Anak-anak sememangnya pembawa rezeki. Itulah yang dikongsikan oleh Anzalna Nasir yang berkongsi kisah rezeki dan keberkatan dalam mendidik anak-anak.
Menerusi Instagramnya kata Anzalna, sebolehnya dia akan cuba penuhi permintaan anak-anaknya seboleh daya selagi dirinya termampu.
Bukan mahu memanjakan namun itulah rezeki buat anak-anak yang selama ini pembawa rezeki dalam keluarga.
“Anak-anak kami akan dapat apa sahaja yang diminta selagi ada rezeki.
“Bukan kerana terlalu manjakan anak (memang manja betul) kerana mereka, Alhamdulillah rezeki tak pernah putus.
“Dah 6 tahun tak berlakon tapi ada sahaja rezeki lain. Anak-anak memang pembawa rezeki,” ujar Anzalna berkongsi kisahnya.
Anzalna berkongsi pendapat itu ketika menyambut hari lahir anak pertamanya, Eidrees. Malah turut memuat naik sekeping gambar keluarga ketika majlis itu.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut setia Anzalna turut memuji malah mengiyakan pendapat ibu beranak dua itu. Tidak kurang juga yang turut membingkiskan ucapan hari lahir buat Eidrees.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!