Kebiasaannya di dalam kalangan masyarakat Melayu – kepercayaan atau amalan yang dilakukan sekiranya bayi tersedu adalah dengan meletakkan tisu basah di dahi bayi. Sejauh mana kebenarannya? Malah menurut kepercayaan orang dulu-dulu juga, bayi yang tersedu ini dikatakan mahu membesar.
Sedu bukanlah masalah serius tapi ia boleh memberi kebimbangan pada ibu bapa. Mengikut saranan Dato’ Dr. Azizon Othman, Pakar Perunding Kanan Patologi (Hematologi) dan Ketua Jabatan Patologi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban ada beberapa cara boleh dilakukan untuk menghilangkan sedu pada bayi.
4 Cara Dapat Mengelakkan Bayi Sedu
Jangan Halang Bayi Bernafas
Jangan menghalang bayi dari bernafas, memberikan bayi minum air dengan pantas, menarik lidah bayi keluar menggigit lemon atau memberikan “smelling salts”. Ibu bapa juga perlu elakkan menyergah bayi, menekan kedua-dua matanya atau ubun-ubun seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat.
Beri Bayi Susu Beransur-ansur
Ibu bapa juga perlu memberikan bayi minum susu atau makan secara beransur-ansur (tidak terlalu gopoh), tenangkan bayi dan tegakkan badan bayi.
Ads
Burp Bayi Lepas Minum
Cuba keluarkan angin (burp) bayi selepas minum. Minum terlalu banyak dan terlalu cepat juga akan menyebabkan perut bayi membesar dan mengembang dengan cepat sekaligus menyebabkan bayi sedu.
Jangan Bagi Bayi Telan Udara Berlebihan
Elakkan bayi daripada menelan terlalu banyak udara semasa menyusu. Ibu boleh lakukan ini: Tegakkan sedikit badan bayi. Perlu juga dipastikan seluruh puting dan areola masuk ke mulut bayi (semasa penyusuan susu ibu). Pastikan sebahagian besar puting masuk ke mulut bayi (semasa bayi menyusu susu formula) dan sengetkan botol sedikit sahaja, supaya tiada ruang udara pada puting.
6 Tips Hilangkan Sedu Bayi
Ada caranya untuk kurangkan sedu bayi. Panduan ini, perlu difahami betul-betul agar tidak tersalah konsep:
Ads
Ibu bapa perlu bertenang.
Tenangkan bayi dengan menggubah bayi ke tempat yang lebih selesa
Berhenti menyusu atau minum. Sebaliknya tegakkan badan bayi dan keluarkan angin (burp).
Boleh beri minum air sedikit.
Urut belakang bayi. Boleh letakkan bayi dalam pelukan di atas bahu dan terus mengurut belakang bayi.
Boleh cuba berikan bayi menghisap puting getah (pacifier) jika sedunya terlalu teruk. Hisapan ini akan merangasang pergerakan perut dan usus bayi malah ia dapat membantu. Bagi merangsang bayi menghisap puting getah, boleh letakkan sedikit madu atau gula. Namun, penggunaan puting getah selepas anak berusia dua tahun tidak digalakkan kerana ia akan mengakibatkan pertumbuhan gigi kurang baik (misalign).
Fakta Kejadian Sedu Bayi
Sedu terhasil apabila berlakunya kontraksi (pengecutan) secara mengejut dan involuntary pada otot-otot diafragma apabila terdapat stimulasi dan iritasi pada diafragma. Diafragma ialah otot yang mengawal pergerakan kaviti pernafasan atau otot yang membantu tulang rusuk bergerak. Dengan itu, ia membantu proses pernafasan (paru-paru mengembang dan menguncup). Apabila diafragma menguncup, peti suara tertutup dengan serta merta dan menghasilkan bunyi sedu. Ia kerap berlaku pada bayi kerana otot bayi tidak matang.
Sedu berlaku secara berima. Selalunya tidak lama, mungkin 5 ke 10 minit. Sekiranya berlaku untuk jangka waktu yang lama (beberapa jam atau lebih) pastikan anda membawa anak anda ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Ads
Sebab Itu Kena Pastikan Bayi Minum Perlahan-lahan
Sedu boleh terjadi apabila bayi minum atau makan terlalu banyak dan terlalu cepat. Menurut Dr. Lynette Mazur, professor pediatrik di University of Texas, sedu disebabkan bayi minum susu badan atau susu formula atapun makan.
Udara yang sejuk juga boleh merangsang sedu. Sebab-sebab lain jarang berlaku pada bayi seperti gastroesophageal reflux disease iaitu penyakit yang menyebabkan iritasi pada saraf yang mengawal diafragma, penggunaan ubat tertentu atau terhidu gas beracun.
Buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata, bakal ada bayi baru atau sedang ada bayi di rumah tu, lepas ni, instead of letakkan tisu atau cebisan kain di dahi bayi…Bolehlah cuba ikut saranan doktor ni ya.
Sumber: bubblynotes
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lebih sebulan melahirkan cahaya mata kedua, Elfira Loy telah berkongsi gambar anak keduanya secara lebih jelas buat tatapan ramai. Kehadiran Nur Aria Mikayla menjadi pelengkap hidup Elfira dan suaminya, Farish Khairol Anuar.
Sebelum ini, wajah Nur Aria Mikayla ini hanya dikongsi secara sipi-sipi sahaja dan ramai dah agak seperti abangnya.
Menerusi perkongsian terbaru Elfira, dia memuat naik sekeping gambar anak perempuannya itu dan ramai yang geram melihat Aria. Ini kerana matanya yang sepet, kulit putih dan gebu serta bam bam memang cute sangat.
Malah ada yang menyamakan wajah baby Aria Mikayla seiras anak sulung, Muhamad Rayyan Khalaf tetapi versi perempuan.
“Rayyan versi perempuan😍😍😍😍”
“Sama macam muka abang dia.”
“OMG putihnya Aria❤️Tak pejam mata tengok awak Aria❤️Geram tengok awak, pipi tembam tu😍”
“Korean look like abang Rayyan..😍😍 SubhanAllah comey sangat.. Semoga membesar dengan sihat, bijak dan jadi anak solehah penyejuk hati mommy..❤️”
Sebelum ini kelahiran anak kedua sangat bermakna kerana disambut sendiri oleh suami Farish.
Bukan itu saja, Elfira juga sering berkongsi pengalaman sebelum dan selepas bersalin serta ketika berpantang. Dia juga pernah menyatakan anaknya kuat menyusu tidak seperti abangnya terdahulu membuatkan sedikit kepenatan dan dapat banyak pengalaman baru.
Selain itu, Elfira juga berkongsi journey berpantangnya dengan menyatakan setiap kali pregnant beratnya mesti naik sampai lebih 20kg.
“Tried to control during second pregnancy tapi masih 20kg jugak naiknya.
Dia juga menyatakan berjaya turunkan 10kilogram setelah 10hari berpantang tapi selepas itu agak lambat sehingga dia terpaksa mengurangkan pengaambilan tetapi lebihkan sayur dan buah.
Ini kerana jika tak pantang betul-betul memang makin susah sebab El ni pear shape kalau tak turun berat badan memang nampak besar. Nak tak nak kenalah jaga kan.
Baby buat macam kunyah-kunyah bila tengok orang makan seolah-olah terliur. Apakah benar si kecil sudah bersedia untuk ambil makanan pelengkap?
Ramai ibu yang mendakwa anak sudah memiliki berat badannya tertentu. Malah ada yang mendakwa bayinya telah tumbuh gigi. Bayi juga menunjukkan minat untuk makan apabila melihat orang lain makan di hadapannya dengan menggerakkan mulutnya seolah-olah mengunyah.
Ramai yang ambil keputusan untuk memberikan makanan pelengkap kepada si manja tanpa merujuk kepada pakar kanak-kanak atau pakar pemakanan. Ini adalah langkah yang salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh memudaratkan anak!
Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, lazimnya gigi akan tumbuh apabila umur bayi mencecah antara 4 hingga 7 bulan. Ada juga bayi yang tumbuh gigi awal iaitu seawal 2 hingga 3 bulan. Sebaliknya ada juga bayi yang lambat tumbuh gigi, sehingga mencecah umur setahun barulah gigi susu mulai tumbuh.
MENGUNYAH TANDA BAYI SEDANG TUMBUH GIGI
Kebanyakan bayi melalui fasa ketika gigi keluar tanpa apa-apa masalah. Tetapi ada juga laporan-laporan daripda ibu bapa yang mengaku bayi mereka mengalami simptom-simptom seperti merengek akibat tidak selesa, air liur mengalir berlebihan. gusi bengkak dan sensitif, berkelakuan seperti mengunyah, kurang menyusu dan mengalami masalah tidur.
3 TANDA BAYI BERSEDIA UNTUK MAKAN
Makanan pelengkap seharusnya mula diberikan kepada bayi apabila umur mencapai 6 bulan. Ini kerana pada usia enam bulan, sistem penghadaman bayi mula matang dan boleh menerima makanan pejal seperti bijirin atau makanan yang dijadikan puri.
Mama dan papa perlu peka dan tidak sewenang-wenangnya memberikan makanan pejal kepada bayi walau pun bayi masih belum bersedia. Menurut Dr Mohammad Nazir ada tiga tanda utama bayi mungkin bersedia untuk menerima makanan pejal iaitu;
1.Berada dalam posisi duduk dengan kawalan kepala yang tegak.
2.Koordinasi mata tangan dan mulut yang baik dan boleh lihat, ambil dan memasukkkan makanan ke mulut dengan sendiri
3.Boleh menelantanpa mengeluarkan makanan semula dan tidak terkumpul di luar mulut sahaja.
Menurut Dr Nazir, pada kebiasaannya semua perkembangan dan tanda-tanda ini jarang jarang berlaku sebelum bayi mencecah usia 6 bulan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika lampin si manja penuh atau bocor, bayi hanya boleh memberitahu anda dengan cara menangis. Begitu juga jika dia mengalami ketidakselesaan perut ataupun lapar. Selain daripada tanda-tanda menangis, apa lagi bahasa bayi yang anda faham?
Ketahuilah bahawa setiap bayi adalah berbeza cara bahasa dan gaya mereka. Namun, panduan umum di bawah mungkin boleh membantu para ibu bapa untuk lebih memahami bayi di samping menangani ragam si manja.
Merenung tepat ke mata
Perasan tak, bayi amat suka memberi ‘eye-contact’ khususnya pada orang terdekat yang cuba berinteraksi dengannya. Sebenarnya, si manja yang merenung tepat ke mata anda sambil tersenyum sedang cuba mengecam wajah anda. Jika anda melihatnya tersenyum, ini bermakna bayi gembira melihat muka anda. Jadi, ambil peluang ini untuk bergurau dan berborak dengan bayi. Anda juga boleh mendodoikan bayi dengan lagu kegemarannya.
Bunyi bbbbb
Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘bbbbb’ dengan keadaan air liurnya bertakung pada mulut, ini bermakna bayi anda ingin berborak dengan anda. Jika anda layan, dia akan semakin rancak berbunyi seolah-olah faham dengan apa yang anda perkatakan.
Genggam sambil menggerakkan tangan
Ini perbuatan lazim bayi jika dia sedang gembira. Anda akan melihat si manja menggenggam tangannya sendiri sambil menggoyang-goyangkan tangan untuk menyatakan dia sedang teruja.
Mata meliar
Bukan hanya pandang pada satu tempat sahaja, si manja juga gemar ‘meliarkan’ pandangan matanya ke arah sekeliling. Ini bermakna si manja anda sedang meneroka persekitaran sekelilingnya. Apatah lagi, jika dia mendengar bunyi, pasti matanya akan meliar mencari arah bunyi tersebut.
Menggosok telinga
Jika anda lihat bayi anda gemar meraba-raba atau menggosok telinganya, ini bukan bermakna telinganya ada masalah jangkitan ataupun sakit telinga. Sebaliknya, bayi dalam proses untuk mengenali anggota tubuhnya sendiri.
Menendang
Bayi amat gemar menendang-nendang kakinya bagi menyampaikan maksud bahawa dia sedang teruja. Namun, ia juga mungkin bermakna dia tidak selesa dengan lampinnya. Jadi, ibu bapa periksalah lampin bayi anda!
Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.Antara kek yang semakin mendapat perhatian...