Anak sulung cinta pertama mama dan papa. Bila dah ada adik-adik anak sulunglah yang selalu mengalah, anak sulunglah yang sering kita suruh. Kadang tanpa sedar mama papa kurang beri perhatian, kurang penuhi tangki emosi mereka.
Akhirnya si sulung pendam sahaja. Sekali-sekala bawalah si sulung keluar bersama berdua dengan mama atau papa. Selami hatinya, penuhi tangki emosinya agar anak sulung dapat menyayangi adik-adik tanpa mengeluh dan
7 perkara yang anak sulung sembunyikan daripada kita
- Anak sulung nak sangat merasa disayangi, dipeluk dan dicium seperti mana yang kita lakukan pada adik bongsu dia
- Anak sulung nak sangat diberitahu dan diucapkan “Ibu sayang kamu” walaupun umur dia sudah meningkat dewasa
- Anak sulung juga nak sangat kita bangga dengan pencapaian dia walaupun ianya kecil dan remeh di mata manusia yang lainnya
- Anak sulung juga sangat perlukan kita menatap mata dia dengan penuh kasih sayang seperti mana kita tatap dia sewaktu pertama kali kita melahirkannya
- Anak sulung juga sangat nak merasa kita gembira dengan kehadiran dia sepertimana kita gembira suatu ketika dahulu dengan kelahiran cahaya mata pertama kita
- Anak sulung nak sangat merasa dihargai titik peluh dan pengorbanannya menjaga kesemua adik beradiknya
- Anak sulung nak sangat merasa kasih sayang kita kepada adik adiknya yang lain tidak mengurangi kasih sayang kita kepada dia
p/s : Penuhilah tangki emosi anak sulung dahulu, insyaAllah anak sulung yang penuh tangki emosinya akan mampu menyayangi kesemua adik beradik tanpa banyak bicara
Kredit: Taufiq Razif
Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6
Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI