Bukan mudah nak turun berat badan dengan cepat lagi-lagi lepas bersalin. Tapi ia tak mustahil jika ada kesungguhan. Paling penting kena ingat amalkan pemakanan sihat tanpa memudaratkan diri sendiri.
Secara asasnya, nak turunkan berat badan secara efektif, kurangkan karbohidrat dan lemak. Utamakan makanan yang banyak serat, protein dan vitamin.
Selain mengawal pemakanan, rahsia nak turun berat 5 kilogram setiap minggu boleh cuba minuman air detox secara konsisten seperti yang dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang anak, Sophia Safian.
RAHSIA TURUN 5 KILO DALAM 7 HARI
**Detox + Fat Burning Water
BAHAN:
1 uncang Twinnings Pure Green Tea
Halia
Lemon
Halba
CARA MEMBUATNYA:
- Masak 1 liter air sehingga mendidih kemudian masukkan hirisan halia, lemon dan halba dan rebus sehingga air kurang separuh.
2. Rendam 1 uncang Pure Green Tea lebih kurang 5 minit. Sedia untuk diminum.
3. Sangat efektif jika diamalkan sebanyak 3x sehari after meal.
Selamat mencuba! Jom kurus seperti saya dari 90 kilo to 52 kilo!
SAYA BOLEH, ANDA PASTI BOLEH!
Sumber: Sophia Safian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Batuk Lepas Makan Buah Anggur Sebab Bahan Kimia, Ini Cara Tepat Cuci Buah Anggur!
Setiap kali lepas anak makan buah anggur, anak mesti secara tiba-tiba batuk secara berterusan. Sebab apa?
Hal ini kerana buah anggur yang dibeli tidak dicuci dengan bersih. Buah anggur yang diimport dari luar negara biasanya diletakkan sedikit bahan asing lain untuk mengekalkan kesegarannya.
Sebab itulah perlu dicuci dengan bersih. Macam mana nak cuci? Pengguna Tik Tok, @madam_lim kongsikan cara tepat.
Potong tangkainya dulu.
Masukkan air sampai buah terendam.
Kemudian masukkan tepung gandum dan garam.
Kacau sekejap dan biar terendam selama lima minit.
Selepas lima minit kotoran akan timbul di permukaan air.
Tapiskan dan bilas dengan air bersih.
Selamat mencuba!
@madam_lim_Cara cuci anggur dengan cara yang betul🍇♬ original sound – Mdm Lim
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Orang Lain Mengamuk, Kita Jangan Ambil Kisah, Pesanan Doktor Ni Sila Ambil Perhatian!
Anak mengamuk itu masalah biasa bagi ibu dan ayah. Biasa bagi kita sebagai ibu ayah tetapi janggal bagi orang yang tidak biasa dengan keadaan ini.
Melihat aksi anak terbaring sambil menangis kerana inginkan mainan atau makanan kegemaran adalah situasi biasa. Bagi yang tidak mempunyai anak atau masyarakat keliling mungkin merasakan hal ini sedikit menjengkelkan. Bagi yang kurang selesa, bujang pula, jangan sekali-kali menjeling atau menegur. Dengar apa kata Doktor Taufik Razif ini.
Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.
Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :
1. Kita tengking anak tersebut
Tengkingan hanya memburukkan keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus. Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang. Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama lamanya.
2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis
Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas. Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau. Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?
3. Jangan mengata
Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja. Ianya boleh jadi pada sesiapa sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada. Kita tak boleh stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas.
4. Jangan anggap anak tu nakal
Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal. Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’.
5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum
Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik. Kita kena ingat, anak anak tantrum ni mengamuk ni banyak sebabnya. Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan.
Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang. Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk.
Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.
-Taufik Raziq-
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pejam Mata & Rendahkan Suara Bila Anak Buat Silap. Cara Ini Berjaya Control Sikap Baran
Orang perempuan mudah marah dan mudah dipujuk. Lagi-lagi bila bergelar isteri dan ibu. Dengan bertambahnya tanggungjawab maka tahap tekanan itu bertambah. Cuma bagaimana kita kawal emosi itu terletak pada diri sendiri.
Tak semua yang kita lakukan akan sempurna. Mesti ada juga kekurangan. Oleh itu penting sebenarnya suami memahami dan bertolak ansur dalam memastikan urusan keluarga jadi lebih mudah.
Bukan apa jika keadaan ini tak ditangani dengan baik, kemungkinan besar sikap panas baran akan mudah ‘meletus’ walaupun hanya ada silap yang kecil dari suami atau anak.
Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak, Nazia Suhaimi bagaimana dia boleh mengawal dirinya dari sikap panas baran boleh dijadikan panduan bersama.
Orang tanya saya, macam mana saya control baran.
Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang.
Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah Maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.
Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil.
Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.
Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh.
Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.
Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.
Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?
Tak ada rahsia.
1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.
2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.
3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.
4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.
5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”
Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)
Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.
Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.
Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa.
Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.
“It takes two to tango.”
Cuba. Belum cuba belum tahu.
Sumber: Nazia Suhaimi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI