Ketika anak lelaki kita selalu mengadu sakit ketika kencing, sebaiknya anda berikan perhatian. Anak anda mungkin mempunyai petanda masalah phimosis.
Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, anak lelaki diantara usia 4 hingga 7 tahun paling berisiko menghadapinya.
Jangan pandang enteng, sebaliknya ini anda kena tahu bila punya anak lelaki.
“Doktor, kalau anak saya ni kencing, dia kata sakit dan burung dia membelon!”
Ini antara masalah kanak-kanak lelaki yang ibubapa perlu tahu. Biasanya anak akan mengadu sakit pada hujung zakar, atau susah nak kencing. Kadang-kadang, semasa kencing, kulup(foreskin) zakar tu akan kembang macam belon yang diisi air.
Orang-orang tua panggil kondisi ni “kote buta”. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai phimosis. Ia lazim terjadi kepada kanak-kanak lelaki sekitar umur 4-7 tahun.
Secara fisiologi (semula jadi), kulit kulup akan terpisah dari kepala zakar perlahan-lahan semakan kanak-kanak membesar. Bukaan kulup jika akan membesar juga.
Phimosis ini sebenarnya adalah kondisi di mana kulit kulup zakar masih melekat pada kepala (glans) zakar, atau bukaan pada kulup itu terlalu kecil. Ia juga boleh berlaku jika ada jangkitan pada kulup.
Oleh kerana bukaan pada kulup zakar terlalu kecil, air kencing yang keluar dari ureter berkumpul di dalam ruang antara kulup dan kepala zakar, lalu menyebabkan ia membelon. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit.
Untuk memastikan sama ada anak anda mengalami phimosis atau tidak, anda hendaklah cuba menarik kulit kulup ke belakang dan periksa bukaan kulup. Jika bukaan itu terlalu kecil, maka mungkin ia adalah phimosis.
Apa nak buat jika anak anda mengalami masalah phimosis?
Anda boleh cuba untuk meregangkan bukaan kulup secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi lebih longgar. Tapi, jika ada simptom berikut, bawa pergi jumpa doktor!
◾Perlu meneran untuk kencing
◾Sakit kuat ketika kencing
◾Air kencing berdarah
◾Kulup kemerah-merahan
◾Cairan berbau pada kulup
◾Kulup membengkak
Doktor akan menilai keadaan dan merawatnya dengan ubat-ubatan, dan kadangkala perlu dikhatankan terus. Ia bergantung kepada keadaan kulup ketika pemeriksaan.
Semoga bermanfaat!
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI