Menyambut kelahiran bayi bukan sahaja merubah seorang wanita menjadi ibu, bahkan seorang lelaki menjadi ayah. Seringkali masyarakat memberi keutamaan kepada perubahan emosi seorang ibu lantas mengambil mudah soal perasaan seorang ayah. Perlu diingatkan, setiap anak memerlukan seorang ayah seperti mana mereka memerlukan si ibu.
Sebenarnya jika seorang anak itu mempunyai bonding dengan ayah mereka, ia memberi kesan jangka masa panjang yang positif terhadap tumbesaran mereka. Rapat dengan anak-anak juga dapat membina keyakinan seorang lelaki untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang ayah.
Seringkali kita terlupa akan kepentingan memberi perhatian kepada ayah yang baharu menjadi bapa, kerana kita terlalu sibuk menjaga emosi si ibu yang melahirkan anak.
Keutamaan harus diberikan kepada si ibu kerana ternyata pengorbanan yang mereka lakukan itu tidak dapat ‘dibayar’ dengan apa pun. Tetapi, penghargaan juga harus diberikan kepada si ayah jika dia bersungguh-sungguh berusaha menyediakan yang terbaik buat isteri tersayang serta anak mereka.
Sebuah laporan kajian yang dilakukan oleh Dove Men+Care and Promundo (sebuah organisasi yang memperjuangkan kesamarataan jantina) membuktikan jumlah hari cuti untuk seorang ayah ketika baharu menerima bayi amat memberi kesan kepada mereka.
Dalam kegembiraan menerima ‘orang baru’ dalam keluarga, mereka sebenarnya bersedih kerana tidak dapat meluangkan masa lebih lama bersama keluarga kerana jumlah cuti yang diberikan kepada mereka sangat singkat.
85 peratus bapa dari Amerika Syarikat, Argentina, Brazil, Kanada, Jepun dan Netherlands yang menjalani bancian tersebut mengatakan yang mereka sanggut berbuat apa sahaja untuk terlibat bersama si isteri pada minggu-minggu awal kelahiran anak mereka.
Walaupun kajian menyatakan begitu, tetapi kurang daripada 5 peratus bapa serata dunia tidak dapat bercuti lama kerana polisi kerajaan, tekanan kewangan dan kurang sokongan dari ketua jabatan di tempat kerja mereka.
Kesimpulannya, para bapa hari ini berhadapan dengan konflik dan terdesak untuk bersama isteri dan menjaga anak-anak bersama, tetapi tidak mampu atas kekangan tertentu. Jika niatnya betul dan ikhlas, mungkin suatu hari nanti para bapa akan diberi cuti yang lebih lama untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Seorang bayi yang berusia sekitar setahun ditemui mati di dalam kereta dalam cuaca panas di Bordes, barat daya Perancis baru-baru ini.
Kejadian berlaku selepas bapa anak kecil yang berusia 14 bulan itu dikatakan terlupa untuk menghantarnya ke pusat bimbingan kanak- kanak.
Anak kecil itu dilaporkan ditinggalkan di dalam kenderaan di tempat letak kereta di tempat kerja bapanya.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kanak-kanak kecil itu mati akibat sesak nafas dan dehidrasi, kata seorang pendakwa raya, Cecile Gensac.
Ketika kejadian, suhu adalah lebih 22 darjah Celsius. Pada mulanya, anak kecil itu didapati tidak hadir di pusat bimbangan kanak-kanak.
Ini menyebabkan ibunya berasa bimbang sebelum Perkhidmatan Kecemasan bergegas ke tempat kejadian yang mana mereka cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sekitar jam 5 petang. – Agensi
Kemelut rumah tangga pelakon popular, Puteri Sarah Liyana dengan suami, pengarah popular, Syamsul Yusuf bakal terlerai pada hari ini setelah hampir 5 tahun bertahan dalam kemelut rumah tangga.
Namun, ibunda syamsul yusof iaitu Datin Patimah meluahkan rasa sedih di atas keputusan tersebut memandangkan cucu-cucunya masih lagi kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.
Datin Patimah menjelaskan bahawa, cucu lelakinya, Syaikul Islam sudah terbiasa dengan keadaan ini dan tanpa ayah di sisi namun tidak bagi Sumayyah yang masih kecil dan belum faham kenapa ayahnya tidak lagi tinggal bersama si ibu.
“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya, Syaikul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah”
Keputusan tersebut diambil setelah pengarah popular dengan filem ‘Kebangkitan Mat Kilau’ ini mendirikan rumah tangga kedua bersama anak pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.
Walau apapun keputusanya, Dato Yusof dan Datin Patimah menegaskan bahawa Puteri Sarah Liyana tetap akan menjadi menantu kesayangan mereka sampai bila-bila.
Anak kesayangan pelawak Achey Bocey, Tiara Zinnirah yang sering menghiburkan wargamaya dengan telatah selambanya meruntun hati ramai bila mana menangis kerana berpisah dengan gurunya.
Menerusi perkongsian Achey di Instagramnya, anak kesayangannya Tiara Zinnirah menangis kerana guru yang mengajarnya berpindah. Hal itu menyentuh hati kecil anak kesayangannya itu.
Sedihnya melihat Tiara yang menangis tersedu-sedan sambil menggonggong botol susunya. Amat menyentuh hati anak kecil itu.
“Bila murid sayang guru.
“Guru baru dia tak kenal lagi memang la tak nak. Nanti dah kenal pindah lagi nangis lagi,” kongsi Achey.
Rata-rata peminat setia Achey serta wargamaya yang sentiasa mengikuti perkembangan anak kecil itu turut mengharapkan yang terbaik malah mendoakan agar Tiara berjumpa dengan guru sebaik gurunya sekarang.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.