Kenaikan kes Covid-19 yang mendadak beberapa hari ini membuatkan rata-rata ibu bapa mula gusar untuk menghantar anak ke sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja sendiri, bimbang terkesan jika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi. Pun begitu, keyakinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit meyakinkan rakyat yang sudah pun mulai gundah gulana mengenai hal ini.

Namun Perdana Menteri meyakinkan seluruh rakyat Malaysia bahawa tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau total lockdown selepas kenaikan mendadak kes Covid 19 sejak beberapa hari ini.

Katanya melalui Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial petang tadi, kerajaan setakat ini tidak memikirkan untuk ke arah itu walaupun ramai ibu bapa sudah mulai gusar.

Sekolah Zon Merah Ditutup! Turut Sekat Pergerakan Keluar Dari Sabah!

 

“Langkah itu jika dilaksanakan sekali lagi boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara, na’uzubillah,” katanya.

Walaubagaimanapun kerajaan terpaksa memutuskan untuk menutup beberapa buah sekolah yang berada di Zon Merah demi memastikan keselamatan mereka terjamin. Adalah membimbangkan jika kanak-kanak di zon ini dibenarkan untuk terus bersekolah. Inilah yang sebaiknya dilakukan.

Ads

“Saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang mengenai anak-anak yang hadir ke sekolah. Setakat ini kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah. Kawasan-kawasan yang zon merah tersebut adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak Dan Semporna, Sabah.

Sekolah Zon Merah Ditutup! Turut Sekat Pergerakan Keluar Dari Sabah!

“Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memantau keadaan kes COVID di sekolah di seluruh negara. Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, KPM akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menanganinya.

“Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah,” katanya lagi.

Ads

Malah katanya lagi, jika dirasakan perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekolah Zon Merah Ditutup! Turut Sekat Pergerakan Keluar Dari Sabah!

Sekatan Rentas Negeri

Ads

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan untuk menyekat pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang akan berkuatkuasa mulai hari esok.

Namun melalui perbincangan yang dilakukan, kerajaan memutuskan untuk memulakan sekatan ini bermula 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020 selepas menimbang beberapa perkara.

“Setelah berbincang dengan Dato’ Seri Ismail Sabri, saya telah membuat keputusan untuk memberi lebih banyak masa sebelum sekatan ini dilakukan. Keputusan ini saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat perubahan kepada jadual perjalanan mereka.

Sekolah Zon Merah Ditutup! Turut Sekat Pergerakan Keluar Dari Sabah!

“Tarikh baru sekatan pergerakan antara negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan akan berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2020, jam 12.01 tengah malam hingga 25 Oktober 2020, “katanya lagi.

Kerajaan ketika ini hanya menguatkuasakan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI