Kehamilan

“Selagi Muda Kita Kumpul Anak Ramai.” Ayu Raudhah Akui Dirinya Hamil 5 Bulan

Share

Isteri kepada pemain bola sepak, Ayu Raudhah mengesahkan dirinya kini hamil anak keenam dengan usia kandungan memasuki lima bulan.

Jelas ayu, dia pada awalnya berasa segan untuk berkongsi berita tersebut memandang ini bukanlah zuriat pertama daripada hasil perkahwinannya dengan Zaquan Adha.

Bagaimanapun selepas suaminya membocorkan rahsia menerusi satu hantaran video, aktres berusia 38 tahun itu hanya memanjatkan rasa syukur.

ARTIKEL BERKAITAN [“Hadiah I Tak Seberapa Untuk You.” Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-6? Wish Zaquan Jadi Perhatian]

“Saya sebenarnya segan nak kongsi, sebab anak pun dah masuk enam, kalau anak nombor satu takpa la juga, excited la juga.

“Alhamdulillah saya anggap ini rezeki buat anak saya dan suami. Kandungan saya dah masuk lima bulan dah sebenarnya cuma tak pernah bagitahu dekat media sosial sampailah Zaquan share video.

“Kami berdua ok je, sebab kami berdua memang daripada keluarga yang ramai, saya dan Zaquan masing-masing ada tujuh adik beradik. Kami happy anak ramai,” katanya.

Dalam masa sama, adik kepada usahawan popular Rozita Che Wan itu mendedahkan dia dan suami berdepan alahan yang teruk seperti muntah dan demam.

“Sebelum ini anak lima orang tak pernah ada morning sickness tapi yang keenam ini lain macam rasanya. Saya dan Zaquan muntah dan demam masa first trimester.

“Teruk gila waktu itu, mungkin sebab dah berusia. Kami dah tak larat sangat, duduk sebelah terbaring demam. Sebelum ini pregnant senang je, kali ini je macam ada lain sikit,” tambahnya.

Sementara itu, Ayu sempat berseloroh dengan mengatakan selagi usia masih muda dia bersedia untuk memiliki ramai anak.

“Saya dengan suami tak pernah rancang nak ada berapa ramai, selagi saya muda kita kumpul anak ramai,” selorohnya.

Untuk info, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Kredit: Gempak; IG Ayu Raudhah

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy