Sekuat mana pun seorang ibu, apabila melihat anak kesakitan, hanya Allah yang tahu betapa sayunya perasaan. Lana bersyukur Billy akhirnya semakin pulih dan sihat dan dibenarkan pulang.
Pelakon Lana Nodin memberikan khabar gembira kerana anak keduanya, William Daud McKienzie atau Billy menunjukkan perkembangan positif. Billy yang mengalami masalah injap jantung (aorticstenosis) melalui pembedahan membetulkan injap jantungnya (baloon valvuloplasty) beberapa hari lalu sudah pun dibenarkan discaj hari ini.
Lana memuatnaik video Billy sebelum dibedah menunjukkan anak ini sangat aktif dan comel. Dalam posting terbarunya itu, Lana merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan & memberikan semangat. Lana turut menyatakan penghargaan kepada tenaga kerja Institut Jantung Negara. Rawatan selama 10 minit sangat berharga dan menyelamatkan nyawa Billy.
Katanya bila Billy sihat, dia akan membawa Billy bersama ke acara-acara untuk berjumpa dengan insan-insan yang mendoakannya.
MMDG&W❤️ ni la moment malam pertama bile sy di masukkan di hospital ijn untuk menjalani procedure untuk jantung sy…dengan berkat doa2 orang di luar sane beri semangat pada sy dan mommy sy… Alhamdulillah sy dah boleh keluar esok dengan sihat…
Terima kasih pada semua yg x henti2 doakan sy dan beri kata semangat pada mommy sy… Dan terima kasih to staff ijn dan doktor2 yg tak putus asa selamatkan sy tempoh hari…10 mins waktu yang sangat berharga untuk sy? Nanti sy dah sihat sepenuhnya dan ready utk jalan2 sy akan ikut teman mommy pegi event2… Mesti nak jumpa org ramai yg doakan sy hari tu… Insyallah dan terima kasih semua… Esok baby Billy balik umah
Lana dalam perkembangan sebelum ini sedih dengan keadaan Billy.
Sebagai ibu, Lana akui sayu melihat tubuh kecil itu melalui pelbagai kesakitan dan Lana berharap Billy terus kuat.
lananodinmckienzie MMDG&W❤️Alhamdulillah, selepas seminggu berperang dengan perasaan… anak saya #babybilly… . menunjukkan perkembangan positif.. cuma masih perlu pemantauan rapi dan berada di ICU. Billy sangat kuat.. moga dia terus kuat.. sayu sebenarnya tgk si kecil ini bergelut dgn ujian seumpama ini.
Tidak ketinggalan, Lana mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Turut dinyatakan kesyukuran kepada Allah atas rahmat yang diberikan.
Sumber: lananodinmckienzie
Artikel berkaitan: Sepanjang Pembedahan Billy, Lana Tak Henti Berdoa. Air Mata Gembira Iringi Rasa Syukur
Belum Sempat Buat Pembedahan, Jantung Anak Lana Nodin Terhenti 10 Minit! Beliau Mohon Doa Orang Rama