Berapa oz sebenarnya yang ibu bekerja perlu dapatkan untuk memastikan penyusuan dapat berjalan dengan baik dan lancar hingga cukup tempoh 2 tahun?

Penjelasan dari Kaunselor Laktasi, Noorfazila Binti Abdul Rahman ada jawapannya.

Adakah ibu mesti dapat 20oz ke atas baru boleh berjaya dalam penyusuan?
Adakah dengan hanya dapat 12-15oz sehari ibu tak mampu berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu hingga cukup 2 tahun?
Adakah ibu yang mampu hasilkan lebih dari 40oz sehari confirm boleh berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun?
Adakah dengan sekali perah hanya dapat 3oz ibu tak mampu melengkapkan penyusuan untuk anak mereka?

Saya yakin ramai ibu yang keliru untuk memberi jawapan BETUL atau SALAH pada persoalan di atas..kerana tiada satu jumlah oz pun yang mampu menjanjikan kejayaan dalam penyusuan.

Semuanya bergantung pada KEPERLUAN ANAK..ya dengan mengetahui berapa oz yang anak perlukan setiap hari barulah ibu boleh merancang perjalanan penyusuannya agar lebih lancar dan sempurna.

Sebab itulah saya katakan tiada satu jumlah oz pun yang WAJIB atau MESTI ibu perolehi kerana setiap orang keperluan anaknya berbeza. Ada ibu yang anaknya cuma perlukan 12oz saja sehari tapi ada ibu seperti saya yang perlukan 32oz untuk anak sehari.

Ads

Sekurangnya 5 Sesi Sehari Ibu Bekerja Kena Pam Untuk Susu Meriah Hingga 2 TahunJadi anda tidak perlu atau jangan sesekali BANDINGkan hasil kita dengan orang lain, jangan pernah persoalkan kenapa ibu lain boleh dapat lebih sedangkan dengan hasil yang anda perolehi mampu cukupkan keperluan anak anda hari ini.

Saya ambil contoh :-
1. Anak anda perlukan 3oz x 6 botol sehari..ada masa kesemua 6 botol habis, ada masa ada balance 1 botol..jangan kira yang minimum tapi ambil kira jumlah maksimum 18oz.

2. Jadi, jumlah hasil yang anda perlu dapat MESTILAH sekurang2nya 18oz..jika lebih alhamdulillah tp jika tidak cukup usahakan untuk mencukupkan keperluan itu sebaiknya..hasil yang dimaksudkan bukan hanya jumlah hasil di pejabat sahaja tapi termasuk hasil perahan waktu subuh dan sebelum tidur..untuk memastikan hasil tersebut cukup untuk keperluan anak adalah dengan cara :-

***Pam sekurang2nya 5 sesi sehari 
Sesi 1 : 5.00pg/5.30pg 
Sesi 2 : 10.00pg/10.30pg,
Sesi 3 : 1.00tgh/1.30tgh,
Sesi 4 : 4.00ptg/4.30ptg
Sesi 5 : Sebelum tidur

Ads

3. Jika dari 6 botol tadi anda bekalkan ( 4 botol chilled, 2 botol frozen) maka anda guna 3oz x 2 : 6oz dari stok frozen sehari..pastikan anda ganti sekurang2nya 6oz setiap hari..JANGAN SESEKALI biarkan yang keluar lebih banyak dari yang masuk..jika yang dibekukan lebih dari 6oz alhamdulillah.

4. Untuk ibu yang hasil setiap hari ngam-ngam saja untuk anak..cara menambah stok beku sedia ada ada boleh dilakukan dengan 2 cara :-

***CARA 1 (Dapat simpan lebih banyak) : Pastikan semua hasil perahan hari terakhir KHAMIS/JUMAAT dibekukan..jadi keperluan hari Isnin anda kumpul sepanjang 2 hari cuti hujung minggu..katakan anak perlukan 18oz bahagi dgn 2 hari anda perlu dapatkan sehari 9oz bahagikan pula dgn 2 sesi (awal subuh dan sebelum tidur) satu sesi anda perlu dapatkan 4.5oz katakan hasil pagi dapat hanya 3oz anda perlu tambah sesi pada waktu lain untuk dapatkan baki yang masih belum cukup sama ada pam waktu lain atau lakukan tandem pumping.

***CARA 2 : Pastikan semua hasil perahan waktu cuti hujung minggu dijadikan stok beku.

Ads

Usaha perlu bermula dari awal lagi..jangan kesah berapa oz yang anda perolehi setiap sesi yang PENTING jumlah keseluruhan dari kesemua sesi mengepam anda sama atau lebih dari jumlah yang anak anda perlukan..jika masih juga tidak cukup try check :-

1. Jadual pam
2. Sparepart pam / Jenis pam
3. Jumlah air yang diminum
4. Emosi

Betulkan keempat-empat ini dahulu sebelum give up atau pilih susu gantian untuk anak anda..jangan mengalah sebelum kalah! Teruskan perjuanganmu.

TAK PERLU BANYAK YANG PENTING CUKUP UNTUK ANAK!

Noorfazila Binti Abdul Rahman
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang
Kaunselor Laktasi Bertauliah Anda!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI