Sekuat Mana Pun Isteri, Dia Anggap Suami BFF Terbaik. Cuba Fahami Emosinya!

Share

Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kebahagiaan yang berpanjangan dalam rumah tangga. Sikap tolenrasi dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan kunci utama memastikan perhubungan terus kekal.

Bagi suami dan isteri, perkahwinan adalah satu fasa untuk sama-sama memperbetulkan diri masing-masing. Cuma ada segelintirnya masih selesa buat hal sendiri sehingga mengabaikan perasaan pasangan.

Dalam memastikan kerukunan rumah tangga, suami harus tahu membaca emosi isteri. Begitu juga isteri pun harus memahami perasaan suami. Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin, suami sebenarnya orang kepercayaan isteri bila dah mendirikan rumah tangga.

Saya ada baca, suami yang memahami isteri, dia tahu bila emosi isterinya itu ok atau tidak. Bagaimana kalau isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi emosinya tidak ok…?

Perempuan..Sekuat mana pun dia menahan, sedalam mana pun dia memendam, kalau kita sebagai suami dekat dan rapat dengan isteri, kita akan tahu dia tu ok atau tidak sebab kita mengenali isteri luar dalam.

Susah isteri nak menyembunyikan emosi daripada suami yang selalu bertanyakan khabar dirinya, bagaimana harinya, perasaannya dan sebagainya.

Akan terkeluar sedikit perubahan, akan ternampak sedikit riak muka dan akan tercerita sedikit akan apa yang tidak kena untuk setiap hari yang dilaluinya.

Sebab tu suami kena ambil berat, ambil tahu, peka dengan sekeliling. Bukan sebab kita ni ada banyak masa lapang sampai boleh cover semua perkara diluar dan didalam rumah.

Tapi sebab kita ni suami dan kita tak nak isteri tertekan, isteri stress, isteri moody, isteri tension sehinggalah dia meletup dan tiba-tiba jadi lain.

Bila kita memahami isteri sedalam yang mungkin, maka automatiknya bebanan isteri akan berkurangan. Memahami ni nampak macam senang, macam mudah tapi tak ramai yang betul-betul mahu untuk MEMAHAMI.

Banyak yang menyalahkan isteri bila dia beremosi sedangkan emosi itu adalah disebabkan tingkah laku dan perbuatan suami.

Kredit: Firdaus Shakirin

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy