Selain daripada mengamalkan pemakanan yang diyakini boleh merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak susu ibu, anda masih perlu melakukan beberapa amalan lain yang menjadi penyokong kepada usaha anda yang mahu menjayakan penyusuan susu ibu.

1. Jangan panik, bawa bertenang

Anda perlu kawal diri untuk sentiasa bertenang. Hal ini kerana tekanan yang dialami merupakan salah satu punca penghasilan susu boleh terganggu. Ramai yang tidak sedar dengan perkara ini. Ketahuilah, semasa diri bertenang walaupun ditimpa masalah, tindak balas hormon akan meneutralkan dan membantu dalam pengeluaran susu.Kalau Nak Hasilkan Lebih Banyak Susu Ibu,  5 Perkara Ini Sama Penting Seperti Milk BoosterAnda pasti perasan bukan? Semasa mengepam susu atau menyusukan bayi, apabila anda membayangkan perkara yang seronok, let-down susu lebih banyak. Malah, jika ketika itu diiringi dengan muzik lembut atau bacaan ayat al-Quran, ia sememangnya membantu anda untuk bertenang.

2. Sentiasa berfikiran positif

Ramai yang gusar tentang penghasilan susu untuk bekalan bayi. Tambahan pula ketika fasa growth spurt di mana bayi menyusu dengan lebih banyak ketika itu. Ketika inilah anda perlu setkan minda.

IKLAN

Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Apa yang anda fikirkan akan dijana oleh otak dan mesejnya akan dihantar ke sistem tubuh untuk tindak selanjutnya. Jadi, berfikirlah secara positif dengan sentiasa berfikir bahawa susu anda cukup untuk memenuhi keperluan  si manja.

3. Fahami konsep penawaran dan permintaan

IKLAN

Anda perlu tahu bahawa lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Lebih kerap payudara dikosongkan, maka lebih banyaklah susu ibu akan terhasil. Oleh yang demikian, susukanlah bayi anda sekerap mungkin. Bayi menyusu mengikut kehendaknya sendiri. Tidak ada waktu dan jumlah susu yang tetap untuknya.

4. Pam payudara ikut jadual

IKLAN

Para ibu bekerjaya dan meninggalkan bayi di bawah jagaan pengasuh, perlu banyak stok susu perahan. Latihlah diri mengepam payudara sejak dalam pantang. Buat stok seawal yang boleh.

Semasa di tempat kerja, luangkan masa mengikut jadual yang anda tetapkan sendiri untuk mengepam. Pastikan sela masanya tidak melebihi tigam jam antara satu sama lain ya. Suri rumah pun digalakkan untuk mengepam payudara kerana jika berlaku hal kecemasan kepada diri anda seperti jatuh sakit, bekalan susu untuk bayi tetap ada.

5. Banyakkan minum airKalau Nak Hasilkan Lebih Banyak Susu Ibu,  5 Perkara Ini Sama Penting Seperti Milk BoosterAir merupakan elemen penting dalam sistem tubuh badan manusia. Minumlah air sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu ibu.

Bagi ibu menyusu, minum air kosong yang banyak secara kerap dalam kuantiti yang sedikit sehingga mencapai target tiga liter sehari. Jadikan air kosong sebagai teman rapat anda. Bawa ke mana-mana sahaja bekalan air itu. Jadi, anda akan sentiasa ingat untuk minum air pada waktu yang telah anda tetapkan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI