Melahirkan anak ibarat ke medan perang bertarung nyawa demi sebuah kehidupan. Begitulah pengorbanan seorang wanita melahirkan seorang zuriat kurniaan Allah. Pelbagai dugaan yang harus ditempuh bukan sahaja ketika melahirkan, malah ada juga yang sudah diduga ketika masih hamil lagi.
Berkongsi satu detik cemas seorang wanita yang melahirkan anak pramatang secara pembedahan yang akhirnya meragut nyawa sang ibu membuatkan Dr Redza Zainol terpanggil untuk menitipkan pesan buat para suami supaya lebih menghargai isteri terutamanya ketika sedang hamil.
Menurut doktor ini, Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Ikuti perkongsian beliau:
Pagi Sabtu yang tenang itu bertukar menjadi cemas selepas saya dapat panggilan dari Jabatan Kecemasan.
“O&G nak buat perimortem caesar di Red Zone.
Minta doktor turun sekarang, bayi baru 34 minggu dalam kandungan.”
“Caesar di Red Zone?”
Sungguh saya tercengang. Terus saya berlari ke bilik sebelah dan maklumkan pada jururawat.
Saya bersama seorang lagi doktor sambung berlari ke Jabatan Kecemasan. Semuanya mesti pantas.
Sampai saja kami di Red Zone, seorang jururawat menjerit, “Paeds dah sampai!”
Saya macam tak percaya.
Keadaan di situ begitu kecoh, seolah-olah saya berada di medan perang. Ada seorang doktor sedang membuat CPR pada ibu itu. Tiub pernafasan pula sedang disambung ke mesin bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang lain.
Staf kesihatan yang lain pula sedang menyiapkan tempat untuk pembedahan segera. Doktor bius dan doktor O&G dah sampai dan pembedahan kecemasan ini akan bermula pada bila-bila masa.
Ini pengalaman pertama saya melihat caesar dibuat di luar bilik pembedahan.
Ibu ni baru saja tiba di tempat letak kereta sebelum tiba-tiba pengsan di hadapan hospital. Bila tiba di Jabatan Kecemasan, denyutan jantungnya sudah berhenti.
Jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Doktor O&G buat keputusan untuk keluarkan bayi dengan segera.
Syukurnya, bayi itu selamat. Sebaik saja keluar, dia terus menangis. Namun saiznya yang masih kecil dan pramatang, saya bawa bayi tu ke NICU (wad rawatan intensif bayi) untuk rawatan selanjutnya.
3 minggu berjuang di dalam NICU akhirnya bayi ini discaj. Dibawa pulang oleh ayahnya sebagai seorang anak yatim.
Mati, ajal dan maut ini semua kerja mutlak Tuhan. Selagi kita ada peluang, hargailah isteri lebih-lebih lagi ketika dia sedang mengandung.
Melayan isteri, meneman isteri, bantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung adalah kerja mulia.
Itu semua dibuat atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, nak bermanja atau tak pandai berdikari.
Ads
Antara contoh layanan baik pada isteri:
✔️ Ambil tahu tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung. – Penyakit apa yang dihadapi. – Ubat apa yang isteri perlu ambil setiap hari. – Apa makanan yang sesuai untuk kesihatan isteri.
✔️ Temankan isteri untuk datang temujanji di hospital atau di klinik kesihatan. – Keberadaan suami sangat membantu menenangkan emosi isteri. – Jaga riak wajah kita supaya tak nampak seperti isteri sedang menyusahkan suami.
✔️ Ambil alih kerja-kerja di rumah. – Termasuk jagakan anak-anak yang lain. – Isteri yang tengah sarat, perlukan rehat yang lebih.
✔️ Jadi pendengar yang baik. – Ada masa yang dia rasa tak selesa atau sakit.
✔️ Jadi lebih sensitif dengan keadaan isteri. – Perubahan hormon dalam badan isteri, buatkan mood dia selalu berubah. – Isteri sangat bersyukur bila suami berusaha untuk cuba fahami kehendak isteri.
✔️ Mengurut pinggang dan kaki isteri.
Ads
✔️ Ucapkan pada isteri yang dia cantik setiap hari walaupun bentuk badannya dah banyak berubah.
Layanlah isteri sebaik mungkin. Hari ni dia ada, esok lusa mungkin dia dah tiada. Temankan dia ke mana saja yang kita mampu. Buat apa saja yang terdaya.
Kerana apa yang dia dah buat untuk keluarga kita tiada bandingannya.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan suami isteri yang lain. Moga ada yang dapat manfaatnya.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bayi sembelit dan susah untuk membuang air besar bukanlah sesuatu yang jarang dijumpai. Perkara ini akan menyebabkan ibu bapa cepat risau dan bimbang.
Bayi yang mengambil susu badan tidak semestinya akan berak setiap hari. Kesemua nutrien yang berada di dalam susu ibu selalunya habis diserap oleh bayi. Oleh itu, kebanyakkan bayi yang menghisap susu ibu selalunya tidak mengalami masalah bayi sembelit.
Bayi yang mengambil susu formula pula akan membuang air besar sekali ataupun lebih daripada sekali sehari. Oleh itu, masalah bayi yang tak berak sangat bergantung kepada jenis susu yang diambil oleh bayi. Ia juga bergantung dengan jenis makanan yang diambil oleh bayi ataupun kanak-kanak.
Apa nak buat bila baby sembelit berak keras. Ini antara tip yang dikongsikan oleh Puan Herny Hafiz mengikut pengalaman dan pembacaannya.
Bristol Stool Chart
TIPS UNTUK BABY SEMBELIT
6-7 bulan
– beri buah buahan ini sebagai snek 2x sehari (2-3 oz per serving)
– buah naga, avocado, betik,plum
– elak buah -buahan ini ( 2 jenis ni mommy selalu bagi tanpa sedar ia boleh sebabkan sembelit)
Jangkitan selesema sering menyerang bayi. Biasanya selesema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak.
Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan ibu bapa. Bayi yang selesema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus.Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk.
Apabila bayi yang selesema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut. Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selesema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi yang selesema berhenti dan berisiko meninggal dunia.
Ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba atau pernah dilakukan oleh ibu untuk mengurangkan masalah selesema pada bayi. Tak salah nak ikhtiar. Mana tau salah satu dari petua ini sesuai.
Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin.
2. Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.
3. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.
4. Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi.
5. Boleh pakaikan topi untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.
6. Sediakan sup ayam atau sayur untuk bayi anda.
7. Sapukan balm yang sesuai dengan usia anak di bahagian dada, belakang dan hidung.
8. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.
Tip Elakkan Jangkitan Selesema
Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.
Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.
Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunyai vaksin ini.
Sumber: wom magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas Baby A berusia hampir dua bulan, akhirnya pengasas produk kosmetik, Eriyca Baiduri atau Madammu tampil berkongsi nama buah hati kesayangannya di media sosial.
Menerusi Instagramnya, Madammu yang menjalani rawatan In vitro fertilization (IVF) untuk hamil tampil mendedahkan nama putera sulungnya iaitu Ahmad Kayden.
“Assalamualaikum Aunty Semua! Nama saya Ahmad Kayden!
“Terima kasih kerana mengikuti Journey IVF mummy dari awal sehingga ke hari ini. I Love u alls,” tulisnya berkongsi.
Malah menerusi perkongsian di Mstar, kongsi Madammu, nama cantik itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik.
“Kami memilih nama Ahmad Kayden kerana membawa maksud kekuatan. Nama tersebut diambil daripada bahasa Arab yang telah dikomersilkan.
“Kalau ikutkan ejaan sebenar Kaydin tetapi kebanyakan individu menggunakan nama yang sudah dikomersilkan seperti Caden, Kaden atau Kayden,” jelasnya berkongsi.
Kongsi Madammu lagi, pada awalnya nama Johan menjadi pilihan suaminya, namun selepas beberapa perbincangan akhirnya mereka sepakat memilih nama Ahmad Kayden.
Tambah Madammu lagi, dia akan mendedahkan wajah Baby Kayden apabila tiba masa yang sesuai.
“Sekarang Kayden masih kecil lagi. Muka pun berubah-ubah. Tunggulah bila dah besar sikit nanti, tiga atau empat bulan baru kami akan dedahkan wajahnya.
“Saya bersyukur Kayden seorang bayi yang baik dan tidak sukar menjaganya. Alhamdulillah Kayden dalam keadaan yang sihat dan berat pun dah mencecah 5kg,” kongsinya lagi.
Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.Antara kek yang semakin mendapat perhatian...