Selagi Anak Sihat, Biar Dia Main Puas-Puas. Selalu Cakap ‘NO’, Buat Anak Jadi Lambat!

Share

Kesan daripada kita halang anak-anak kecil kita dari bermain adalah sangat merbahaya sehinggakan anak ini boleh jadi tak yakin diri.

Anak akan dapat banyak manfaat jika kita beri mereka peluang meneroka melalui bermain. Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Puan Nurul Sheriena Musa

APA PERSEKITARAN YANG ANAK BOLEH TEROKA?

Semasa meneroka anak akan dapat stimulasi sensori dari rangsangan ketika meneroka sekeliling. Tidak semestinya perlu bawa ke taman. Di mana-mana juga stimulasi berlaku.
Stimulasi ini adalah apa yang anak dapat tangkap dari stimulasi sekitarnya.

Organ DERIA akan menjadi tempat mengumpul kesemua sensori ini dan menghantar maklumat ke OTAK untuk diproses.

Cara mudah memberi stimulasi OPTIMA adalah dengan meneroka dan anak akan dapat peluang merasai pengalaman sensori.

Antara 5 BAHAYA anak tidak dapat PELUANG meneroka adalah

1️⃣ ANAK MUDAH TANTRUM
Anak yang tidak puas main dan meneroka otak limbiknya jadi kurang stimulasi dan mudah menyebakan dia marah dan kecewa. Yang dia faham perlu marah untuk tunjukkan kecewa.
Ibu dan ayah jadi putus asa dan terus biarkan anak dalam radar bahaya iaitu STRES BERPANJANGAN

2️⃣ANAK TIDAK ADA KESEDARAN TUBUH
Anak yang tidak faham dan mengerti tubuh badan sendiri akan jadi mudah jatuh atau prone to accident. Anak jenis macam ini disebabkan kurangnya pengalaman sensori proprioseptif, vestibular dan tactile.

YANG kita seringkali terlupa barangkali kita akan usaha elak anak terjatuh maka kita tolonglah mereka sampai letih dan sampai ke sudah anak tidak dapat pengalaman mencuba sendiri.

3️⃣ OTOT ANAK JADI LEMAH
Macam mana otot nak kuat kalau tidak dilatih berkali kali membina muscle strentgh. Tidak tahu pula saya jika minum susu sahaja boleh kuatkan otot.

Pemahaman saya makanan sihat yang dimakan akan disalurkan ke otot-otot untuk diberi tenaga supaya otot ini jadi kuat. Dan ini juga memerlukan LATIHAN. Jadi anak lebih mudah sit upright dan fokus bila cikgu mengajar di depan kan.

4️⃣ANAK JADI SUPER PENAKUT
Ni lagi saya takut. Sudah semua benda kita buatkan untuk anak katanya nak elak anak menangis.

Anak yang baru nak mula cuba buat terus shut down bila hendak mencuba. Sebab kita Cakap ‘NO’

Cakap NO itu bukannya salah tapi yang salah tidak diberi peluang langsung untuk berlari ke sana ke sini dengan gembira dan selamat.

5️⃣ ANAK KURANG MINAT BELAJAR

Tahukah anda untuk anak minat belajar anak perlukan OTAK YANG MAMPU FOKUS lama.
TAPI kalau otot untuk buat mata pandang depan, badan duduk tegak tidak pernah dilatih. ASYIK disuap sahaja maka mencabar juga anak nak sedia belajar.

Elak buat macam pepatah ini ‘Catch a fish for our Child TO EAT TODAY but not teach them how to catch the fish TOMORROW’

Cara mudah untuk anak sedia adalah bermain dan beri peluang anak meneroka.

Maaf jika ada yang rasa belajar sesuatu. Saya mahukan kita kita ibu bapa lebih bersedia untuk generasi alpha yang bakal membangunkan ummah ini faham bahawa persediaan anak hadapi zaman masa hadapan lagi mencabar.

Jadi MULAKAN TINDAKAN ANDA sekarang bukan esok tapi sekarang. Semoga bermanfaat

Kredit: Nurul Sheriena Musa

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy