Selain daripada mengamalkan pemakanan yang diyakini boleh merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu ibu, anda masih perlu melakukan beberapa amalan lain yang menjadi penyokong kepada usaha anda yang mahu menjayakan penyusuan susu ibu.
1. Jangan panik, bawa bertenang
Anda perlu kawal diri untuk sentiasa bertenang. Hal ini kerana tekanan yang dialami merupakan salah satu punca penghasilan susu boleh terganggu. Ramai yang tidak sedar dengan perkara ini. Ketahuilah, semasa diri bertenang walaupun ditimpa masalah, tindak balas hormon akan meneutralkan dan membantu dalam pengeluaran susu.Anda pasti perasan bukan? Semasa mengepam susu atau menyusukan bayi, apabila anda membayangkan perkara yang seronok, let-down susu lebih banyak. Malah, jika ketika itu diiringi dengan muzik lembut atau bacaan ayat al-Quran, ia sememangnya membantu anda untuk bertenang.
2. Sentiasa berfikiran positif
Ramai yang gusar tentang penghasilan susu untuk bekalan bayi. Tambahan pula ketika fasa growth spurt di mana bayi menyusu dengan lebih banyak ketika itu. Ketika inilah anda perlu setkan minda.
Ads
Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Apa yang anda fikirkan akan dijana oleh otak dan mesejnya akan dihantar ke sistem tubuh untuk tindak selanjutnya. Jadi, berfikirlah secara positif dengan sentiasa berfikir bahawa susu anda cukup untuk memenuhi keperluan si manja.
3. Fahami konsep penawaran dan permintaan
Ads
Anda perlu tahu bahawa lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Lebih kerap payudara dikosongkan, maka lebih banyaklah susu ibu akan terhasil. Oleh yang demikian, susukanlah bayi anda sekerap mungkin. Bayi menyusu mengikut kehendaknya sendiri. Tidak ada waktu dan jumlah susu yang tetap untuknya.
4. Pam payudara ikut jadual
Ads
Para ibu bekerjaya dan meninggalkan bayi di bawah jagaan pengasuh, perlu banyak stok susu perahan. Latihlah diri mengepam payudara sejak dalam pantang. Buat stok seawal yang boleh.
Semasa di tempat kerja, luangkan masa mengikut jadual yang anda tetapkan sendiri untuk mengepam. Pastikan sela masanya tidak melebihi tigam jam antara satu sama lain ya. Suri rumah pun digalakkan untuk mengepam payudara kerana jika berlaku hal kecemasan kepada diri anda seperti jatuh sakit, bekalan susu untuk bayi tetap ada.
5. Banyakkan minum airAir merupakan elemen penting dalam sistem tubuh badan manusia. Minumlah air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu ibu.
Bagi ibu menyusu, minum air kosong yang banyak secara kerap dalam kuantiti yang sedikit sehingga mencapai target tiga liter sehari. Jadikan air kosong sebagai teman rapat anda. Bawa ke mana-mana sahaja bekalan air itu. Jadi, anda akan sentiasa ingat untuk minum air pada waktu yang telah anda tetapkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jahitan bersalin terbuka memang menakutkan. Bagi yang pernah mengalaminya mesti akan panik dan trauma. Ini biasa berlaku kepada yang baru pertama kali bergelar ibu.
Sebenarnya episiotomi dan ceasarean adalah dua jenis luka yang memerlukan penjagaan sepanjang waktu lepas bersalin. Dalam tempoh dua minggu lepas bersalin risiko luka ini terbuka sangat tinggi.
Sebab itu, ibu kena lebih berhati-hati dan jangan terlalu lasak. Berjalan pun mesti kena beringat. Bagi yang menjalani proses ceaser luka di bahagian tersebut pun kena jaga sebaiknya kerana risiko untuk jangkitan kuman boleh berlaku.
Berikut perkongsian dari Dr Hana untuk peringatan semua ibu dan tip yang perlu dilakukan untuk mencegah luka bersalin terbuka.
LUKA SAYA TERBUKA!
Bekerja di klinik ibu dan anak, Dr Hana banyak terima rujukan kes episiotomy dan luka bersalin yang terbuka semula. Yang Dr Hana terpaksa jahit semula pun ada.
Seorang ibu yang baru 7 hari bersalin dirujuk kepada Dr Hana dengan episiotomy wound gapping. Bila diperiksa, semua benangnya dah tertetas sebelum sempat lukanya bercantum.
Tak sempat Dr Hana tanya, beliau sendiri mengaku dah guna D***** untuk cuci luka. Mungkin tak serasi, atau cecair antiseptik tu tak dilarutkan dulu sehingga boleh menghakis benang jahitannya.
Sakit bersalin pun masih terasa, lepas tu sakit pula sebab luka terbuka semula. Semoga Allah membalas pengorbanan dan kesabaran ibu-ibu semua dengan ganjaran berlipat ganda.
Secara umumnya luka episiotomi/jahitan bersalin akan sembuh dalam tempoh 2-4minggu. Benang yang digunakan adalah absorbable sutures yang akan larut sendiri tanpa perlu dibuang setelah luka sembuh.
Jangan lupa share dan tag ibu-ibu yang bakal dan baru bersalin
Masih ramai ibu yang menyusu keliru bila ibu demam, batuk dan selesema penyusuan pada anak patut dihentikan sementara takut anak berjangkit. Sebenarnya fakta ini salah.
Jika diikutkan walaupun ibu demam, batuk atau selesema teruskan penyusuan seperti biasa kerana ia tidak memudaratkan kesihatan anak. Cuma berdasarkan perkongsian Dr Hana ibu yang tidak sihat ini boleh mencegahnya dengan mengamalkan aspek kebersihan seperti menutup mulut bila batuk atau bersin, jangan cium sangat bayi jika selesema atau pun basuh tangan sebelum nak pegang bayi.
Berikut perkongsiannya:
Ada satu masa tu, seorang ibu berpantang masuk bilik Dr. Dia demam batuk selsema, nak dapatkan rawatan. Biasanya sebelum bagi ubat saya akan tanya, puan mengandung/menyusu?
Tapi since ibu ni memang dalam pantang bawak baby, saya terus tanya “so far baby menyusu OK?”
Ibu tu jawab “saya dah STOP menyusu Dr, sebab saya takut nanti baby dapat kuman dari susu badan saya, nanti jangkit kesian baby”
Mitos ni dah agak banyak kali kita dengar. Ibu cirit birit, stop menyusu sebab takut baby berjangkit bila hisap susu ibu. Ibu batuk selsema, stop menyusu sebab takut nanti baby dapat virus. Ibu demam, stop menyusu sebab takut baby demam sekali.
No ibuuu. Noooo. Susu ibu tak bersalah. Kesian ibu tu, dia tak tau. Ibu kena faham beberapa perkara.
Susu ibu TIDAK MENGANDUNGI virus/toksin/kuman yang signifikan walaupun ibu sedang sakit. Banyak kajian buktikan susu ibu selamat walaupun ibu sedang terkena jangkitan yang aktif. Hanya beberapa keadaan ibu tak digalakkan breastfeed (contoh HIV)
Baby memang boleh BERJANGKIT batuk selsema dari ibu, tapi biasanya secara direct (contoh ibu batuk atau bersin, virus/kuman dari salur pernafasan ibu berpindah ke bayi). BUKAN melalui susu ibu. Jadi ibu perlu ambil langkah hygienic untuk berjaga-jaga.
-Tutup mulut bila batuk/bersin.
-Kalau perlu pakailah mask.
-Basuh tangan sebelum sentuh bayi.
-Jangan cium-cium sangat baby kalau ada batuk selsema
Ibu batuk selsema, tolonglah TERUSKAN PENYUSUAN bayi anda. Sebab antibody yang terhasil akan transfer ke baby melalui susu ibu.
Baby ni sistem imun belum matang sepenuhnya. Jadi antibody dari susu ibu sangat membantu bayi lawan penyakit dan virus. Jadi kalau bayi berjangkit pun, tak teruk sangat dan insyaAllah lebih cepat lega kalau ibu teruskan breastfeeding.
Dan tambahan:
Ibu-ibu atau sesiapa saja yang ada jangkitan batuk selsema, asyik batuk-batuk hatchum hatchum, tak digalakkan solat berjamaah di masjid sebab boleh menjangkiti jemaah lain.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada pada 13 Januari 2017 ini sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Disember 2017. Namun tak lama kemudian hamil lagi dan mengumumkannya kepada umum pada Mac 2018.
Bukan ibu ayah sahaja yang kena fikir untuk sihat, anak-anak pun mesti sentiasa sihat dan tidak berlebihan berat badan. Bagi mama yang nak tahu info mengenai obesiti atau mempunyai anak yang obes, boleh ikuti kupasan Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD pada Selasa, 2 Oktober 2018, 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam. Jangan lupa tau!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.