Selain Baik Untuk Otak, Ikan Dapat Mengurangkan Risiko Bayi Terkena Asma

Share

Seperti yang diketahui, ikan adalah makanan sihat, kaya dengan omega-3 untuk membina asid lemak otak dan manfaat lain

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, bayi antara usia 6 bulan dan 1 tahun yang makan ikan mempunyai risiko 36 peratus lebih rendah untuk terkena asma di kemudian hari.

Malah dalam tempoh anak yang berusia 0 hingga 6 bulan ini, sistem kekebalan tubuh anak sedang diprogramkan dan nutrisi yang dijumpai dalam asid lemak omega 3 ikan dan vitamin D, boleh mempengaruhi proses ini.

Jadikan pilihan utama

Tekstur ikan yang lembut dan mudah dikunyah antara pilihan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan untuk merasainya.

Memilih ikan tanpa tulang dan kulit antara yang terbaik seperti ikan salmon atau beberapa jenis ikan lain lagi. Jadi jangan ragu-ragu untuk menambahkan ikan ke dalam makanan si kecil. Ini antara 5 manfaat lain ikan untuk anak:

1.    Bayi lebih cerdas

Kajian yang dibuat dalam jurnal Pediatrics tahun 2003 menyatakan ibu yang mengambil suplemen omega-3 sepanjang kehamilan dan menyusukan bayi, ternyata memiliki bayi dengan kemampuan kognitif lebih tinggi ketika usia mereka 4 tahun. Malah anak-anak yang bersekolah dan diberi suplemen omega-3 menunjukkan peningkatan kemampuan membaca. Otak anak berkembang dengan cepat sebelum lahir dan terus berkembang di tahun pertama kehidupannya. Jadi, inilah waktu yang ideal untuk memberikan DHA dalam menu seharian anak.

2.    Meningkatkan fokus

Kajian lain turut menyatakan bahawa anak yang ibunya memiliki kadar DHA lebih tinggi dalam darah ketika saat melahirkan lebih mampu mempertahankan fokus pada objek dibandingkan anak yang ibunya memiliki kadar DHA rendah.

3.    Memperbaiki penglihatan

DHA telah terbukti membantu menajamkan penglihatan pada bayi.

4.    Meningkatkan imuniti badan

DHA juga telah dikaitkan dengan peningkatan kekebalan tubuh. Dalam satu kajian, kanak-kanak yang minum susu formula yang diperkaya dengan minyak ikan, memiliki kadar protein lebih tinggi-yang menunjukkan fungsi kekebalan tubuhnya-dibanding  kanak-kanak yang minum susu formula biasa.

5.    Mencegah ekzema

Omega-3 dapat mengurangkan keradangan  di seluruh bahagian tubuh, termasuk kulit. Menambahkan potongan salmon atau tuna ke dalam makanan si kecil sebelum usianya 9 bulan, dapat membantu melindungi anak dari risiko alergi.

Published by
Wan Amy