Ada kalanya kesan selepas vaksin itu tidak terjadi sejurus sahaja suntikan diberikan. Ia mungkin akan muncul selepas beberapa jam atau hari – juga dianggap sebagai tanda vaksin berfungsi dengan baik.
Jadi selepas vaksin apa perlu buat jika si kecil mengalami kesan sampingan atau demam? Ini yang ibu bapa perlu ketahui mengenai kemungkinan tindak balas bayi terhadap suntikan imunisasi.
Memahami kesan selepas vaksin
Suntikan vaksinasi adalah selamat. Namun seperti pengambilan ubatan lain, ia ada kalanya akan mengembangkan beberapa kesan sampingan.
Selalunya tindak balas yang berlaku adalah ringan dan setempat – seperti rasa sakit atau kemerahan pada bahagian suntikan diberikan – serta hanya berlangsung untuk tempoh 1-2 hari.
Demam ringan juga berkemungkinan untuk berlaku, namun kesan yang lebih serius adalah jarang terjadi. Pun begitu, untuk membuktikan vaksin berkaitan dengan kesan sampingan tertentu bukanlah mudah. Apatah lagi jika si kecil cenderung jatuh sakit. Secara tidak langsung membuatkan sesetengah ibu bapa percaya bahawa vaksin yang menjadi punca anak mereka tidak sihat.
Seperkara lain yang perlu difahami, pemberian vaksin juga adalah ketika garis tumbesaran tertentu anak bermula. Contohnya, vaksin MMR diberikan semasa bayi berusia setahun dan pada ketika inilah kelewatan tumbesaran anak mungkin baru disedari ibu bapa.
Situasi tersebut mengakibatkan ada ibu bapa yang mengaitkan vaksin dengan sebarang proses kelewatan perkembangan.
Tetapi, bagaimana pula jika berlaku kesan sampingan selepas vaksin apa perlu buat, ya?
Kesan selepas vaksin bagi kanak-kanak bawah 5 tahun
Ads
Kesan sampingan yang paling biasa adalah di bahagian suntikan diberikan, ini termasuk:
Bengkak
Kemerahan
Benjolan kecil yang keras
Gejala ini akan hilang dalam masa beberapa hari dan anda tidak perlu melakukan apa-apa mengenainya. Kadangkala si kecil juga berkemungkinan untuk demam.
Bagaimana pula kesan selepas suntikan imunisasi lain seperti MMR atau vaksin 6 serangkai, adakah terdapat perbezaan?
Kesan selepas vaksin MMR
MMR terdiri daripada 3 vaksin – campak, beguk dan rubella (campak Jerman) – yang boleh menyebabkan tindak balas pada masa berbeza selepas suntikan.
Kesan sampingan selepas 6 hingga 10 hari:
Demam
Ruam seperti campak
Hilang selera makan
Kesan selepas vaksin untuk tempoh 2 hingga 3 minggu
Sekitar 2-3 minggu selepas suntikan, vaksin beguk boleh menyebabkan gejala seperti beguk – demam dan kelenjar bengkak – pada sesetengah kanak-kanak.
Kesan sampingan pada 12 hingga 14 hari
Ads
Vaksin rubella boleh menyebabkan ruam kecil dan sedikit peningkatan suhu badan. Dalam keadaan yang jarang berlaku, ruam juga boleh berlaku sehingga 6 minggu kemudian.
Vaksin 6 serangkai: Kesan sampingannya
Secara umumnya, kesan sampingan adalah ringan dan berjangka pendek. Bahkan, kebanyakan bayi tidak akan mengalami sebarang masalah sama sekali.
Reaksi biasa terhadap vaksin 6 dalam 1
Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan
Demam (suhu tinggi melebihi 38C) – lebih biasa pada dos kedua dan ketiga
Muntah-muntah
Tangisan luar biasa
Mudah meragam
Hilang selera makan
Kesan selepas vaksin 6 serangkai yang jarang berlaku
Reaksi alahan terhadap vaksin 6 dalam 1
Amat jarang sekali untuk bayi mengalami reaksi alahan yang teruk – anafilaksis. Anafilaksis adalah tindak balas alergi yang boleh membawa kepada ketidaksedaran atau kematian.
Selepas vaksin apa perlu buat
Normal untuk bayi menjadi agak cranky sehingga 48 jam selepas suntikan. Untuk menenangkan si manja, anda boleh:
Ads
Berikan mereka pelukan
Tawarkan mereka minuman sejuk tambahan, jika menyusu badan, susukan lebih kerap
Bawa mereka berjalan menghirup udara segar
Jika bahagian suntikan kemerahan, tuamkan dengan kain sejuk bersih antara 5-10 minit – ini juga dapat menenangkan bayi.
Bayi mengalami demam panas
Selepas vaksin apa perlu buat jika bayi mengalami demam panas? Lakukan perkara berikut untuk menyejukkan mereka:
Pakaikan si manja pakaian nipis dan elakkan penggunaan selimut
Tawarkan minuman tambahan. Bagi bayi yang menyusu, susukan dengan lebih kerap
Anda juga boleh berikan paracetamol untuk bayi bagi mengurangkan suhu. Tetapi dapatkan persetujuan doktor terlebih dahulu.
Waspada terhadap kesan selepas vaksin yang serius
Kesan sampingan yang teruk jarang berlaku. Tetapi lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik segera jika bayi mengalami gejala berikut dalam masa 2 hari selepas suntikan:
Demam panas – 38°C atau lebih untuk bayi di bawah usia 3 bulan dan 39°C untuk si manja 3 bulan ke atas
Menangis lebih daripada 3 jam pada satu masa – jangan keliru dengan gejala kolik – atau tangisan bernada tinggi yang berlangsung lebih sejam
Sawan
Kelesuan, tidak bertindak balas atau mengantuk yang berlebihan
Reaksi alahan seperti bengkak mulut, muka atau tekak, kesukaran bernafas mahupun ruam
Perubahan tingkah laku – sesuatu yang tidak normal pada anak
Sekiranya terdapat kebimbangan tentang bagaimana bayi bertindak balas terhadap sebarang suntikan vaksinasi, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Baru bergelar ibu dan masih kurang pengalaman membuatkan selebriti media sosial, Syifa Melvin pernah menangis menguruskan anaknya, Saif Sulaiman.
Tambah isteri kesayangan Safawi Rashid itu lagi, kehidupannya berubah selepas kelahiran anak sulung mereka pada 30 September yang lalu.
Bahkan kata Syifa, sehingga kini dia masih lagi cuba menyesuaikan dirinya dengan rutin baru bergelar ibu.
Akui Syifa lagi, sepanjang dua bulan menjadi ibu, dia juga pernah menitiskan airmata kerana berasa tertekan menguruskan anaknya.
“Perubahan hidup yang drastik ya, mula-mula memang kekok dan stress, menitik air mata berapa kali, badan penat, tidur memang tak kenal dah.
“Tapi lama kelamaan bila dah dah rentak, jadi seronok bergelar ibu. Bila tengok anak, timbul perasaan bahagia,” luahnya berkongsi.
Malah akui Syifa lagi, hidupnya juga kembali ceria dan bahagia bila mana berjaya mengawal perubahan hidup itu secara baik.
Syifa juga turut menitipkan ucapan buat yang masih menanti zuriat supaya dapat melalui pengalaman indah itu suatu hari nanti.
“Syifa doakan yang masih menanti, penantian tu bakal berakhir tak lama lagi. Rahim korang akan dihuni oleh malaikat kecil yang akan membawa 1001 kebahagiaan buat korang, Aamin ❤️,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Syifa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada 30 September lalu.
Hisap jari ialah satu habit yang sering berlaku kepada si kecil. Jika kecil dahulu, mereka menghisap jari kerana untuk merangsang sensori. Tapi ia berlarutan sehingga melebihi usia 3 tahun, ia patut dibimbangi kerana boleh ganggu pertumbuhan gigi.
Ada sumber yang mengatakan kanak-kanak yang menghisap jari adalah disebabkan oleh tidak cukup rangsangan pada mulut semasa bayi. jadi, sewaktu kecil, mama papa tidak perlu melarang perkara ini. Ia normal. Cuma sekiranya ia berlarutan sehingga 3 tahun ke atas, langkah mencegah perlu diambil.
Menurut Dr Wan Nurhana Wan Chek, apabila anak menghisap jari yang paling terkesan adalah pertumbuhan gigi serta tulang muka anak. Terutama bila anak-anak berusia 3 tahun ke atas. Budak 2 tahun ke bawah dianggap normal jika menghisap jari. Dipanggil thumb sucking.
APAKAH KESAN ” THUMB SUCKING”
#1 Rahang atas mengecut dan menyebabkan pertumbuhan gigi dan rahang yang tidak normal.
#2 Mouth breather. (bernafas melalui mulut. Mulut mudah kering menjadikan gigi mudah rosak)
#3 Open bite (gigitan terbuka). Gigi hadapan tidak rapat. Bila gigi hadapan tidak rapat sukar untuk mengigit makanan.
MENGAPA ANAK ‘THUMB SUCKING”/ MENGHISAP JARI?
Menurut catatan dari Puan Saleha Idris, Anak hisap jari dari kecil kerana kurang mendapat keperluan asas yang cukup ataupun ketika mereka sedang explore dunia semasa kecil hingga terbiasa melakukannya.
Maka ia dipanggil habit atau kebiasaan. Biasanya bayi menghisap jari kerana refleksi emosi seperti bosan, marah atau letih.
5 TIP HILANGKAN TABIAT HISAP JARI
Cara nya untuk menghilangkan tabiat menghisap jari anak atau ‘thumb sucking’ :
Tawarkan hadiah untuk proses tukaran dengan hisap jari. Jika berjaya maka dipanggil peneguhan positif. Kerana tingkahlaku yang dikehendaki berhasil.
Hukuman-Apabila hisap jari letakkan perisa yang tidak disukai atau rasa pahit
Memberi pujian dengan menyebut usaha dan doakan. “Bagus ani tidak hisap jari. Nanti kawan sayang ani. Jari ani pun bersih dan tak ada kuman . Jari ani wangi. Allah suka orang bersih. Kalau Allah suka boleh masuk syurga.”
Boleh sediakan carta plan tindakan tidak hisap jari. Kira satu hari berapa Kali. Dalam tempoh 20 hari fokus untuk kurangkan tingkahlaku dalam kekerapan.
Semasa anak tidur dan bedtime lakukan teknik tutup mata dan bayangkan kalau hisap jari nanti jari putus. Jari pun hilang. Sayang kan jari kita ada 5 tinggal 4.
Kemudian perlahan lahan dalam gelombang alpha beritahu dia esok mesti bangun tidur dengan gembira jari ada 5. Sebab kita tak makan jari.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah syukur, penyanyi, Usop kini bergelar seorang bapa apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada awal pagi Jumaat.
Menerusi laman instagram, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 24, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki itu.
Dalam perkongsiannya, Usop turut memberikan nama Muhammad Saif Umar kepada anak pertamanya.
“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhammad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.