Selain ABC, 123, Mengenal Warna, Ini Ibu Ayah Boleh Ajar Anak Bila Cecah 4 Tahun

Share

Pastinya ibu bapa tertanya-tanya apa yang boleh buat untuk anak-anak yang sedang dalam fasa nak belajar dan memahami dirinya sendiri. Perlu ke setiap kali keluar anak minta mainan kita beli atau paksa anak belajar?

Melalui apa yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Aabidah Ab Ghani sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mantapkan keupayaan anak dari awal.

Ibu ayah, apa yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak sekitar usia 4 tahun ke atas selain ABC, 123, dan mengenal warna?

1. PLAY

Bila bercakap tentang PLAY, biasanya, kita akan terfikir “nak beli mainan apa eh nak bagi anak main?”. Tukar. Tukar kepada “macam mana ya nak main dengan anak-anak?”. Itu lebih tepat.

Percayalah anak-anak sebenarnya tak memerlukan permainan (tapi Wajihah pun toys dia satu bilik penuh)

Bercakap dengan mereka, respon pada soalan dan perbuatan mereka, beri ekspresi muka yang bersungguh-sungguh, jauhkan handphone ketika bersama mereka, semua ini adalah curahan perhatian yang mereka perlukan.

Ajarkan mengambil giliran, ajarkan berkongsi permainan, ajarkan toleransi, ajarkan mengasihani, ajarkan memberi, ajarkan berani menghadapi ketakutan, ajarkan menyelesaikan masalah….semua ini sangat banyak dipelajari dalam bermain.

Nak main apa?
Main masak-masak,
Main kejar-kejar,
Main hide and seek,
Main lompat tikus,

Ada masa kita perlu masuk ke dunia mereka untuk fahami apa yang mereka nak sampaikan.

Rendahkan ego, tinggikan empati, banyakkan toleransi. Bukan sepanjang masa, hanya semasa bermain.

2. SELF HELP SKILL

Dah 4 tahun, lepaskan mereka untuk menguruskan diri. Cukup sekadar pandu dan awasi..
Pakai baju, buka baju, Ke tandas, Mandi, Gosok gigi (might need extra help jika masih belum boleh berus bersih..nanti gigi rosak pula jika tak bersih betul-betul kan)
Lap badan
Sikat rambut
Makan minum
Apa yang mereka akan pelajari?
Body awareness
Perceptual motor
Problem solving…dan banyak lagi

3. FEEL GOOD

Elakkan kata-kata negatif. Elakkan memberi gambaran negatif tentang diri mereka sendiri.
“Kakak ni comotlah”
“Suka sangat tak dengar kata ni kenapa?”
“Buat lagi perangai tak senonoh ni”

Elakkan dan gantikan dengan kata-kata pembakar semangat!
“Lepas makan cepat-cepat basuh mulut, barulah comel”
“Kalau dengar kata umi, nanti masuk syurga”

Beri mereka self image yang baik supaya mereka mampu feel good about themselves. Beri mereka harapan dan kepercayaan. Bekalkan mereka kekuatan dan perlindungan. Suburkan mereka dengan kasih sayang dan perhatian. Mantapkan mereka dengan ketegasan dan keberanian. We can do it!

Aabidah Ab Ghani
Occupational Therapist
Wafa Therapy Centre
Brain Gym Facilitator

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy