
Ketika dijemput ke program TV Mingguan Wanita untuk bercerita tentang topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, pelakon cantik Elfira Loy dan ibunya Filzah Yusoff saling berkongsi perasaan tentang hubungan mereka anak beranak. Kata Elfira, dahulu jika terpaksa turutkan kehendak ibu, ada juga dia rasa marah. Tetapi semuanya dipendamkan dalam hati.
Tambah Elfira lagi, ada masanya dia marah dengan apa yang ibunya mita buat, tetapi selepas satu demi satu hikmah muncul, dia yakin keputusan ibunya adalah yang terbaik. Lama-kelamaan, Elfira merasakan lebih elok jika dia dimarahi ibu kerana dia akan tahu apa yang betul dan salah.
Artikel Menarik: [Selalu Batuk & Berkahak, Satu Hiris Nipis Kunyit Dalam Masakan Anak Bagus Kuatkan Antibodi]
Mengakui yang tidak mungkin dapat dia membalas semua jasa ibunya itu, dia juga turut melahirkan rasa gementar kerana bakal bergelar seorang emak. Dia turut mengakui ada rasa takut jika tidak mampu menjadi ibu yang terbaik buat anaknya nanti. Menjawab soalan pengacara ketika itu, Elfira mengalirkan air mata kerana terlalu sebak mengenangkan pengorbanan ibunya untuk dia dan adik-beradiknya yang lain.
“Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah dibuat bukan untuk dirinya semata-mata tetapi juga demi anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, dia laksanakan demi berdoa untuk anak-anak. Semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita pula yang akan doakan dia.”
Ibu Elfira, Filzah, pula mengakui yang anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon walaupun sekadar untuk berbual kecil. Berhubung melalui aplikasi Whatsapp, tetapi katanya lagi ada juga masa dia terfikir juga mengapa anak-anak jarang menghubunginya.
Artikel Menarik: [Bosan Nasi, Roti. Cuba Steam Egg Pasta. Cara Buatnya Sempoi, Guna 6 Bahan]
Menjawab tentang caranya mendidik anak-anaknya, dia mengakui yang dia mengongkong mereka kerana tidak mahu merekalupa diri. Dia juga suka berkongsi perasaan dengan anak-anak agar mereka faham perasaan ibu ketika itu.
“Saya akan buat keputusan untuk anak-anak selalunya. Naluri kita kuat kerana kita ikhlas jaga mereka. Tak tahulah nanti macam mana pula mereka jaga kita.”
Pa&Ma doakan kasih sayang antara Elfira dan ibunya berpanjangan sehingga ke syurga. Semoga Elfira selamat bersalin dan menjadi ibu terbaik buat anaknya. Good luck, Elfira!
Sumber: Media Hiburan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selesai Tugasku, Iringimu Di Dunia…” Kisah Sebak Lelaki Berkhidmat 21 Tahun Dengan Pak Lah Raih Perhatian

Tarikh 14 April 2025 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah telah kembali ke rahmatullah pada hari berkenaan.
Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang bekas Perdana Menteri, tetapi hilangnya seorang tokoh negarawan yang pernah menjadi ‘ayah’ kepada Malaysia dengan kelembutan, ketenangan dan kasih sayangnya yang tersendiri.
Di sebalik ribuan doa dan ucapan takziah, satu video ringkas berdurasi 53 saat telah menyentuh hati ramai. Dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun bernama Darul, video itu bukan sekadar imbasan kenangan, tapi luahan hati seorang insan yang pernah berkhidmat selama 21 tahun di sisi Pak Lah. Tempoh masa yang bukan masa yang singkat, pastinya pengalaman bekerja yang akan dingati sampai bila-bila bersama arwah.
“Selesai tugasku, iringimu di dunia…”
“Selesai tugasku, iringimu di dunia,” tulisnya ringkas, namun cukup mendalam. Satu ayat yang membawa seribu makna menggambarkan setia, hormat dan kasihnya terhadap insan yang telah dianggap lebih daripada seorang pemimpin.
WARGMAYA TERHARU DENGAN KHIDMAT SELAMA 21 TAHUN
Dalam ruangan komen, beliau meluahkan bahawa Pak Lah tidak pernah sekalipun meninggikan suara atau mengeluarkan kata-kata kasar.
Layanan Pak Lah padanya tidak pernah berubah, malah dianggap bagaikan ayah sendiri. Kata-katanya disambut penuh penghargaan oleh netizen yang rata-rata memuji kesetiaan dan keikhlasan beliau menjaga tokoh negara ini hingga ke akhir hayat.
“Pak Lah sentiasa tenang, bercakap lembut…” antara luahan menyentuh yang dikongsikan lelaki berkenaan di ruang komen.
Video tersebut bukan hanya tular, malah berjaya membangkitkan rasa sayu dalam kalangan rakyat yang turut terkenang akan sosok pemimpin berjiwa besar ini. Seorang pemimpin yang tidak banyak berkata-kata, tapi setiap tindakannya penuh makna dan adab.
Hari ini, walaupun jasadnya telah disemadikan, jasa dan kelembutan Pak Lah akan terus hidup dalam kenangan. Dalam setiap doa rakyat, dalam setiap cebisan sejarah tanah air, nama beliau akan terus harum sebagai pemimpin yang memimpin dengan hati.
Al-Fatihah, Pak Lah.
Terima kasih atas segalanya.
Sumber: darulaizal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yuran Tadika, Taska Naik Hingga 25 Peratus Tahun Depan, Sudah Bersediakah Ibu Bapa

Isi Kandungan
ToggleYuran tadika, taska naik hingga 25 peratus tahun depan, sudah bersediakah ibu bapa. Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus pada tahun depan.
Yuran Tadika, Taska Naik Hingga 25 Peratus Tahun Depan
Kenaikan itu adalah susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari depan.
Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, selain Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia yang menaungi pengusaha taska mengesahkan kenaikan yuran perkhidmatan ditawarkan kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi.
Penasihat Kehormat PERTIM, Zaharah Awang, berkata kira-kira 1,000 ahlinya di seluruh negara bersiap sedia menaikkan yuran perkhidmatan tadika mereka susulan kenaikan kos operasi bukan saja membabitkan gaji pekerja terutama guru, malah kenaikan kos bahan mentah untuk makanan dan bahan bantu mengajar, selain kadar sewa serta bil utiliti.
Sudah Bersediakah Ibu Bapa
Bagaimanapun, katanya, kenaikan berkenaan perlu mendapat kebenaran dan menerusi permohonan dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sebelum dilaksanakan.
“Sebenarnya PERTIM sudah membuat unjuran awal kenaikan gaji minimum sehingga RM2,000 sebulan secara berperingkat untuk beberapa tahun akan datang, namun ahli kami tidak jangka penguatkuasaan gaji minimum baharu RM1,700 akan berlaku seawal tahun depan.
“Notis yuran tahun hadapan sebenarnya sudah diberikan kepada ibu bapa, namun dengan pengumuman pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan mulai Februari depan, ahli PERTIM terpaksa mengeluarkan notis baharu yuran membabitkan kenaikan antara hingga 25 peratus, mengikut lokasi kawasan tadika.
“Seramai 1,000 ahli kami yang juga pengusaha tadika di seluruh negara sebenarnya tersepit kerana tidak mahu menaikkan yuran, namun terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan operasi tadika. Kita jangka, pengusaha yang tidak mendapat sokongan ibu bapa berdepan kemungkinan menutup operasi mereka, kerana kos operasi terlalu tinggi untuk ditanggung.
“Apatah lagi, kos operasi tadika swasta 100 peratus adalah daripada bayaran yuran yang dibayar ibu bapa. Kenaikan kos operasi tadika sudah berlaku sejak selepas tamat Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) lagi namun menjadi lebih ketara sejak tahun lalu susulan kenaikan harga barang dan kos sara hidup,” katanya kepada BH.
Pada pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat lalu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500 kini berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa 1 Ogos 2025.
Mengulas lanjut, Zaharah berkata, kenaikan bahan mentah untuk makanan murid jagaan ahlinya naik lebih 60 peratus sejak tahun lalu, menyebabkan kos operasi tadika menjadi tinggi.
Katanya, kenaikan yuran tadika antara 10 hingga 25 peratus sebenarnya hanyalah untuk pengusaha bertahan demi kelangsungan perjalanan perniagaan mereka semata-mata.
“Sebelum ini pernah berlaku seramai 41 murid sebuah tadika ahli kami diberhentikan ibu bapa hanya kerana kenaikan yuran tidak sampai RM40 sebulan.
“Sebenarnya yuran tadika swasta murid Melayu atau Islam hanya antara RM300 hingga RM350 sebulan berbanding tadika swasta Cina yang mengenakan yuran antara RM750 hingga RM900 sebulan,” katanya.
Pengerusi Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, Hazman Sapawi, juga mengesahkan 500 tadika di negeri ini akan menaikkan yuran sama susulan kenaikan gaji minimum RM1,700 itu.
“Contohnya pelarasan gaji kakitangan tadika terutama guru akan membabitkan tambahan kos RM229.90 seorang sebulan. Ia membabitkan gaji minimum RM1,700; caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meningkat kepada RM221 sebulan; caruman majikan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang meningkat kepada RM27.85 sebulan selain Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang meningkat kepada RM3.30 sebulan,” katanya.
Sementara itu, Naib Bendahari Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, Norazlina Adom, berkata yuran baharu taska seluruh negara akan naik antara 13 hingga 20 peratus mulai tahun depan, susulan pengumuman gaji minimum baharu.
Katanya, kira-kira 3,000 taska di seluruh negara termasuk 250 di Johor akan mengenakan yuran baharu itu mulai Januari depan.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Taska Berdaftar Negeri Johor berkata, pengumuman kerajaan mengenai kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan itu sangat dialu-alukan susulan bebanan kerja kakitangan taska yang berat dalam memastikan keselamatan bayi serta kanak-kanak jagaan mereka sentiasa terjaga sepanjang masa.
“Sehubungan itu, saya memohon kerajaan menyediakan sama ada geran gaji kepada pengusaha taska swasta atau pun insentif kepada ibu bapa yang menghantar anak kepada taska berdaftar, kerana kenaikan yuran yang membebankan mereka ketika kos sara hidup juga semakin meningkat.
“Ia bagi mengelak ibu bapa memilih taska tidak berdaftar, sekali gus merisikokan keselamatan anak mereka kerana ketiadaan latihan dan kemahiran kakitangan taska kategori ini seperti diwajibkan ke atas taska berdaftar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah, berkata kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sudah dijangka susulan pengumuman gaji minimum baharu mulai Februari depan.
Katanya, peningkatan kos operasi perkhidmatan dan barangan sudah pasti dipindahkan kepada pengguna yang akan merasai bebanan peningkatan kos sara hidup.
“FOMCA berpandangan kerajaan perlu melakukan intervensi bagi menetapkan harga siling perkhidmatan dan barangan tertentu supaya pengguna tidak terus terbeban dengan kenaikan harga yang keterlaluan dan tidak wajar.
“Pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu diperkasa supaya sebarang kenaikan yang tidak wajar dikenakan tindakan tegas.
“Pengguna pasti mencari alternatif perkhidmatan lebih murah dan dalam isu kenaikan yuran tadika dan taska, kerajaan disaran memperluas dan memperbanyakkan penawaran pra-sekolah selain taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di seluruh negara, supaya keluarga tidak mampu menggunakan perkhidmatan tadika dan TASKA mempunyai alternatif lain untuk anak mereka,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Setuju Yuran Tadika Swasta Mahal! Biar Betul Komen Presiden Tadika Islam Selangor. Jangan Terkejut
Tahun Depan Anak Nak Masuk Tadika, Ni Panduan Bantu Mama Papa Buat Pilihan!
Duduk Rumah Elok, Asal Pergi Taska Je Anak Mesti Tak Sihat, Ubah Lima Perkara Ni!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sibuk Bekerja, Tak Sempat ‘Bermesra’. Ada Peluang Peganglah Tangan Isteri, Sejuk Rumah Tangga

Biar letih bagaimana sekalipun, seorang isteri tetap akan menjalankan tanggung jawabnya terhadap suami dan anak-anak. Ketika melaksanakan amanah itu, dirinya amat letih. Demi kesenangan keluarganya, dia tetap mengenepikan rasa letih dan terus berkhidmat untuk keluarga. Di dalam perkongsiannya di laman Instagram, Ustaz Ebit Lew mengatakan dapat meluangkan masa dengan isteri walaupun sekadar ambil anak dari sekolah sudah cukup membahagiakan.
Dalam kesibukan seorang suami, jangan sesekali terlupa untuk mendengar cerita si isteri. Peluklah dan sayangilah dia. Berikan mereka semangat dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada isteri. Tambah Ustaz Ebit lagi, jangan malu untuk menunjukkan penghargaan kepada isteri. Katanya, andai suatu hari kita ‘tiada’, dia lah yang akan membesarkan anak-anak dan akan selalu merindukan kita.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Jerit Tengking Depan Anak. Tercalar Emosi, Membesar Ketakutan!]
Petang-petang pergi ambil anak sekolah bersama. Dapat dating begini pun rasa bahagia. Rindunya ya Allah. Terima kasih Allah atas nikmat ini.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Bila sampai rumah kita selalu peluk anak yang kecil. Mereka berlari pada kita rindu ayahnya. Kita pun rindu mereka. Anak yang besar lagi rindu pada ayahnya. Tak dapat pelukan. Paling rindu tengah sibuk kemas or memasak yakni isteri kita yang paling RINDU. Penat menguruskan seorang diri semuanya. Bila kita sibuk semuanya isteri kita yang uruskan semuanya dari pagi sampai malam.
Walau isteri bekerja seluruh komitmen untuk suami dan anak-anak. Mereka rindu nak berbual dan bercerita dengan suami. Dengarilah mereka. Peluklah mereka. Sayangilah dan bantulah isteri kita. Beri semangat dan ucap terima kaseh. Beri hadiah dan kejutan buat mereka.
Biarlah orang nak kata apapun. Esok kita mati pasangan kita ini akan jaga anak kita dan mendoakan kita sentiasa. Rindu pada kita. Allahuakbar. Jangan malu untuk hargai isteri. Setakat pegang tangan pun malu. Nak peluk sikit pun malu.
Artikel Menarik: [Ketika Solat Bersama, Suami Isteri Semai Cinta. Takkan Pernah Lupus]
Nabi saw siap main kejar-kejar dibahagian belakang peperangan. Sambut isteri masa isteri tiba-tiba datang ke masjid. Siap hantar masa nak balik. Siap beri peha dan bantu bidadari untuk naik kenderaan. Takde malu pun.
Kita semua kena sorok-sorok. Last dah sampai rumah tidur. Bukan ada masa bersama selalu pun. Sedihkan pegang tangan pun malu. Dari kecil saya tengok ayah saya cium peluk hargai mak depan kami. Hari-hari saya tengok mak ayah saya bercinta sampai hari ini walau mak dah meninggal dunia. Hari-hari ayah cerita dan ingatkan saya tentang mak anugerah Allah. Betapa dia sayangkan isterinya..mak saya.
Artikel Menarik: [Suami Isteri Ramai Anak Lelali, Memang Letih Sikit. Tapi Merekalah Pelindung Keluarga Nanti!]
Ya Allah rindunya pada bidadari dan anak-anak. Jagakanlah bidadariku dengan rahmat dan kasih sayangmu. Berilah bidadariku sihat sentiasa dan kekuatan dalam menjaga anak-anak-ebitlew
Seorang isteri tidak kisah berkorban untuk keluarganya. Apa yang dia harapkan hanyalah penghargaan dari suami dan anak-anak. Semoga kita semua berbahagia selalu dan dikurniakan ganjaran terbesar, iaitu Jannah Allah SWT di ‘sana’ nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI