Kebiasaannya di dalam kalangan masyarakat Melayu – kepercayaan atau amalan yang dilakukan sekiranya bayi tersedu adalah dengan meletakkan tisu basah di dahi bayi. Sejauh mana kebenarannya? Malah menurut kepercayaan orang dulu-dulu juga, bayi yang tersedu ini dikatakan mahu membesar.

Sedu bukanlah masalah serius tapi ia boleh memberi kebimbangan pada ibu bapa. Mengikut saranan Dato’ Dr. Azizon Othman, Pakar Perunding Kanan Patologi (Hematologi) dan Ketua Jabatan Patologi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban ada beberapa cara boleh dilakukan untuk menghilangkan sedu pada bayi.

4 Cara Dapat Mengelakkan Bayi Sedu

  1. Jangan Halang Bayi Bernafas

Jangan menghalang bayi dari bernafas, memberikan bayi minum air dengan pantas, menarik lidah bayi keluar menggigit lemon atau memberikan “smelling salts”. Ibu bapa juga perlu elakkan menyergah bayi, menekan kedua-dua matanya atau ubun-ubun seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat.

  1. Beri Bayi Susu Beransur-ansur

Ibu bapa juga perlu memberikan bayi minum susu atau makan secara beransur-ansur (tidak terlalu gopoh), tenangkan bayi dan tegakkan badan bayi.

Selain Letak Tisu Basah Di Dahi Untuk Hilangkan Sedu Bayi, Tip Doktor Ini Pun Boleh Di Cuba

IKLAN
  1. Burp Bayi Lepas Minum

Cuba keluarkan angin (burp) bayi selepas minum. Minum terlalu banyak dan terlalu cepat juga akan menyebabkan perut bayi membesar dan mengembang dengan cepat sekaligus menyebabkan bayi sedu.

  1. Jangan Bagi Bayi Telan Udara Berlebihan

Elakkan bayi daripada menelan terlalu banyak udara semasa menyusu. Ibu boleh lakukan ini:  Tegakkan sedikit badan bayi. Perlu juga dipastikan seluruh puting dan areola masuk ke mulut bayi (semasa penyusuan susu ibu).  Pastikan sebahagian besar puting masuk ke mulut bayi (semasa bayi menyusu susu formula) dan sengetkan botol sedikit sahaja, supaya tiada ruang udara pada puting.

6 Tips Hilangkan Sedu Bayi

Ada caranya untuk kurangkan sedu bayi. Panduan ini, perlu difahami betul-betul agar tidak tersalah konsep:

IKLAN
  1. Ibu bapa perlu bertenang.
  2. Tenangkan bayi dengan menggubah bayi ke tempat yang lebih selesa
  3. Berhenti menyusu atau minum. Sebaliknya tegakkan badan bayi dan keluarkan angin (burp).
  4. Boleh beri minum air sedikit.
  5. Urut belakang bayi. Boleh letakkan bayi dalam pelukan di atas bahu dan terus mengurut belakang bayi.
  6. Boleh cuba berikan bayi menghisap puting getah (pacifier) jika sedunya terlalu teruk. Hisapan ini akan merangasang pergerakan perut dan usus bayi malah ia dapat membantu. Bagi merangsang bayi menghisap puting getah, boleh letakkan sedikit madu atau gula. Namun, penggunaan puting getah selepas anak berusia dua tahun tidak digalakkan kerana ia akan mengakibatkan pertumbuhan gigi kurang baik (misalign).

Fakta Kejadian Sedu Bayi

Sedu terhasil apabila berlakunya kontraksi (pengecutan) secara mengejut dan involuntary pada otot-otot diafragma apabila terdapat stimulasi dan iritasi pada diafragma. Diafragma ialah otot yang mengawal pergerakan kaviti pernafasan atau otot yang membantu tulang rusuk bergerak. Dengan itu, ia membantu proses pernafasan (paru-paru mengembang dan menguncup). Apabila diafragma menguncup, peti suara tertutup dengan serta merta dan menghasilkan bunyi sedu. Ia kerap berlaku pada bayi kerana otot bayi tidak matang.

Sedu berlaku secara berima. Selalunya tidak lama, mungkin 5 ke 10 minit. Sekiranya berlaku untuk jangka waktu yang lama (beberapa jam atau lebih) pastikan anda membawa anak anda ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor.

Selain Letak Tisu Basah Di Dahi Untuk Hilangkan Sedu Bayi, Tip Doktor Ini Pun Boleh Di Cuba

IKLAN

Sebab Itu Kena Pastikan Bayi Minum Perlahan-lahan

Sedu boleh terjadi apabila bayi minum atau makan terlalu banyak dan terlalu cepat. Menurut Dr. Lynette Mazur, professor pediatrik di University of Texas, sedu disebabkan bayi minum susu badan atau susu formula atapun makan.

Udara yang sejuk juga boleh merangsang sedu. Sebab-sebab lain jarang berlaku pada bayi seperti gastroesophageal reflux disease iaitu penyakit yang menyebabkan iritasi pada saraf yang mengawal diafragma, penggunaan ubat tertentu atau terhidu gas beracun.

Buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata, bakal ada bayi baru atau sedang ada bayi di rumah tu, lepas ni, instead of letakkan tisu atau cebisan kain di dahi bayi…Bolehlah cuba ikut saranan doktor ni ya.

Sumber: bubblynotes

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI