beli seorang satu mask sahaja 

Menurut Razif lagi, berdekatan kawasan tempat tinggalnya dah ada 35 kes direkodkan. Kalau diikutkan memang risau. Jadi sebagai langkah pencegahan setiap kali keluar rumah memang akan pakai mask sepanjang masa dan bersihkan tangan.

“Malah dalam setiap lif di apartmen dan bas turut disediakan hand sanitizer untuk orang awam.

Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih Ok
Seorang hanya satu saja mask boleh beli

“Disebabkan permintaan mask di pasaran meningkat dan tidak cukup menampung permintaan rakyat di sini, kerajaan Korea telah mengehadkan dan mengetatkan pembelian mask untuk setiap individu.

“Untuk beli mask sahaja perlu disertakan dengan Alien Registration Card, yang mana setiap seorang hanya boleh beli satu sahaja setiap kali membuat pembelian. Stok mask agak susah untuk dapat di sini.

IKLAN

“Biasanya farmasi akan buat jualan mask pada hari Sabtu dan waktu ini memang ramai akan beratur untuk mendapatkan mask. Hanya seorang individu akan dapat beli satu sahaja. Jika ada 4 ahli keluarga dan mewakilkan pada seorang yang membeli tetap tidak boleh.

Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih Ok
Kira-kira dua jam beratir untuk dapatkan satu mask

“Kalau nak beli 4 kena beratur 4 orang. Setiap orang perlu tunjukkan Alien Card masing-masing.

“Boleh dikatakan untuk mendapatkan satu mask saja pun terpaksa beratur panjang dan mengambil masa 2 jam,” jelasnya.

Kata Razif lagi, oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan mask, sebagai langkah penjimatan dan mengurangkan risiko jangkitan ini, isteri dan anak hanya berada di rumah sahaja.

IKLAN

“Jika nak beli barang atau nak selesaikan urusan tertentu hanya saya seorang yang keluar. Tapi apabila pulang ke rumah terus akan mandi,” ujarnya.

Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih Ok
Keadaan agak lenggang berikutan orang ramai lebih selesa berada di rumah

Sebelum ini media melaporkan kes kematian akibat COVID-19 seluruh dunia hampir mencecah 5,000 mangsa, menurut statistik daripada Worldometer berkaitan wabak tersebut.

Setakat Jumaat (13 Mac), angka kematian direkodkan sebanyak 4,979 kes seluruh dunia manakala angka jangkitan positif COVID-19 mencecah 134,702 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, iaitu merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI