Selalu Beli Tak Cukup, Buat Sendiri Ayam Goreng IKEA Ni, Lembut & Berjus, Sedapnya!

Share

Sebut sahaja menu berbuka dengan ayam goreng, pasti anak-anak keriangan malah tak sabar menunggu waktu berbuka. Berkunjung ke IKEA, pasti ayam gorengnya menjadi kemestian ketika makan di restoran berkenaan. Tak perlu beli, apa kata sempena puasa ini, mama cuba hasilkannya sendiri buat anak-anak di hujung minggu ini.

Bukan hanya sedap, bahkan isinya lembut dan berjus di dalamnya buat rasanya sama seperti ayam goreng IKEA. Jom cuba resipi perkongsian Pn Nurul Ateekah ini.


Sudah menjadi kebiasaan kalau pergi ke IKEA mesti beli ayam goreng. Beli 4 tak cukup, kongsi dengan anak-anak. Disini saya sediakan cara memasak ayam IKEA yang betul-betul rasa Di IKEA. Malah makan panas-panas, anak-anak sudah tentu suka.

Puasa ni, perap ayam siap-siap. Tinggal goreng di waktu sahur, memang selera anak-anak makan, mana cukup kalau anak-anak je nak makan, sedangkan kita juga mengemarinya.

BAHAN BAHAN:
9 keping chicken wing @ 1 kilo kepak ayam
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar light soy sauce
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu serbuk perasa Knorr @ Maggi
1½ sudu besar gula pasir
2 sudu besar all purpose seosoning
1 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar air putih
4 sudu besar topioca starch
3 sudu besar tepung gandum
Minyak masak( untuk mengoreng )

Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam, cuci sehingga bersih dan toskan.

Masukkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas tertutup.

Perap paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalaman dan simpan ditempat biasa (bukan tempat beku)

Cara nak masak, panaskan minyak, guna api sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi (kalau buih-buih dipermukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas, bermakna suhu dah mencapai tahap 150c.

Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng 3 minit disetiap bahagian dan tambah lagi 3 minit di setiap bahagian (total 6 minit menggoreng ayam)

Angkat dan toskan ayam pada tisu, biarkan rehat 6 minit dan masukkan semula ayam di dalam kuali dan masak sehingga garing. Paling kurang 3-4 minit (tujuannya untuk mendapat texture yang rapuh atau rangup diluar dan berjus di dalam isi ayam). Dan ayam masak dengan sempurna.

Angkat dan toskan. Siap merasai kenikmatan ayam goreng IKEA!

Selamat mencuba!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM